Raya Yang Tidak Dirancang

Cerita raya lagi. Ish ish tak abis abis. Makin tua rasa macam makin susah juga nak meneruskan raya sebulan. Ini adalah entri kisah raya yang ‘last’ untuk raya tahun ini. Dek kerana cerita dah ada maka saya rasa eloklah dituliskan saja.

Hari Sabtu hujung minggu lalu saya telah merancang untuk beraya ke rumah Kassim Selamat setelah beberapa kali tidak dapat diteruskan atas masalah kesihatan. Namun paginya isteri saya terpaksa datang bekerja, maklum sahaja di pejabatnya pada hujung-hujung tahun begini sudah mula terasa bahang kesibukan penutupan akaun.

Jadi, sementara menantikan isteri habis bekerja sekitar jam 4 petang, awalnya saya membawa anak menaiki kereta bersiar-siar di sekitar Bangi dan Putrajaya. Sambil itu saya singgah di mesin-mesin ATM tertentu untuk membuat bayaran bil-bil bulanan. Lagipun teringat pula ada berjanji dengan Uncle J untuk singgah di rumah terbuka Kementerian Pelancongan bersebelahan Alamanda.

Kisahnya, tiba di Perbadanan Putrajaya (nak ke Maybank)  saya lihat ada jamuan raya di situ. Mulanya saya mengagak yang jamuan raya itu adalah untuk warga Perbadanan Putrajaya. Maka selepas parking di basement, saya (dan si kecil) terus saja ke Maybank. Selesai berurusan dengan mesin cash deposit kami kembali ke kereta. Rupa-rupanya si kecil ni menyimpan rasa tak puas hati. Dalam kereta dia berkatanya ..

“kenapa kita tak pegi makan dulu kat atas tadi?”

Serba salah. Saya cuba berhelah mengatakan jamuan itu untuk polis (merujuk kepada penguatkuasa Putrajaya). Tapi anak saya spontan menunjuk ke arah seorang pengawal yang mengawal lalulintas dan mencadangkan ..

“tu tu ada achik polis kat depan, papa tanya la kat dia, boleh tak kita pegi makan?”

Aduh. Tersentap juga rasa hati, kesian kat budak ni beriyiya nak pegi beraya. Maka saya hentikan kereta seraya bertanya dan akhirnya menerima jawapan bahawa jamuan itu adalah rumah terbuka dianjurkan Perbadanan Putrajaya. Saya yang masih belum memandu keluar dari basement meletak semula kereta untuk meneruskan hajat si kecil ini. Sedang saya meletak kereta anak saya berkata lagi ..

“kalau kita tanya elok-elok kat polis, dia mesti bagi punya”

Oooo iya ke. Itulah jawapan saya sambil tersenyum geram melihat si kecil ni. Jadinya, beraya lah kami dengan tidak dirancang-rancang di rumah terbuka Perbadanan Putrajaya.  Tak lama Uncle J menghubungi saya mengatakan dia sudah tiba di rumah terbuka Kementerian Pelancongan. Dengan berat hati saya terpaksa mebatalkan rancangan awal itu. Sorry Uncle J.

Petang itu, selepas mengambil isteri kami meneruskan raya ke rumah bro Kassim Selamat. Kak Chombi (panggilan isteri KS) bersusah payah menyediakan kueytiaw goreng yang sungguh sedap dengan udang yang besar-besar. Lebih seronok, dapat akhirnya kami merasa kuih tat strawbery dan kuih gunting yang dibuat oleh anaknya Indah seperti yang pernah diceritakan oleh bro KS dalam blognya. Terima kasih atas kemesraan dan layanan bro KS sekeluarga, Insya Allah kami datang lagi.

Itulah saja kisahnya.🙂

  1. Budak2, mana retii cakap belok2. Dia cakap jujur ajer … hehehe

    • khairulnizambakeri
    • 30 Oktober 2007

    Tat strawberry…
    Nyamnyam

  2. “kalau kita tanya elok-elok kat polis, dia mesti bagi punya” <– hehe, suke dialog yg ni

  3. jeff…hari ni baru 18 syawal..baru stengah bulan beraya ler..tak kan nak stop beraya terus..stop tulis entry raya tak pe…nnt open house rumah saya tak dtg ke?

    • akirasuri
    • 31 Oktober 2007

    bro!
    rasa comel gila masa baca part dialog2 dia tu..
    he he he..
    keletah betul..😀

  4. parents selalu x sampai hati utk tidak menunaikan permintaan anak2 ekk..

    ~ ckp pd diri sendiri ~

  5. SF
    begitulah sucinya mereka ibarat kain putih. sedih juga membandingkan diri sendiri yang bukan kain putih lagi ..😐

    KNB
    Terima kasih dtg beraya ke sini🙂

    Hayad
    Itulah dulu kamu tanak amik opsyen pra sekolah hehe

    Uncle J
    laaa hari tu yg pegi ‘open house tertutup’ dgn KS tu bukan open hse ?? kui3x

    Akira
    oh bukan setakat keletah sahaja. selalunya dia juga boleh menjadi stuntman😦

    Combi
    so true sis combi ! just like kita dgn parents kita dulu juga ..

  6. Lenkali kalo nk pegi beraya kat mana2, Papa dia pon boleh guna modal “Ni..anak saya yang beria sgt ni. Saya mengikut je”..😉

    Nice kid.

  7. pra sekolah?? huhu…saya tak reti layan budak2. lgpun budak2 pun mmg tak suke saya,hehe

  8. Fuad
    haha lbh kurang mcm citer ibu mengandung .. “saya tak kisah encik tapi saya budak saya ni ha”

    Hayad
    kesian, bebudak tak suka kamu ye ..

  9. Wah sampai juga akhirnya rumah Bro KS ya, saya baru masuk kan entri, yelah dah seminggu dah pergi baru berkesempatan update blog. Nasib UncleJ tukang semakkan.. dapat lah markah 65% ujian blog.. he he.
    Bro, tadi yang call dari 07-599…. tu saya yang call dari office, kenapa tak jawap.. buzy eh?

  10. salam, huhu..camana la keadaan time dia nak pegi jgk tu..nak tanak kena turut jgk😀

    • raduan
    • 1 November 2007

    Alangkah bagusnya kalau jadi budak,kehendak dia tak boleh tak di ikut.kata dia kata dia lah,kalau nak spiderman spiderman lah yg dia dapat.semangatnya tinggi sungguh.mak bapak terpaksa akur.

  11. Kasawari
    sorry bro. spt yg saya cerita hari tu, sdg sibuk kebelakangan ini ..

    Vangardx
    keadaan sebenar lebih sukar berbanding cerita ini (kalau cerita sudah ditapis hehe)

    Raduan
    ya .. tengok2 jugalah yg mana boleh diturut. agar tidak menjadi seperti kisah Anakku Sazli ..

  12. bole jadi calon bapa mithali nih…bebudak..tak sampai hati tak tunaikan hajat dia org…

  13. Arsaili
    hmm. belum layak lagi rasanya. Apa pun.. AMIN

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: