Pasukan Kadet Bersatu Malaysia : Pakai Seragam Tentera

(bersambung dari Tradisi Senior-Junior)

Dulu-dulu tak ada PLKN. Kalau nak merasa gaya hidup tentera semasa masih di sekolah, satu sahaja caranya. Sertai PKBM. Atau Pasukan Kadet Bersatu Malaysia. Inilah kisahnya ..

Setelah beberapa minggu menjadi pelajar Sekolah Teknik, kehidupan di asrama yang saya lalui tidaklah teruk sangat. Ya, itu mungkin kerana saya tinggal di asrama luar yang persekitarannya tidak sama dengan asrama sekolah. Rutin juga semakin pelbagai, aktiviti sukan dan ko-kurikulum juga semakin rancak pada minggu-minggu berikutnya, khasnya selepas tamat minggu orientasi. Inilah yang ingin saya tuliskan. Tentang satu aktiviti ko-kurikulum yang menjadi kenangan sepanjang hidup saya.

Sebelum ini pernah saya tuliskan tentang cubaan memohon ke Maktab Tentera Diraja (dan tidak berjaya kemudiannya), juga tentang rasa kurang seronok semasa memasuki Sekolah Menengah Jalan Cochrane, tahun 1986 kerana belum terdapatnya kadet tentera di sana.

Di sini, tidak disangka-sangka saya ditemukan dengan sesuatu yang telah lama saya tunggu-tunggu. Gembira benar hati saya mengetahui bahawa salah satu pilihan aktiviti beruniform di Teknik Melaka ialah Pasukan Kadet Bersatu Malaysia.

lambang Pasukan Kadet Bersatu Malaysia

Dalam perhimpunan pagi di satu hari, seorang pengawas telah mengumumkan tentang pengambilan anggota baru kadet yang akan diadakan pada waktu rehat. Sebaik loceng rehat dibunyikan, kira-kira 50 orang pelajar junior termasuk saya bergegas ke tempat yang ditetapkan iaitu berhampiran bengkel kejuruteraan.

Kami diberi ujian asas kawad oleh beberapa kadet senior. Hampir kesemuanya berjaya  kecuali mereka yang ‘kawad robot’ iaitu berjalan dengan kaki kiri sambil menghayun tangan kiri. Lucu juga melihatkan situasi itu.

Secara amnya, risiko menganggotai pasukan kadet sebenarnya adalah sama sahaja seperti menjadi ‘anggota tentera’ sebenar. Ini kerana setiap pelajar yang ingin memasuki pasukan kadet perlu menurunkan akuan diberikan sehelai borang Angkatan Tentera bahawa sanggup menjalani apa-apa latihan dan tidak akan menyalahkan kerajaan sekiranya berlaku kehilangan nyawa. Borang itu juga dikenali dengan nama ‘borang mati’. Menggigil juga masa nak sign borang itu.

Selepas menandatangani borang itu, kadet-kadet baru dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan dan kecergasan fizikal di Kem Terendak. Pada masa itu kadet Teknik Melaka di bawah pentadbiran Rejimen Askar Melayu yang berpangkalan di sana. Saya tidak ingat pula RAMD Batalion ke berapa yang bertugas di Kem Terendak pada masa itu.

Yang seronoknya ialah bila kadet-kadet baru diberikan pelepasan dari waktu sekolah untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan kecergasan fizikal di kem. Kami dibawa menaiki trak dari sekolah. Daoat naik trak dan tak masuk kelas, itulah yang seronoknya.

Dalam pemeriksaan kesihatan itu, beberapa orang lagi kawan-kawan terpaksa ditolak penyertaan mereka kerana tidak melepasi beberapa ujian terutamanya yang ‘colour blind’. Selepas pulang dari pemeriksaan tersebut, kumpulan yang berjaya itu dengan diberikan nombor tentera dan dengan itu rasmilah kami menjadi ‘anggota tentera di bawah umur’.

colt~M16

Selepas itu, mulalah kami menjalani latihan ketenteraan seperti kawad kaki, kawad senjata, membuka/memasang senjata dan latihan menembak mengikut jadual yang ditetapkan. Latihan dijalankan dua kali seminggu iaitu hari Selasa dan Khamis bermula selepas makan tengahari hinggalah petang. Lokasi padang kawad pada ketika itu ialah bangunan kantin sekolah yang terdapat pada hari ini.

Dalam menjalani latihan kadet ini, banyak juga kenangan yang mencuit hati. Berbagai-bagai ragam berlaku khasnya kesilapan semasa dalam berbaris dan berkawad. Dimarah oleh jurulatih dengan perkataan seperti ‘bodoh, lembu, sakai, mangkuk, jin, setan, kayu, badol’ adalah sesuatu yang biasa diterima.

Semasa berkawad antara yang tak boleh dilupakan jika diperintah membuat ‘hentak kaki’ atau ‘short and sharp’ di tengah-tengah panas serta dalam masa yang panjang. ‘Short and sharp’ dalam Bahasa Melayu bermaksud kawad langkah pendek dan tajam.

Biasanya semasa latihan kawad, jurulatih memang gemar ‘mendera’ budak-budak kadet dengan ‘hentak kaki’ atau ‘langkah pendek dan tajam’ atau ‘short and sharp’. Bila diberi perintah tersebut, biasanya mahu juga hampir satu jam. Mungkin ‘dugaan’ itu tidaklah seberat mana kalau dibandingkan dengan seorang anggota tentera sebenar. Tapi kalau diingat-ingatkan semula, bila berkawad langkah pendek dan tajam sahaja ramailah yang mengeluh dan berdoa agar tidak muntah. Hinggakan langit biru yang sangat cerah pun dirasakan seperti gelap tidak bermatahari. Memang tersenyum sendirian bila diingat semula.

jungle-boot.jpgSetiap kali sebelum latihan kadet diadakan, pada malam sebelumnya kami berkumpul beramai-ramai untuk mengilatkan kasut. Biasanya selepas prep malam tamat. Suasana dirasakan ceria bagaikan di berek tentera sahaja gayanya. Walaupun latihan yang dijalani pasti akan sentiasa meletihkan serta mencabar mental dan fizikal, namun hari Selasa dan Khamis sentiasa dinantikan oleh semua anggota kadet.

Pasukan kadet Teknik Melaka diberi penghormatan setiap tahun untuk menyertai perbarisan Hari Kebangsaan bersama-sama kadet dari sekolah lain. Saya sempat menyertai perbarisan yang diadakan pada tahun 1990. Sehingga tahun itu, keanggotaan kadet di Teknik Melaka berkekuatan dua platun (satu platun 30-40 orang) iaitu masing-masing satu platun senior dan junior.

Aktiviti ketenteraan yang kami jalani telah menanamkan semangat patriotik yang sangat subur dalam jiwa kami. Sehinggakan ada di antara kami yang mula melupakan cita-cita sebelum masuk sekolah teknik seperti arkitek, jurutera atau doktor dan mula memasang keinginan untuk menyertai tentera. Ramai juga lepasan Teknik Melaka yang telah berjaya menyertai Angkatan Tentera Malaysia baik dalam cabang darat, laut dan udara. Malah, telah ada juga yang terkorban dalam menjalankan tugas.

– bersambung, Insya Allah –

  1. Hehe.. Good luck aku ucapkan. Moga2 ko kuar dari situ tanpa ada cacat anggota. Kui3.

    • UncleJ
    • 14 November 2007

    ooo kadet rupanya masa sekolah dulu…mesti masa tu tegap dan sasa kan? tapi kemana pergi t & s tu bro? skrg dah bertukar shape pulak dah….wakaka

  2. Affuan
    ha? keluar dari mana lak nehhhh …

    Uncle J
    alaa 20 tahun dulu punya cerita la bro. aiseymen .. nantilah saya get in shape balik. heheha

  3. Salam, Wah sekolah teknik eh, ekek ekek, memang vokay dan teknik dulu dulu tak ngam. he he. Apa pun besh baca cerita Jeff ni kat asrama, teringat jugak saya kat asrama dulu.. he he. Bagus bagus.. nanti sambung cerita asrama ni..
    p/s; Saya dulu masuk PBSM jer.. ekek ekek..

    • akirasuri
    • 15 November 2007

    Huhuhu.

    kawan saya pun ada sorang dah jadi incet askar sekarang. Berpangkat leftenan kot. saya kurang pasti. he he he..

    tapi dulu masa zaman saya. budak-budak kadet ni belagak. suka cari gaduh dengan budak-budak perempuan pette’. batch saya kan ramai perempuan. he he he.

  4. get in shape…dah boroi ker bro skang ni..ekekeke

  5. Kasawari
    dulu ada joke yg bebudak PBSM buat (sbb nak mempertahankan ke-macho-an PBSM) .. lebih kurang gini ..

    ‘dalam perbarisan budak kadet angkat senjata, lepas tu budak PBSM angkat budak kadet .. sebab tumbang’

    Akira
    batch saya dulu budak2 kadet semuanya baik ati dan disukai ramai. hehe

    Arsaili
    tak lah, cuma kuat makan je. hehehe

  6. saya pengakap raja dulu. hehehehehe🙂

  7. KNizam
    huh mesti banyak badge kat lengan baju nih !

  8. PKBM malaysia

    • ain&mas
    • 28 Oktober 2008

    no komen………….

    • ain&mas
    • 28 Oktober 2008

    acah jer……sje bguro……….join pkbm mmg best but it’s to hard la……….jrultih de yg grang,de yg sporting………tp bb yg pling kteorg nyampah,time kne gling cm london swiss roll tu…wakaka….pning uuuuu…..cmpai dmm n pngsn2…pe2 pn.caYok n gUd lUck 4 staf razif n staf2 yg pnh ajr dak2 SMKS………

    • sardin roll ?

      fuhhh ! sapa yg pernah kena … masa tu lah tobat rasa nak keluar PKBM ..

      • arep
      • 14 Oktober 2012

      side roll laaa

  9. aku pkbm laut !!!

    kursus BK siri01/06 kat telok senangin.

    mane2 mrk yg terlibat time tu, conact aku kt http://meetuncleshah.blogspot.com

    sertakan nama, e-mel

      • Yaya
      • 23 Julai 2009

      Hai Shah…..Awk PKBM Laut zon mne?

    • heli
    • 3 Januari 2009

    bro awak sekolah sampai tingkatan berapa kenal nama ni

    • Tanpa Nama
    • 14 Januari 2009

    aku bekas Sarjen PKBM SMTT, Melaka … jom buat perjumpaan semua bekas PKBM nie .. sejak PKBM dah bekubur lama nyer

    • sarjen farmiza smkbts
    • 19 Jun 2009

    dlu aku sarjen pkbm pompuan wakil 3 peringkat zon,negeri & kebangsaan… windu la at pkbm ni mmg syok gle dpt knalan baru.. pe2 pon smk bandar tasik selatan mmg gempak every year..gud luck u all..

    • aku skandel
    • 19 Jun 2009

    smkbts mmg best sgt sbb skola 2 je ade 1 kadet be unifom iaitu pkbm.. dpt jurulatih yg encem2 plak 2.. 3 taun aku g kebangsaan mmg aku ske gle tp yg x syok nye bdak2 kampong yg bajet bdak kl.. bdak kl lek je x menglabah pn cm downg.. owang askar mmg best bg bdak2 mcm kteowng rasa menwmbak gne m16.. & aku pnah menembak jd pnmbak tbaik.. 7 aku pnah jd ktua pandu arah pringkat kbangsaan 2008 at johor jd juara,, mmg best gle.. tp yg ltih nye bjln 7k.meter mcm nk mampos.. ok pe2 nti aku add lg at blog ni ok.. salam dri fa..smkbts2008

      • gue
      • 20 Jun 2009

      saya pun ahli pkbm dari sarawak………….masa 2008, johor main tipu sebab pernah cuba keempat-empat laluan panduarah dan siap lekay plastik kat batang kelapa sawit sebagai petanda. semua peserta pandu arah yang menyertai pandu arah 2008 kat johor pun tahu akan pernipuan tersebut. tapi xpela……….sekuarangnya ada pengalaman

        • Yaya
        • 23 Julai 2009

        Hai Gue………X bek tau ckp Johor men tpu………..

      • haha. biasa la tu. dalam hutan sapa yg bijak dia lah yg survive. tak apa benda dah lepas, buat jadi kenangan je.

    • rosnidah
    • 1 Julai 2009

    hai..sya kdet sm4na..srjan rosnidah.y..best la ada blog pkbm..

      • nordz
      • 7 Jun 2012

      aq pun kadet sm4na …….tahun brpa ne?????

  10. sy pun pkbm gak…4tahun..mmg best gla ar…tak pena lupa kenangan 2.n skg dapat buah hati pun askar…kapten plak 2. apa pun, pkbm unitform paling best…tata

      • Yaya
      • 23 Julai 2009

      Hai Miji………….Owh,awk dak PKBM ke?Zon mne?Apa pn,PKBM Laut best gler………………PKBM LAUT PANTANG UNDUR………………..

    • 2516407, kadet sarjan syahrol
    • 11 Julai 2009

    haiiiiiiiiiiiii

      • Yaya
      • 23 Julai 2009

      Hai Sarjan Syahrol……………..

    • Yaya
    • 23 Julai 2009

    Hai………..Sy dak PKBM Laut Zon Selatan thun 2002-2006…Kengan dgn dak2 PKBML xkn sy lpe smpi ble2………..Syok gler la……..

  11. seronok joint PKBM nie..
    sy dlu pn PKBM jgk..
    under 22 KOMANDO..
    mmang aktviti die mnyronokkan..
    plg sonok menembak ngn bkwad..
    best………
    rndu kt stap2 22 KOMANDO yg tlibat..!!!

  12. teruja lar dngar.. tringat lar… mse ak skola dlu…
    aktiviti die mmg bes….

  13. bes sgt2…
    kpada mmber2 yg knl ak..
    jgn lpakn
    ak yerk..

    • NORATIKA
    • 18 September 2009

    IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII

  14. SELAMAT ARI RAYA KPADA DAK2 SMKPJ DAN KPADA DAK2 ZON UTARA

    • jojo
    • 29 September 2009

    pkbm tHe poWer…..aGi idop agi nGelaban…join glEr joiN PKBM..mMg m’cBar gLer…m16 senjataku….7rrd team ku….hehehehehhhhhhhhhh

      • 90011009
      • 31 Januari 2011

      7RRD kat Mentakab tu kan? hehehehe… 1990 & 1991 aku pernah ber’kampung’ dalam tu, perkemahan tahunan PKBM. aku Kompeni Alpha, under 11 Melayu Kuala Lipis.

  15. de x yang asal kdah yg srtai pkbm(L)??????

    • ex – putera
    • 11 November 2009

    oh, mcm ni rupanya ye lifestyle pkbm..
    baru aku tau, ye la mktb aku dulu mana ada pkbm..
    mktb aku kat dalam kem sg besi sebelah upnm..
    faham sendiri la ye aku dulu blaja kat mana..
    w’pun sehebat mana korang dlm pkbm belum tentu lagi korang boleh survive apa yang dah aku lalui..
    usah la ego dan usah la berlagak..
    jd la seperti padi, makin berisi makin tunduk ke bumi..
    apa2 hal aku wish good luck dlm apa yang korang buat..

      • voltank
      • 18 Januari 2010

      tentulah xsama wahai ex-putera..pkbm adalah latihan asas tentera shj..
      Walaupun aku x pernah masuk RMC tp aku rasa ianya lebih kepada latihan pegawai kadet..

    • terima kasih la ex putera. dari bahasa tulisan kau ni rasanya kau yang ego kut.
      memang betul putra RMC kena lanyak lagi teruk dari PKBM. tapi itu dah nasib putra, kamu takda ada pilihan lain kan? budak2 yg masuk PKBM ni, diorang sekolah biasa, ada pilihan utk taknak masuk tapi mereka masuk. kalau nilai itu saja dah cukup utk buktikan patriotisme mereka. tp saya setuju la dengan pandangan kamu. seeloknya kita ni jadi resam padi. makin tunduk ke bumi bila berisi.

    • muhamad aliff
    • 21 Februari 2010

    hebat bangat macam orang segar

    • puteri
    • 25 Februari 2010

    Im so touched reading the passion in this blog. i understand the fun being in a team and to compete within the team..i like the unity we strove to find when marching and doing stuff together..im in PKBM to and i love the team..but unfortunately, there are certain..certain people who doesnt give a shit but this stuff and still want to be in the team because their friends want to be in..and the really fucked-up part is, the teacher just dont give a damn..and doesnt try to bring the glory the PKBM deserve…i dont know..my school is kinda easily overlook and we dont have the incentive like your school does and no people who’d give a damn…

    • suzana
    • 25 Februari 2010

    yeah!!!hidop laut,,
    aku pon bkas ahli kdet laut gak…pangkat bintara kanan(chip)
    miss gile2 saat2 kadet dlu..
    mmg sronok r
    i love pkbm laut
    gempur!!!!
    wira!!!

  16. salam…ingin mencari rakan seperjuangan pkbm prigkat kebangsaan 2007 dan 2008…peringkat negeri 2009…x dpt pgi..coz nk spm…hehehehee

    • sarjan syah
    • 3 April 2010

    hai…sya sajan baru..baru je daftar tentera..akan saya bgkitkan semgat kita yg telah lme berkubur…hidup pkbm

    • yaYA
    • 15 Jun 2010

    Budak skrg dah tak tau apa itu patriotik yang sebenar. Disiplin jgn ckp la… Dahh ooouuuutttt…
    Kalaulah PKBM diwajibkan kepada semua pelajar bermasalah kan best tuuu…. hmmm….

    • pkbm laut boy
    • 24 Julai 2010

    selamat berjaya pkbm laut smk kulim

    • hakim
    • 4 September 2010

    akum geng..saya dulu PKBM skoll Hamzah Machang kelantan…PKBM nie best sbb ajar kita ttg

    persenjataan,aktivi Compas Maching Point dan banyak lg..nanti la kalau ader maser saya citer

    lg..kalu tak silap gambar aktiviti PKBM ader dlm simpanan…

    budak2 sekarang yg masuk PLKN takda semangat patriotik…

    kenaper yer PKBM tak di wujudkan balik…

    saper yg skoll Kamil pasir putih n Skoll Ketereh mesti ingat PKBM tahun 1995…Perkhemahan

    di Bukit Merbau…best wooo..

    • di zaman dulu; kita ada PKBM.

      zaman mereka ; sekarang, mereka ada PLKN.

      asalkan ada program yang melahirkan semangat cintakan negara; itu sudah cukup baik dan kita rasa bersyukur.

    • x pwII mukhlis
    • 8 November 2010

    aku dulu budak PKBM D smk anderson ipoh memang best mase mula2 join kene raging teruk pon sanggup datang lagi masuk dalam longkang mesti .tak kire pt lagi makan minum semua kongsi satu pingan ngan cawan tapi bile sampai mase nak kene leader macam2 hal jadi dengan aku punya cik buat hal bapa xkaci join sebab nak spm lepas tu aku kene take over geng senior baru setahun masuk kuat meraging tapi nasib baik tahun last aku .aku dapat jugak pingat 2nd pandu arah

    • P.SELVAM
    • 13 Disember 2010

    tidak nak cakap apa?i pun bekas pkbm 22 kdo 1990an.di kem eriskine
    jempol,mersing.,DLL
    kalau kenal i,tlg emel yea

  17. mana nk cari butang baju uniform pemimpin (cikgu pompuan) pkbm..sila jawab

    • 90011009
    • 31 Januari 2011

    Assalamualaikum,
    aku penah jadi ahli PKBM gak, 1989-1991, ’90&’91 aku attend perkemahan tahunan negeri pahang. walaupun platoon skulah aku kucar-kacir tapi ianya kenangan terindah zaman skulah aku. Dan ianya mengajar aku tinggi-rendah langit.
    Gempur! WIRA!

    • zam
    • 15 Februari 2011

    ex putera
    mcm bangang je komen ko tu
    ko patut bandingkan diri ko dgn afats hahaha baru ko tahu darjat seorang tentera lebih mantap afats dari mtd
    mtd hanya layak dipangil boy sahaja dikalangan anggota atm
    jadi jangan nak banga dgn mtd tu
    kalau afats tu aku percaya mereka masuk walau dgn umur 15tahun dh sah jd tentera
    mtd jauh pangang dari api sebab ko tetap awam sehingga habis sekolah
    bg pkbm ia jauh lebih bagus berbanding plkn
    kehdpan dan displin mereka adalah asuhan secara terus dari atm
    jadi walau mereka bukan tentera mereka tetap tertakluk dengan akta pkbm

  18. bez arn…
    pkbm nie…hmm…
    agak2 lau mcok…
    da abez kolahleyh mcox askar arx???
    hihi…
    hidop pkbm

    • Tanpa Nama
    • 28 Disember 2011

    Nice post and nice wordpress theme. I was checking continuously this weblog and I’m impressed! Extremely useful information specifically the final section🙂 I take care of such information a lot. I was in search of this particular information for a protracted time. Thanks and best of luck.

    • Tanpa Nama
    • 28 Disember 2011

    Excellent submit, very informative and the wordpress theme you are utilizing is great. I ponder why the opposite specialists of this sector don’t notice this. You have to proceed your writing. I’m confident, you’ve gotten an enormous readers’ base already!|What’s Going down i’m new to this, I stumbled upon this I’ve found It absolutely helpful and it has aided me out loads. I’m hoping to contribute & assist other users like its helped me. Nice job.

    • Tanpa Nama
    • 11 Mac 2012

    baru nak masuk pkbm..kat mana nak beli uniform kat melaka?

    • kat Melaka abang tak sure adik. dah lama tak duduk Melaka. biasanya kedai pakaian seragam sekolah ada dijual.

    • Tuun Abdul Razak Bin Zainuddin
    • 11 Mei 2012

    besar nnti,saya nak jdi tentera sma dengan abng besar ni

    • mugiwara
    • 25 Mei 2012

    nape sekolah saya xda ek..teringin juga nak join..huhuhuhu

    • nordz
    • 7 Jun 2012

    salam……..anggota PKBM , TNGAL Kngan yg pling manis, and alwys the best

    • dilhara
    • 11 Mac 2015

    salam bro, tau spe2 yg nk jual baju no.4 ?

    • sarjan
    • 10 April 2015

    Assalam.. Saya taun ni spm 2015, dan taun ni last untuk pkbm (darat).. Pkbm mmg best, saye join dri form2 lagi, bile msuk form3 tros sarung pangkat korperal.. Mmg tiap2 taun x penah miss pegi kem pkbm.. Walaupun wktu form3 saya pmr, semangat pnye pasal snggup pegi.. Alhamdulillah result cantik, ingat nk mintak mtd, tapi setakat 3A je baek stay smpai form5 kt ipoh ni.. Papehal pon, pkbm the best uniform body.. ” Agi Idup Agi Ngelaban “

    • hafiz
    • 17 Jun 2016

    PKBM pda tahun ni memng best…PKBM zamn dulu macm mana ye??

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: