Masuk Sekolah Berasrama

Hampir semestinya, antara episod yang menarik dalam kehidupan seseorang itu adalah ketika melalui zaman remaja di hostel (asrama). Ada yang berkesempatan merasai pengalaman ini seawal persekolahan menengah sama ada memasuki Tingkatan Satu atau terpaksa menunggu Tingkatan 4. Ada juga yang merasai kehidupan ini selepas zaman persekolahan berakhir, dengan melalui kehidupan kampus lantaran berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.

Apa sekalipun, tiap cerita tentang kisah hidup di hostel pastinya berbeza bagi setiap orang. Kenangan milik masing-masing diasaskan pada pengalaman dan peristiwa yang dilalui semasa menjadi sebahagian dari komuniti hostel dahulu.

Di sebalik semua ini, ada juga yang hanya menjadi pendengar terhadap cerita-cerita ‘indah’ tentang hidup di hostel. Bagi mereka yang tak berpeluang merasai pengalaman hidup di hostel atau kampus, tidaklah bererti adanya kekurangan pada diri mereka. Dalam kehidupan masing-masing, tiap orang punya kelebihan dan kekurangan tersendiri yang dikurniakan Allah.

Saya bersyukur, mendapat kesempatan untuk merasai peluang hidup di hostel selepas berakhirnya persekolahan menengah rendah (Tingkatan 3). Dengan keputusan SRP yang dianggap ‘agak ok juga’, Abah mengusahakan beberapa ikhtiar untuk memohon masuk ke sekolah berasrama. Akhirnya salah satu permohonan itu dimakbulkan, saya berjaya mendapat tempat di Sekolah Menengah Teknik Melaka.

Sewaktu menerima surat tawaran tersebut, saya berasa ‘gembira dalam sedih’ kerana sekolah lama kesayangan saya (Cochrane) akan ditinggalkan. Bagi saya, di situlah saya menemui identiti diri (proses saya sebagai remaja mencari identiti diri sempurna di sini) dan ‘jiwa rockers’ yang ada dalam diri saya, segala itu adalah kesan yang saya terima sewaktu di Cochrane. Maka tinggallah Cochrane dan kawan-kawan jiwa ‘rockers’ itu. Benar sesungguhnya, saya memang terasa sungguh sedih meninggalkan Cochrane..

Bagaimanapun, sedikit memudahkan proses ‘penghijrahan’ itu adalah kerana pada masa sama agak ramai juga rakan-rakan ‘jiwa rockers’ yang turut menyambung persekolahan di sekolah berasrama yang lain termasuk MRSM dan sekolah sains.

Satu lagi ketika itu saya terasa ‘amat tenat’ untuk mengikuti subjek Fizik, Kimia dan Biologi; subjek sains yang sebenarnya saya gemari tapi sukar difahami kerana belum serasi dengan aliran sains. Jadi saya telah berharap agar pertukaran ke sekolah baru kelak akan membuka peluang untuk menggantikan subjek-subjek tersebut dengan pilihan subjek lain. Sedangkan sebenarnya pada masa itu saya sendiri pun tak tahu, apakah adakah peluang untuk tidak mengambil subjek-subjek itu (pikir main bantai je, haha).

Dengan itu, bersiap-siaplah saya untuk menjadi pelajar Sekolah Teknik. Apa yang pasti, sedikit sebanyak terasa gementar juga untuk memulakan kehidupan sebagai pelajar sekolah asrama. Pertamanya, desas desus tentang ‘ragging’ atau ‘bully’. Tambahan pula tahun sebelum itu (1988) ketika saya di Tkt. 3 (Cochrane) satu kejadian ragging yang melibatkan kematian pelajar berlaku di salah sebuah Sekolah Teknik di Kuala Lumpur hinggakan Menteri Pelajaran masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri turun padang ke sekolah tersebut.

Keduanya, saya juga terfikirkan (berimaginasi) tentang bagaimana agaknya rupa sekolah baru itu kerana saya ditawarkan untuk menginap di ‘asrama luar’. Pada masa itu saya terbayangkan bangunan asrama yang terletak bukan dalam kawasan sekolah, sangkaan saya seperti ATDI.

Saya juga sedikit gementar memikirkan di sekolah baru itu nanti pelajar-pelajarnya bercampur lelaki dan perempuan. Maklumlah, Cochrane sebelum itu adalah sekolah rockers lelaki (kini dah bercampur juga). Tak reti saya untuk berkomunikasi dengan pelajar perempuan. Tambahan lagi saya pun agak agresif orangnya.

Saya juga terfikirkan aliran yang saya akan masuki iaitu Pertanian. Walhal semasa di Cochrane dulu saya mengikuti aliran Seni Perusahaan. Saya pun hairan sendiri mengapa agaknya saya tidak memilih aliran seperti Mekanikal atau Sivil (kini disebut Kejuruteraan) semasa memohon dulu. Mungkin pada masa itu saya ingin mencuba sesuatu yang baru barangkali. Jadi saya terfikirkan juga apa agaknya pembelajaran aliran Pertanian ini. Kalau Mekanikal atau Sivil, boleh jadi jurutera atau arkitek bila bekerja nanti. Aliran Pertanian pula agaknya menjadi petani moden atau pengusaha ikan air tawar mungkin. Itulah sangkaan awal saya ..

Persiapan dibuat khasnya oleh mak dan abah, membeli kelengkapan barangan untuk tinggal di asrama. Ingat lagi saya ketika abah nak membelikan saya seluar buat dipakai semasa di asrama, saya meminta seluar jeans biru. Haha. Tapi abah belikan juga.

Ringkasnya saya ingin mengatakan bahawa pada waktu itu, persiapan hanya dibuat berdasarkan ‘persepsi’. Hanya selepas tiba di sekolah baru itu kemudiannya barulah persepsi-persepsi yang bermain dalam imaginasi bertukar menjadi realiti. Ada persepsi yang betul tapi lebih banyak lagi yang meleset ..

Kisah ini bertangguh di sini dahulu. Buat mana-mana pelajar Sekolah Teknik Melaka, yang membaca blog ini khasnya buat junior Akirasuri, tulisan ini saya dedikasikan kepada anda semua. Saya akan meneruskan catatan tentang kisah-kisah hidup di asrama, (yang mana saya teringatlah) dalam entri seterusnya.

Bertemu lagi, semoga diizinkan-Nya.

  1. Wah bagus saudara saya ni berkongsi pengalaman semasa bersekolah asrama . Rupanya byk jugak persamaan kita ni bro, cuma saya masuk asrama lebih awal 16 thn dr Jeff…huhu..otainya weii!!!

    Sy masuk Form 1 masa tu..lagi la kecik kan? umur 13 thn kena berdikari dah…but I survived those 5 nostalgic years there! antara kenangan paling manis/pahit hidup saya ni byk semasa disekolah asrama tu lah..byk jugak cerita dia..but too bad im not that good a writer nak bercerite diblog..

    since citer asrama ni tuan dia belum abis lg, sy nak share satu experience jer…
    I had my first long pants when we went for registration way back then….tu ler the first and the only seluarpanjang yg sy ada masa tu…ditempah khas utk pi sekolah asrama! ..sebelum tu semuanya pakai seluar pendek jer…time saya dulu bebudak semua pakai seluar pendek jer, bkn mcm skrg ni, darjah1 pun dah pakai seluar panjang..

    nak tau thn berapa? early 70’s! u guys not even born yet…muda lg uncle ni kan?..hahhaha

    eh..dah mcm entry sy pulak nih..sorry bro..nnt sy komen lagi…hehehe

  2. Uncle J,
    wah buat macam blog sendiri pulok…. nanti masuk lah entri tentang pengalaman asrama tu.

    Jeff,
    Memang berkesan cerita ni kan.. ada modal ni kalau dah taktau nak post entri.. wah jeff dulu sek. teknik ker.. ada jurusan pertanian eh.. mesti seronok masa minggu orientasi kan.. apa pun best kan kalau kita teringat zaman zaman sekolah dulu.. macam nak masuk semula asrama

    p/s:
    1988 – SMV Batu Pahat
    1989 – SMV Segamat

  3. Jeff, abah adalah antara mereka yang cuma membaca dan mendengar saja pengalaman rakan2 di sekolah berasrama. Ada cerita menarik, ada cerita sedih, dan banyak juga cerita gerun. Apapun, kenangan tetap indah, walau dimana ia berlaku.

    A’ah Uncle, buat la post ttg ni kat blog Uncle. Syok gak rasanya baca pengalaman otai sekolah berasmara nih, opssss – berasrama.😛

  4. uhuhu…saya menolak ke sekolah asrama, dpt mrsm kuantan tapi tak nak pegi, last2 masuk Kolej kat Kuching, sekolah berasrama penuh tapi sebahagian bole jadi pelajar harian..dan sy salah seorg nya..uhuhu…bila buat persediaan nak ke luar negara…tenat jiwa dan mental sebab kena duduk hostel kat kolej MARA..tapi survive gak..

  5. Uncle J
    ya zaman UncleJ tentu sekali masih berseluar pendek kekekeke. tak leh nak byg camna UncleJ masa tu (gelak beso). dan hmm .. no problem UncleJ tulis entri psl nostalgia tapi .. kena bagi royalti la saya heheh

    Kasawari
    ooOOoo vokay rupanya. zaman kita dulu vokay dgn teknik tak sebulu .. grrr😛
    nanti saya cerita tentang itu

    Abah Muizz
    takpa abahmuiz, boleh kongsi cerita. apa salahnya🙂

    Arsaili
    kolej MARA tu dah kira campus life la kan. zaman Arsaili bercinta lah tu. hehe

  6. Aku suka sangat menyepak bebudak isap rokok dalam asrama dulu. Haha.

  7. Affuan
    fuhh baiknya kau. lepas tu mesti budak tu kena paw kau ye tak .. keke

    • ayaq
    • 7 November 2007

    Huhuhu asrama pertama saya ialah matrik dulu wahaha

  8. sama cam ayaq. asrama pertama adalah matrik KPM :p

    • UncleJ
    • 8 November 2007

    Jeff

    apa susahnya nak bayangkan ..mestiler saya antara yg paling comei masa tu…wakakaka…jadik jambu lagi weiii!!!!!oooppss….pecah lak rahsia aku….

    nak citer kat blog ke? Jeff dgn AbahMuizz tolong tulis..nnt saya ceritakan jer..boleh??

    • akirasuri
    • 9 November 2007

    Salam bro.

    Laaaaa!! budak pete’ jugak ke?
    Sama la kita😀
    He he he.
    Susahnya nak cari lelaki masuk aliran pertanian.
    Masa batch saya, tak sampai 25 orang budak lelaki pun yang amek pete’

  9. Ayaq & Hayad
    iya lah zaman kamu matrik masuk Kolej Matrikulasi. dulu, matrikh kat U. lagi glemer kekekeke

    Uncle J
    iya ke jambu ? .. ke jambu batu ? haha

    Akirasuri
    uiks, yeke x sampai 25 org ? maza saya dulu laki lg ramai. semua rockers2 .. hehe

  10. A’ah..
    Masa saya dulu budak pete’ lelaki memang tak ramai.
    Semua kerja kebun memang susah la.
    Sebab dalam 25 orang tu, sukunya adalah auw..
    adeii.
    Alahai.

    hahak!

  11. Akira
    cehhh .. buat malu ‘pertanian’ je, nasib buat bukan zaman saya kalo tak kena balun sorang2 tu kekeke

    • UncleF
    • 6 Februari 2008

    Terimaksih Jeff atas blog ini.

    Sebenarnya uncle ter’browse’ blog ini pagi ini. Uncle saje tengah cari link ‘persediaan masuk asrama panuh’ kerana anak uncle no 3 akan daftar ke MRSM Bakri Muar pada 18/2/2008.
    Sebenarnya 2 abang dia pun bekas pelajar MRSM iaitu yang tua di Transkrian dan no 2 di MRSM kulim. Tak tahulah mungln rezeki dia orag,

    OK kita lupakan yang itu. Uncle uncle pun bekas pelajar Sains Johor wayback 1972 tingkatan 1 mungkin junior UncleJ setahun dua. Infact first bact form1. Masa tu 3 bulan di Kolej Abu Bakar JB then di Kluang.

    Yang uncle nak ceritakan ialah keadaan sekolah masa kami tiba. Bangunan saje yang siap yang lain tk siap lagi. Batu jalan ni sebesar baldi yang kecil tu. Padang usah citele. Rumput selai pun tak ada. Yang paling teruk minimum seminggu sekali air take. Aduh 5.30 dah kena turun bawah bukit cari cucu sungai sebesar ibu jari airnya. Just imagine nak bagi dengan 150 form 1 dan 150 pelajar form 4 lebih kurang. Tapi nama budak, semuanya seronok. OK lah uncle terpaksa exit kerana ada urusan. Jadi kalau susah sikit di asrama tu tahanle ye. Good luck every body.

    e-mail saya fadzham@gmai.com

  12. salam Uncle F

    terima kasih kerana melawat blog ini. sebenarnya kebelakangan ini blog saya agak lesu, kekurangan kesempatan untuk menulis. apa pun terima kasih atas perkongsian Uncle di sini.

    cabaran tinggal di asrama satu perkara, meninggalkan anak di asrama tentunya satu cabaran yang lain pula. semoga anak2 Uncle berjaya menjalani hidup di MRSM dengan baik.

    • haily (ali stng)
    • 23 Mac 2008

    aku pun sekolah kat kau tahun 88/89,duduk menyewa kat
    kat bukit baru

    • nina_curent
    • 30 Ogos 2008

    dok asrama mmg best.saya ni pon baru msok asrama thon ni.kt teknik kluang……………

    • izni
    • 17 Januari 2009

    tak paham satu pum

    • izni
    • 17 Januari 2009

    betul betul tak paham

    • uknown
    • 30 Januari 2009

    aku tak asrama pun

  13. SYOK LAH SEKOLAH ASRAMA KN KENA RAGGING TP TAHAN JER LAK DIK OOI MAKLUM LAH SENIOR KN BDK BEBAIK KAN………JD TAHAN JER LAH ASAL KA STUDY BG GEMPAK JER TUNJUK BAIK LAH KAT KENGKAWAN LAIN……………….HAHAHAHA CUTE GIRL KONON TUE KER

  14. ALAH STEADY LAH ASRAMA BUDAK YANG BAIK JD PANDAI2 LAH STUDY WAT YG TERBAIK RESULT KENA GEMPAK LAH JANGAN JD BUDAKEMAN TP RESULT HAMPA……………..HEHEHEHE comel lak tue kite pun pernah duk asrama tp jap jer lak x lama pun asalkan happy gud luck tau baby pun suke ngak ada byk kenangan terindah tau semua in the best

    • mali
    • 17 Mac 2009

    testing

  15. aku dlok pnah jd student mrsm p xlamak……rindu ku an mrsm:-(

  16. Hello there! I could have sworn I’ve been to this website before but after checking through some of the post I realized it’s new
    to me. Nonetheless, I’m definitely happy I found it and I’ll be book-marking and checking back frequently!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: