Surau di Taman Bukit Beruang Utama

(bersambung dari Pakai Seragam Tentera)

Semasa asrama luar di peringkat awal pembukaan pada tahun 1989, Taman Bukit Beruang Utama (TBBU) adalah sebuah kawasan yang masih di kelilingi kebun getah.

Terdapat juga jirat orang-orang Cina di beberapa kawasan berdekatan dan kemudiannya menjadi pelbagai cerita misteri dari mulut ke mulut. Namun bukan itu yang ingin saya ceritakan.

Sebenarnya terselit pula kisah tentang ‘kubur’ tadi kerana mengingatkan pengalaman semasa balik dari solat maghrib di masjid di Institut Telekom berhampiran TBBU (kini Universiti Multimedia). Disebabkan ingin bersolat maghrib secara berjemaah, maka saya dan dua rakan lagi iaitu Ateng dan Zul Alien dari TBBU ke masjid tersebut yang terletak sejauh kira-kira sejauh 3 kilometer. Kalau diketahui warden masa tu mungkin kena juga sebab tidak memohon kebenaran pun untuk keluar dari kawasan TBBU (yang dianggap sempadan bagi kawasan asrama luar).

Sewaktu balik dari masjid, malam hari sudah benar-benar gelap. Seperti yang saya katakan pada masa itu TBBU di kelilingi kebun getah. Semasa berjalan di tepi jalan raya, jarak antara setiap satu lampu jalan agak jauh juga. Kereta juga sangat-sangat jarang melintasi kawasan itu.

Tiba-tiba lalulah sebuah kereta dari arah belakang kami dengan tidak berapa laju. Suluhan lampu kereta itu membolehkan penglihatan agak terang seketika di kawasan kami berjalan dan kami terlihat sebuah jirat Cina betul-betul di tepi jalan. Mulanya kami bertiga diam sahaja dan terus berjalan.Tapi entah macam mana, salah seorang kami berkata ” ish .. aku rasa aku nak lari lah”.  Apa lagi, tak pasal-pasal ketiga-tiga kami membuka langkah seribu.

Semenjak itu kami tidak lagi pergi bersolat di masjid tersebut. Lucu rasanya mengingatkan perisitiwa itu, dan terasa ‘bodoh’ pun ada juga.

Tak lama selepas itu, pihak sekolah mengumumkan cadangan membina sebuah surau di TBBU untuk memudahkan aktiviti keagamaan di kalangan pelajar asrama luar. Ramai pelajar yang turut menghulurkan derma. Begitu juga dengan sumbangan dari masjid-masjid berhampiran khasnya Masjid Kampung Bukit Piatu sendiri.

Tiba harinya, pelajar-pelajar batch pertama asrama luar berserta penduduk asal TBBU bekerjasama memulakan kerja-kerja mendirikan surau. Surau itu siap dibina sepenuhnya dalam masa satu minggu. Strukturnya ringkas sahaja dan berbentuk empat segi. Kemuncaknya diadakan majlis doa selamat di taman perumahan tersebut, bagaikan kenduri sahaja maklumlah budak-budak asrama sahaja sudah hampir 100 orang.

Pada bulan puasa tahun 2007 baru-baru ini semasa bertugas di luar, saya berkesempatan mengunjungi semula TBBU, Melaka. Kesempatan itu saya ambil untuk melihat semula TBBU setelah hampir 18 tahun ditinggalkan. Surau yang kami bina itu kini sudah berwajah baru. Pasti banyak perubahan dan pengubahsuaian yang berlaku dalam masa 18 tahun. Bangunannya bukan lagi empat segi seperti mula-mula dibina dulu. Syukur saya rasakan tambah-tambah mengenangkan kerja keras budak-budak Teknik asrama luar ada sama dalam membangunkan surau tersebut.

Sesiapa yang berkesempatan ke TBBU, Melaka dan jika anda melihat adanya sebuah surau berwarna biru di kawasan tersebut, itulah surau yang saya ceritakan di sini. Semoga tulisan yang tidak seberapa ini dapat dijadikan sumber primer sejarah surau tersebut.

– bersambung, Insya Allah –

  1. Bukit Beruang..hihik…masa zaman saya muda2 dulu, masih sekolah…masih ligat ber pan pal, ade kenalan dari Bukit Beruang, Melaka….tetapi entah di mana agaknya kawan saya tu…

    • UncleJ
    • 16 November 2007

    mesti masa jeff pergi semula kat sana baru2 ni mesti nostalgia lama segar semula dlm ingatan kan..isk..skema lak ayat ni…

    anyway..good entry jeff..tang tu yg saya respek ni…good writing by you, bro!!

  2. Jie
    haaa, anak sapa la tu ..

    Uncle J
    tu ler bro, tu hari tengok surau tu sampai nak terlepas time buka posa : )

  3. hehehheh cerita hantu ada di mana2. hehehehehe🙂

  4. salam bro..cuak juga yer..ekekekeke rockers takut jerat cinta..ehh jerat cina…uhuhu

    • combi
    • 19 November 2007

    dr kecik lg..org selalu takutkan psl jerat cina..(naper ‘jerat’ arr) tp anak2 panggil kubur..

    ~ dulu dorang ckp kelip2 tu dr kuku org yg mati tuu..(mayb sbb kuku yg pnjg)

    ~ nmpk kelip2 pun takut..tp anak2 skrg..dia kejar sbb nk tgk dr dekat..

    ~ anak2 lebih practical n advance..sume msti ade reason..kalo x dorang ckp karut !! huhh 😦

    p/s jeff anak combi minat nk masuk maktab tentera..tp combi rase cm takut sbb u tau kn..

    kalo nk jd juru terbang tentera kena kursus kt kepala batas ..kes budak taiping tu kn..takut laa pulak..
    kena cr alternative lain.. 🙂

  5. KNizam
    ya, hantu pun ada di mana2 jugak keke : P

    Arsaili
    rockers pun manusia biasa juga hehehe

    Combi
    ajal maut Allah menentukan. kalau tidak menjadi tentera pun.. bila ajal sampai, tengah naik kereta pun mati juga. apa pun terpulanglah, parents lebih berhak : )

    dan .. anak2 skrg kejar kelip-kelip pasal tengok iklan TNB tu : P

    • combi
    • 19 November 2007

    jeff >> jgn salah sangka..salah tafsir ni tauu..

    ~ maksud combi bkn psl mati laa..tp psl kes dera tu..

    ~ uishh kesitu pulak tau.. 😦

    ~ kes dera yg kt kepala batas tu..u x tgk ker??smpi masuk tv kn..mmg army cmtu ker??

    ~ tu yg combi x smpi ati aje…kesian laaa

    ~ skrg kt sek dia masuk unit polis kadet..tu yg semangat berkobar tu.. 😀

  6. Combi

    oooo kes dera tu .. yelah sebab yg mati terhmepas pun ada jugak budak Penang sblm ni.

    well yg itu ? hmm sorrylah. saya sebenarnya tak bersimpati langsung kat budak tu. combi pun tak usah la kesian kat dia.

    bukan apa, kalau dalam latihan tak tahan dera awal2 lagi tak usah sarung seragam. deraan dalam latihan tentera walau seburuk dan sekeji mana pun, hanya satu sebab sahaja.

    iaitu .. kalau lah seseorang askar itu ‘captured by enemy’ (ditawan) .. sorry to say, bukan setakat apa yg budak Taiping tu kena.

    tapi lebih dari itu, siksaan dan torture yg lebih teruk dari binatang akan dihadapinya.

    hanya askar yg benar-benar boleh menghadapi dugaan siksa yang maha berat itu sahaja yg mampu menyimpan rahsia dan keselamatan negara.

    kalau setakat nak jadi air force pilot because nak glamer; TAK PAYAH ler.

    so my advise to any of you young lads who really wants to be a soldier ..

    .. 1stly ask yourself if you are really prepared and dare to die anytime and anywhere, if you say yes .. then 2nd ask your mother for her blessing coz it is really tough to survive the training.

    semoga anak combi dapat membuat pilihan yg baik dan menjadi kebanggaan keluarga. tak semestinya jadi polis atau tentera sahaja utk berkorban kpd negara kan🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: