Tradisi Antara Senior dan Junior

(bersambung dari Jatuh Cinta Pada Melaka)

Bagaimana ingin saya gambarkan tentang Minggu Orientasi ya ? Mungkin sesuai juga kalau saya menyifatkan ia sebagai ‘agak mencemaskan jugalah’. Saya telah kena rag di hari kedua lagi gara-gara kesilapan pada hari pertama ; melanggar ‘tradisi senior-junior’ di sekolah.

Sebenarnya agak seronok juga bila mengingati kembali apa yang berlaku tentang tradisi senior-junior ni. Peraturan-peraturan yang dikenakan oleh senior-senior itu bukanlah berat dan susah pun, namun kadangkala ada peraturan yang tidak logik. Dan tentulah peraturan itu sengaja diadakan untuk membezakan taraf junior dan senior, dalam ertikata sebenarnya untuk junior menghormati senior mereka.

Antaranya, bila junior berselisih dengan senior wajib mengucapkan salam. Junior juga tidak dibenarkan berbahasa menggunakan ganti diri pertama iaitu ‘Aku’. Solat 5 waktu mesti ditunaikan di surau dan tidak dibenarkan di dorm.

Selain itu, junior mesti sentiasa kemas berbaju ‘masuk ke dalam’ (top-in) semasa menghadiri prep. Malah dalam masa aktiviti bebas pun, jarang-jarang ditemui junior yang tidak berbaju kemas dengan cara itu.

Seperkara lagi, antara blok Asrama Putera (Aspura) dan blok kelas, terdapat sebuah dataran simen (tebal sekaki rasanya) dengan keluasan dua gelanggang bolatampar dan dua gelanggang takraw. Dataran ini dipanggil ‘The Court’. Di tempat ini, pelajar-pelajar melakukan aktiviti riadah atau sukan di sebelah petang. Pada waktu persekolahan pula, ‘court’ tersebut adalah tempat perhimpunan pagi (kecuali hari Isnin perhimpunan di padang kawad) menyanyikan lagu Negaraku dan mendengar pengumunan oleh pengawas serta wakil-wakil Kelab dan Persatuan mengenai aktiviti pada hari tersebut.

Apa yang menarik tentang court ini? Untuk menuju ke kelas dari blok Aspura, dengan berjalan melintasi ‘court’ akan menjimatkan masa jika berjalan di laluan kaki lima (koridor), pelajar terpaksa melalui satu pusingan hampir 270 darjah. Bagaimanapun keistimewaan untuk menggunakan court sebagai laluan pintas hanya dinikmati oleh senior. Kalau didapati ada junior yang melanggar peraturan ini, mana-mana senior yang nampak boleh saja terus memberikan hukuman serta merta.

Biasanya junior juga tidak terlepas semasa waktu makan. Senior boleh sahaja memanggil mana-mana junior untuk mengangkat tray selepas makan. Junior juga wajib mengetahui nama semua senior. Wajib menghafal Asma-ul-Husna. Masuk dorm kena bagi salam kuat-kuat.

Mengenai saya kena rag di hari kedua itu, kesalahan saya ialah kerana berbahasa ‘kau-aku’ dengan seorang senior. Perbualan seperti itu sebenarnya biasa di sekolah harian (kalau di Cochrane dulu, siap ‘lu-gua’ lagi). Maklumlah, lagipun perbezaan usia hanya setahun dengan senior membuatkan saya terlupa. Kesalahan itu dianggap biadap atau kurang ajar terhadap senior.

Nasib baik hukuman yang diberikan tidaklah berat. Saya cuma diberikan amaran dengan suara yang sangat tinggi lagi keras oleh dua-tiga orang senior dan dituntut ‘mintak ampun’ atas kesilapan saya. Lega juga rasanya. Insiden itu mengajar saya menjadi berhati-hati bila bertemu dengan senior. Walaupun mereka tidak menginap di asrama luar, namun masa yang panjang di sekolah (sehingga jam 5.00 ptg utk prep petang dan ko-kurikulum) sentiasa membuka ruang antara kami yang junior dengan mereka.

Kalau saya tak bernasib baik pada masa itu mungkin saya mencatat sejarah menjadi antara junior terawal merasai ‘star-light’ di hari kedua lagi. Hukuman utama atas apa-apa keingkaran ialah ‘star-light’. Saya tak bercadang menceritakan tentang itu di sini cuma cukup sekadar gambaran yang ‘star-light’ itu adalah denda bersifat fizikal.

Selain dari ‘star-light’, hukuman-hukuman seperti basuh kasut, basuh baju dan sebagainya itu adalah biasa di mana-mana asrama. Denda yang bersifat ‘torture’ pula seperti pusing helikopter, tiup lampu, duduk dalam locker, tabik spring (untuk budak-budak kadet) dan sebagainya yang mana pada akhirnya tidak lebih hanyalah sebagai gurauan.

Maka seminggu di sepanjang orientasi itu kiranya saya bolehlah menyesuaikan diri dengan ‘tradisi senior-junior’. Kiranya walaupun saya tinggal di asrama luar, tradisi senior-junior ini tetap dirasai bahangnya selagi berada dalam kawasan sekolah antara 6.30 pagi hingga 5.00petang. Hanya di sebelah malam, kami yang tinggal di asrama luar lebih terselamat berbanding kawan-kawan yang tinggal di asrama sekolah. Pada masa itu semuanya adalah sesuatu yang menjengkelkan namun kini siapa pun pasti akan tersenyum mengingatkannya.

– bersambung, Insya Allah –

  1. your experience on “ragging” tu very mild ler bro compared dgn time saya dulu…mmg thn 70an dulu sesiapa yg masuk sek asrama mmg teruk jugak di ragging…kan masih zaman jahiliah masa tu…not just mentally but physically too…

    since sek saya dulu semuanya lelaki ( weii TKC alll girls la..) mmg insiden raggging or lebih tpt bully ni biasa jer..cuma tahan dgn tak tahan saja…tak sanggup sy bg example kat sini ..

    “torture” mcm Jeff ckp tu mmg perkara biasa bg semua yg pernah dok asrama….we get even worse than that…minggu orientasi kami dulu setahun, bukan seminggu jeff!…can u imagine that?

    bila dipikirkan balik, kenapa ye semua tu dibuat kpd budak2 umur 13 thn yg baru masuk? dah mmg satu tradisi kot..tradisi yg tak berfaedah langsung sebenarnya..

    tapi skrg ni dah tak de kot tradisi mcm tu lg..only isolated cases spt yg masuk paper tu jer…

    it was one hell of experience to us First Formers then…tapi amat mahal pengalaman tu sebenarnya..pengalaman yg mendewasakan kami jugak tu..chewahh!!

    ish…panjang dah..sorry bro…buat mcm rumah sendiri dah pulok…hehehe

  2. Uncle J
    err sabar encik .. sabar. wahhh bunyi macam marah kat senior2 dulu je?

    well bro, kat mana2 sekolah pun (sekolah saya juga) of course ada ragging yg berat2. even yg luar batasan pun mungkin ada. tapi, yelah kan. dah dewasa ni, dah lama masa berlalu so saya fikir tak naklah tulis yg pahit2 coz bila buat story psl nostalgia ni biarlah yg boleh membuatkan kita t’senyum (walau dalam pahit). semua sekolah asrama ada benda camni, but still our love to alma mater shines forever .. rasaya segan juga nak tulis jugalah cerita2 yg memalukan alma mater, nanti dicap betrayer pulak oleh kawan2 lama. hehe.

    saya pun dah abis tapis dah entri ni, so mmg kisah-kisah yg mild aja ditulis. infact ayat penutup entri saya tu sepatutnya ditulis ‘minggu orientasi itu berakhir akhirnya setelah satu minggu tapi pada hakikatnya ia adalah permulaan kepada orientasi setahun ..’ tapi before published saya edit. well ? it is all the same bro, no matter past or even now🙂

    p.s haha tau TKC for gurls, sapa suruh teka teka. kekeke

  3. uiks…bunyik mcm marah ker? tak delah….kan tu sharing namanya, nostalgia semua tu jeff…tiada dendam dihati pun bro…hehehe

    • OD
    • 12 November 2007

    Salam Jeff…
    OD kena cam gitu gak lerr… tiup lampu, menda-menda yang senang. Tak ada fizikal langsung… ngeh. Sebab tu mental pun okey… huhu… tu jatuh cinta kat Melaka ke jatuh cinta kat ORANG Melaka? Jawab Jeff jawab!!!

  4. citer masuk sek asrama ni..kdg2 tersenyum sendiri..pahit mmg byk tp..manisnyer sampai ke hari ini..

    ~ combi fofular dulu mayb sbb cute kot..jd kureng la kena ragging nie..hehe prasan giler 😛 >>.jgn jeles unclej 😛

    ~ kena marah..berembun tgh mlm..bebel..maki..ape lagi..sume dah rase..huhuhu 😦

    ~ manisnyer..nk tau x??

    ~ huby combi adalah warden asrama..ahaks

    ~ combi dulu pengawas sek..so tiap2 mlm kena buat laporan anto kt ‘cikgu’>>kehadiran pelajar,yg sakit,yg balik kg n so on..

    ~ dlm dediam ‘cikgu’ ni rupanyer ade prasaan kt kita..bole gitu??

    ~ 2 thn bercenta..best tau bercenta ngn cikgu sendiri..huahua >> member bole tatau..pandai kita keep our secret !!

    ~ inilah jodoh..dah 22 thn kita bersama aman,damai n sgt bahagia.. al kisahnyerr 😀

    ~ alamak..dah jd n3 sendiri la pulokkk 😛

    ~ mmg best giler dok asrama bkn asmara???

  5. OD
    sejak bila pulak OD jadi wartawan Melodi ni .. main terjah je ni .. ish ish … : P

    Combi
    huh patut le tak kena ragging, kekasih cikgu rupanya : P kekeke

  6. saya suka dengan kisah2 sebegini. macam biografi kan. heheheh boleh buat koleksi neh.🙂

  7. errkkk ragging ni ler yg tak suka..nasib baik masa persediaan tade ragging dah,,,fuhh selamat. Tapi teringat tragedi ilang selipar jepun..sy gi cari seluruh blok..org lain selamba jer sarung selipar sapa2 jer..last2 sy simpan selipar dlm bilik lepas pakai..so pathetic ekeke…kawan2 kata saya tak normal..

  8. KNizam
    terima kasih atas pujian, kembang semangkuk pulak rasanya. hehe. mmg begitulah cdg2nya. utk biografi saya satu hari kelak : )

    Arsaili
    tu bukan tak normal bro. saya sendiri pun kalo selipar ilang mesti pusing blok cari balik. tak sedap pakai selipar org lain ye tak. hehe : )

  9. Ekek ekek.. “star-light” dah lama tak dengar dan tak starlightkan orang.. dulu masa aku darjah 6 kat JKS (Jalan Kuantan School), memang musim starlight masa tu.. he he.. sakit kalau kena.. dan best kalau kena kan orang… he he.. Nanti nak starlight uncleJ la

  10. Kasawari

    ish mcmna darjah 6 lagi dah kena starlight ni ? tada otak betui yg starlight kau tu.

    nak starlight Uncle J ? oi super senior tu, kena hormat sikit. ekekeke

    • RickyO
    • 2 Ogos 2008

    Pahit untuk dilalui tapi manis utk dikenang. Bulan pertama di asrama saya paling kerap dipanggil senior kerana gaya saya berjalan terjengkit-jengkit. Agaknya itu gaya rockers jalan pada waktu itu…hahaha saya juga dari K.L bro sebelum ke Teknik Melaka saya sekolah di ‘Ampang Boy’ Awie Wings tu senoir saya.

  11. rickyo .. ooo geng rockers jugak rupanya haha🙂

    • shafei
    • 7 Disember 2012

    Abg Jeff nak tanya…Abg Jeff dlu 5 pertanian ke…hostel dlu kamar brapa..saya student smtm 90/91.dorm 7 tahun 1990 satu dorm ngan rosli(olie) latif (tokan) dan yang lain2..

  1. 14 November 2007

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: