‘Jatuh Cinta’ Pada Melaka

(bersambung dari Masuk Sekolah Asrama)

Bagi sesiapa pun, kegembiraan dan debaran memasuki sekolah berasrama turut dirasai oleh keluarga, khasnya ibu bapa. Walaupun gembira, ibubapa tetap bimbangkan keselamatan anak di asrama. Masih berat hati melepaskan anak keluar meninggalkan rumah. Begitu juga halnya dalam keluarga saya.

Di bulan Februari tahun 1989 itu, berhijrahlah saya ke bumi Melaka yang penuh dengan sejarah itu. Kebetulan, keunikan dan sejarah negeri Melaka itu sendiri memotivasikan saya untuk berhijrah kerana berpeluang melihat dan menghayati sendiri sejarah negeri Hang Tuah itu.

Walaupun hanya memasuki sekolah berasrama di usia 16 tahun, ditambah pula masuk Sekolah Teknik mungkin tidak dianggap sehebat memasuki sekolah sains atau MRSM, namun saya sangat bersyukur dan sangat berasa gembira dengan peluang itu. Ini kerana saya berharap agar ia dapat mendorong adik-adik saya berusaha mencapai kejayaan yang lebih baik dari diri saya.

Seingat saya, perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Melaka pada masa itu telah mula menggunakan lebuhraya tetapi hanya setakat Alor Gajah sahaja dan diteruskan mengikut jalan lama. Perjalanan itu telah menarik hati saya, melihatkan pemandangan rumah-rumah kampung orang Melaka yang dihiasi dengan tangga batu cantik serta tidak boleh saya lupakan masjid-masjid di tepi jalan yang bucu bumbungnya bercirikan rekabentuk dinasti China.

Satu lagi ialah tanah berbatu kerikil warna merah perang di tepi jalan. Jika anda memandu dalam negeri Melaka cuba jelingkan mata ke sebelah jalan tar. Tak tahulah kalau orang lain, buat diri sendiri entah mengapa saya rasakan ia bagai satu ‘kecantikan’ yang jarang terdapat di negeri lain. Kalau di tempat lain, di tepi jalan biasanya ialah rumput yang tidak rata, atau tanah merah berlopak atau tanah pasir.

Ringkasnya, itulah adalah antara perkara-perkara yang menjatuhkan cinta pandang pertama saya terhadap negeri bersejarah ini.

Debaran perjalanan berakhir sebaik tiba di bandar Melaka dan abah mencari-cari jalan untuk menuju ke Bukit Piatu, di mana letaknya Sekolah Menengah Teknik Melaka. Saya pula sudah mula terasa debaran yang memuncak dalam diri.

Tahu-tahu sahaja, saya sudah nampak pagar sekolah dan nama sekolah yang tertulis di dinding batu di hadapan pondok jaga. Bagaimanapun, melihat suasana sekolah berasrama buat pertama kalinya, saya sekali lagi ‘jatuh cinta’. Memang berbeza dengan ciri-ciri sekolah harian. Sekolah baru ini bercirikan sekolah desa yang permai. Terasa ada ‘chemistry’ (keserasian) terhadap sekolah ini.

Blok asrama dan blok sekolah dipisahkan dengan teratur. Padangnya luas, memuatkan satu padang bolasepak, satu padang hoki dan satu gelanggang rumput untuk netbal (kini dewan sekolah). Memisahkan sekolah dengan kampung di sekelilingnya hanyalah pagar ‘chainlink’ (pagar biasa). Pemandangan rumah-rumah kampung amat jelas dari mana-mana tingkat bangunan sekolah dan asrama.

Pada waktu subuh, ayam berkokok sahut bersahutan, dan azan di beberapa masjid di sekeliling sekolah amat jelas kedengaran. Kerana itulah saya mengatakan yang ia adalah ‘sekolah desa yang permai’. Bagaimanapun, mengenai suasana subuh itu sudah tentulah bukan saya rasai di hari pertama tiba di sekolah, sebaliknya itu adalah pengalaman yang dirasai semasa tinggal di sana selama beberapa tahun.

Berbalik tentang hari pertama itu, sibuklah saya menjalani urusan pendaftaran. Wajah asing rakan-rakan baru, satu demi satu mula serasi dengan otak saya. Menariknya, tak satu pun urusan pendaftaran itu melibatkan ibu bapa, semuanya mesti diuruskan oleh pelajar sendiri. Saya kira itu adalah pembelajaran pertama tentang hidup berdikari sendiri. Abah dan emak, bersama ibu bapa lain diberikan ruang berehat dan diberi taklimat di dewan makan. Ke hulu ke hilirlah saya seorang diri.

Mulanya mendaftar dan mengisi borang-borang di kaunter utama yang dikendalikan oleh pengawas (wah garang betul muka-muka senior). Sesudah diberitahu nama kelas, tersesat-sesat sendiri mencari blok dan kelas yang betul. Tiba di kelas, menunggu giliran membayar yuran-yuran tertentu kepada guru kelas.

Kemuncak sesi pendaftaran ialah majlis lafaz ikrar pelajar baru di dewan makan. Selepas itu, ada jamuan tengahari di bawah khemah yang dipasang macam kenduri kahwin. Khemah tersebut dipasang di atas dataran perhimpunan (dipanggil ‘court’) seluas dua gelanggang bola tampar dan dua gelanggang sepak takraw.

Kemudiannya saya difahamkan bahawa gelanggang itu adalah kawasan larangan (dilarang berjalan) bagi junior. Itu adalah sebahagian dari ‘tradisi’ antara senior dan junior. Jika peraturan itu dilanggar oleh junior, alamatnya naya-lah. Ikuti cerita tentang ‘tradisi’ ini dalam entri akan datang.

Selepas jamuan itu selesai, bermulalah aktiviti di asrama. Bagi pelajar-pelajar yang masuk ke asrama luar, kami menaiki bas atau kereta ibu bapa dan berkonvoi menuju ke Bukit Beruang. Sepanjang jalan dari Bukit Piatu ke Bukit Bruang (melalui jalan Bukit Baru) saya dapati kawasan itu adalah kawasan baru yang belum ada banyak bangunan dan rumah. Yang ada di situ ialah sebuah institut Telekom (kini Universiti Multimedia Melaka) dan hutan di sekelilingnya.

Tiba di asrama luar. Lokasinya Taman Bukit Beruang Utama. Oh meleset benar sangkaan saya. Jauh meleset. Bukanlah seperti blok asrama yang saya gambarkan. Ia adalah sebuah taman perumahan yang baru dibuka (anak pokok yang ditanam pun masih diikat dengan kayu). Beberapa unit rumah disewa oleh pihak sekolah dan dijadikan asrama dan diawasi oleh dua orang guru (warden) lelaki.

Asrama luar ini adalah diusahakan pembukaannya oleh Cikgu Isa bin Sulaiman (saya bertemu beliau di Politeknik Ipoh baru-baru ini) kerana tidak cukup ruang di asrama sekolah. Hanya pelajar junior akan duduk di asrama luar (takda senior, fuh best) dan semuanya akan berpindah masuk ke asrama sekolah bila naik ke Tkt.5 kelak.

Batch saya adalah generasi pertama di asrama luar itu. Setiap rumah memuatkan dua bilik tidur serta satu bilik air dan dihuni oleh 12 orang pelajar. Rumah saya ialah di lot 1436 dan rakan-rakan serumah masa itu masih saya ingat lagi; Pian (kini Ir. Sofian), Shamsul (ateng), Raju, Yahya, Famee, Saiful, Zul (alien), Rahman, Abd.Wakil, Norazmi. Pengangkutan ke sekolah ialah bas panjang, bertolak seawal 6.30 pagi dan balik ke rumah jam 5.00 petang.

Lewat petang itu abah dan emak bertolak balik ke KL dan tibalah saat itu, bahawa sesungguhnya saya telah mula hidup sendiri. Maka bermulalah .. siang dan malam yang baru buat diri saya. Bergelar pelajar Sekolah Teknik Melaka dan perintis asrama luar. Mempelajari hidup sendiri di asrama dan menyesuaikan diri dengan tradisi senior-junior di sekolah.

– bersambung, Insya Allah –

  1. He he he.
    Sambil membaca sambil membayangkan sudut-sudut dekat sekolah tu.
    Heh! Nostalgik sungguh!😀

    Yang paling saya ingat ialah masa bulan puasa.
    Sangat seronok.
    Orang-orang kampung terutamanya kanak-kanak akan berarak keliling kampung bukit piatu tu kejut orang bangun sahur.
    Bunyi keletang keletung diorang ketuk tin-tin susu dsb. He he he.
    Selalunya saya suka skodeng dari aspuri blok baru. Dekat tingkat 4. Fuh!~
    Suasana yang indah dan sangat menarik.
    Susah nak cari dekat tempat lain🙂

  2. hehehehe teringat masa saya mula2 nak masuk asrama di kuala kangsar seawal umur 13 tahun masa tuh. memang gerun gak. hahahahaha. saspens. ye lah kan baru 13 tahun dah dok jauh. tapi lama2 dah biasa….🙂

  3. Akira
    sayu pula hati saya membaca komen kamu. teringat org2 kampung yg baik hati itu …

    KNizam
    13 thn posa di asrama.. besar ujiannya tu🙂

  4. Ya ya..
    Bila diingat-ingat memang terasa sayu..
    Orang-orang kampung dekat situ semua baek-baek kan kan kan.
    Kalau tak ada air kat asrama, mesti pergi tumpang mandi kat perigi rumah orang kampung kat tepi aspuri tu.
    Fuh!~ Rindu sungguh..

    masa zaman saya..
    asrama luar tu dah tak ada dah..
    tapi macam best jek dapat duduk dekat asrama luar tu ek..🙂

  5. duduk kat hostel bagi saya macam duduk dalam penjara..even tak pernah rasa dok penjara..ekekeke..terpenjara jiwa…

    • UncleJ
    • 11 November 2007

    jeff…oo masuk2 sekolah asrama tapi bukan dok asrama yg sebenar, tp dok rumah teres pulak ye…ada merasa dok dorm kan? tak sabar pulak nak baca kisah duduk di dorm lepas ni…

    teringat semasa saya diform 1, asrama (dorm) kami di bgn berasingan dr bgn sekolah utama, sbb masa saya masuk sekolah tu, sek tu baru saja berpindah dari tg malim ke seremban ( teka sekolah apa ).

    jadi untuk kesekolah setiap hari kami terpaksa berjalan kaki sejauh 1km ke sekolah, tiada bas disediakn mcm pengalaman jeff ni…

    yg seksanya mkn malam pun kena berjalan kaki jugak…kesian kan, budak umur 13thn disuruh berjalan kaki setiap hari mcm tu? itu lah sbhgn experience sy disek asrama….penuh warnawarni sebenarnya….

    dah.

    • lagendabuta
    • 12 November 2007

    nostalgia ek zaman sekolah2 dulu. Seb baik dok asing dgn senior, takler kena ragging yer.

    cepat sambung yer.

  6. Akira
    tentang air takda itu, sudah pun siap draf kisahnya. tapi mngejutkan saya, zaman kamu masalah air takda masih berlaku ?? ish ish

    Arsaili
    duk kat hostel mcm penjara ke ? kalau dok penjara mcm apa pulak ya ? eheh

    Uncle J
    umo 13 thn jln kaki 1 km. aduh …
    dan sekolah apa ya tu ? Tunku Kursiah ke : P

    Lagendabuta
    insya Allah akan diusahakan kisah2 seterusnya : )

  7. Saya kena ragging….. nyanyi lagu Gingerbread tu…Ku cari damai di hati…dengan suara itik saya ni, tersedu sedan nyanyi..he he he

  8. 1989 masuk Asrama Form 4 eh, he he.. tua aku setahun jer.. Aku ada kawan dulu kat UTM KL, dia dulu Teknik Melaka, nama dia pun Azman (tak ingat nama ayah dia..) he he
    Minggu orientasi.. kena cabut sembilu tak kat padang.. he he

  9. Jie
    suara itik ? nasib baik tak jumpa Paul Moss kekeke

    Kasawari
    cabut sembilu tada, kunyah rumput ada la : )

    • haily (ali stng)
    • 30 Mac 2008

    aku nak cari kawan2 lama kat sekolah menengah teknik bukit piatu tahun 88/89

  10. hai … pe kabor aku budak TI tahun 88~89 kos bangunan … 4B2 88 5B2 89 …. remember me alin ..budak melaka …asrama puteri1 kat depan guard yg ade jual air tebu …lama tak gi bukit piatu ..esp TI melaka aku rindukan bebudak TI esp 4 kembar FEB buku ita@noorzeeta ismail-budak pertanian ann@anizah – budak pertanian awie@faizah yusuf -budak pertanian jugak tapi aku lost contact semuanye last sekali ita aku jumpe mase wedding aku pass 2 tak jumpe terus n …rindunye aku ….

    • c1kai
    • 7 Julai 2008

    salam jeff… kamu spm batch thn brp?

  11. salam ..

    Haslinda, terima kasih atas kunjungan ke blog ni, semoga dpt berjumpa kembali dgn geng Fab Buku tu. kiranya pn haslinda ni senior satu tahun atas saya lah ni. akak yg mana satu la ni agaknya …

    Cikai, .. eh batch bawah saya ada nama Cikai tp yg lain dgn saudara kut. saya SPM 90

    • alin-haslinda
    • 2 September 2008

    jeff …23/8/08 ari 2 i joint reunion ex teknik 878889, ramai jgk yg attd. ade yg cam ade yg x leh cam langsung maklum la… after 20 years x jumpe …n good news i dah jumpe 1 off our kembar 4 feb buku ct noorzeeta namo ee…lagi 2 lagi sdg mencari …jeff kalau u nak joint forum kite leh contact fendi kason meki 2-8889 0136422437

  12. salam alin🙂 tahniah dah berjumpa kembali dgn mrk, mesti seronok kan. dan terimakasih atas undangan itu.

  1. 12 November 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: