Pertama Kali Menonton Filem Hindustan

Saya bertugas ke selatan tanahair sepanjang minggu ini dan selang minggu berikutnya. Untuk itu, penulisan tentang nostalgia ‘hostel life’ saya rehatkan seketika. Penulisan kali ini adalah tentang sebuah nostalgia tentang filem Hindustan.

kkkg.jpg

Saya sebenarnya bukanlah peminat filem Hindi @ Hindustan. Dari kecil lagi saya anti filem Hindi dan pemikiran saya telah membuat tanggapan bahawa menonton filem Hindi itu tidak macho dan ‘tak rock’ kerana kisahnya terlalu banyak nyanyian dan tarian serta jalan ceritanya meleret dan dibuat-buat.

Semasa kecil, pernah sebuah filem Hindi disiarkan di  televisyen dan panjang sungguh kisahnya sehingga terpaksa disiarkan selama dua hari, bermula jam 1.00 tengahari sampai 4.00 petang dan bersambung keesokan harinya. Hairan bila difikirkan bagaimana penonton melayan emosi menghabiskan filem yang sungguh panjang itu, selama dua hari itu. Mungkin macam filem Titanic juga agaknya. Entahlah.

Prinsip menolak filem Hindi itu saya pegang hingga dewasa. Tambah pula melihat artis Bollywood yang berperangai mengada-ngada, mengalahkan Hollywood. Juga apabila melihat penerbit filem Bollywood menggunakan lokasi negara lain untuk di-India-kan dalam filem, termasuk Malaysia. Atas dasar pelancongan terpaksa dibenarkan, alasannya. Tapi bagi saya, ia sungguh menjengkelkan, malah sungguh tidak patriotik bagi negara sendiri. Sanggup meminjam negara sendiri kepada orang luar dan biarkan ia dicanang sebagai India. Terhadap penerbit dari Bollywood pula, memanglah mereka itu tidak ada perasaan malu dan sensitiviti.

Pada tahun 2000, semasa seluruh Malaysia sedang taksub dengan Kuch Kuch Hota Hey dan Mohabaten (jika salah ejaan filem itu, harap maaf) saya tidak terpengaruh sikit pun. Maksud saya, tidak ada rasa teruja ingin mengetahui apakah kisah di sebalik filem-filem itu. Tidak ada rasa digamit oleh panggung-panggung TGV dan GSC untuk cuba menonton lakonan Shah Rukhan, Kajol serta Rani.

Semasa masih berteman dengan girlfriend saya sehinggalah selamat mendirikan mendirikan rumahtangga dengannya, saya mengenali bahawa salah satu sifatnya ialah peminat filem Hindi. Bagaimanapun, ia tidaklah menjadi suatu kenyataan yang sukar saya terima. Saya tidak menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri.

Namun ‘dugaan sebenar’ datang tidak lama selepas kami berkahwin. Dia mengajak saya menonton filem Kabhi Kushi Kabhi Gam (KKKG) di panggung ..

Saya turuti permintaannya itu setulus hati. Soal tidak minat tidak mengapa, boleh dikorbankan. Prinsip anti pada filem Hindi, saya letak ke tepi dahulu. Jadi, saya dan isteri telah ke Mid Valley untuk menonton filem ini.

Selesai menonton, ke luar dari panggung, dia bertanya “macam mana, best tak?”. Komen saya ? Saya senyum sahaja dan kemudian memberi komen, “ini satu-satunya filem yang sarat dengan nilai dan menjatuhkan ego dan airmata Abang”.

(Ya sesiapa yang rasa ingin ketawa boleh berbuat begitu sekarang : P)

Sangkaan saya, selepas itu saya akan mula meminati filem Hindi. Tapi tidak rupanya. Walaupun ada menemani isteri menonton filem Hindi lain selepas itu namun KKKG kekal menjadi satu-satunya filem Hindi yang saya anggap paling logik dan relevan jalan ceritanya.

Sehingga kini, lagu-lagu dalam filem KKKG (tidak ingat tajuknya), kalau-kalau keluar di radio akan terus mengembalikan nostalgia menonton filem itu. Sekurang-kurangnya ada lah juga lagu Hindi yang dapat menambat jiwa rockers saya ini.

Entri ini khas buat isteri tersayang. Luv – abang.

    • UncleJ
    • 19 November 2007

    biasa jer mcm tu bro…mmg most people ingat or berpendapat mcm bro sebelum tengok filem hindustan….but to me sy tengok semua filem and i dont prejudge mana2 filem pun waima filem siam pun ..hehehe

    nostalgia sy tgk citer hindustan mmg agak lama..citer Bobby the first saya tgk kat panggung…then tgk jugk afew masa kat sekolah..then stop terus..

    pas tu tgk balik these few years back masa tu filem hindi tgh naik balik…
    so tgk ler kuch kuch tu and a few yg lain..
    KKKG pun tgk gak…tp tak le sampai nangis tgk mcm org lain tu…tak macho le tgk industan nangis kan??? mesti jeff sebak tgk citer tu kan? jgn nak tipu ler bro…ekeke

  1. Saya ni sensitip ….sangat²…tengok cerita neno tu pun boleh menangis..tetapi saya tak minat cerita hindi……….. saya anti filem hindi! pelik…selalunya perempuan feeling gila² golek² tengok filem mcm ni…..

      • bidan7
      • 16 Februari 2010

      sahabat semua, musim filem hindu tu bersilih ganti. orang syok lagunya.kisah cerita biasa aje, gadis cinta lelaki kaya atau sebalkiknya, putus cinta, rogol, jenayah, perang, penyeludupan. asyik duk berkisar itu saja. ah cemuslah.baik tenguk filem hantu indon. he….he…..he….duk habis masa saja baik Bidan 7 jual ubat ada juga masuk!

    • Abah Muizz
    • 19 November 2007

    Jeff, abah sedari kecik didedahkan dgn cerita2 Hindustan. Sampai la ni, masih terdengar2 lagu2 Geet, Bobby, Andaz, Naseeb, etc.

    Dah besar, kurang minat sikit. Tapi selepas tengok Kuch Kuch Hota Hai (sebab teman2 serumah pakat dok tengok), terpikat la pulak dengan Rani Mukherjee. Cantik sungguh. [Pssst, jangan cakap kat Ummi ek!] Dan selepas itu, KKKG, Mohabbatein tetap singgah juga dimata abah.

    Sekarang?? Tak ada masa nak tgk Hindustan. Tgh tunggu masa lapang nak layan Stardust nanti, insyaAllah.

    P/S: Sampai sekarang masih teringat2 cerita Tamil diNTV7 tahun 97 dulu – cerita ttg sekumpulan pondan membesarkan seorg bayi yg dibuang ibunya, sehingga dewasa.

  2. erkk…entri ni ala2 bollywood jer..bole di filem kan…uhuhuhu….

    • combi
    • 19 November 2007

    filem ni mmg best..sejak kawen dah lame x tgk filem hindi..tp bila kuar kkhh..terus jer minat balik..siap beli cd(mase tu lom ade dvd)..

    mase ni filem hindi meletop giler kn..pastu kuar kkkg..beli gak cd..aiseyyy 😛

    skrg dah slow kn..xde citer best lagik..

    korang nak tau ??

    ~ huby combi peminat hindi smpi skrg..setiap sabtu 2pm..dia konker tv..(tv3)

    ~ dulu sblom kawen prnh roomate dia ckp huby msti nangis kalo tgk hindi..yer ker??

    ~ rupanyer smpi skrg..yg lawak tu dia ngn precious sama2 lwn nangis.. 😛

    ~ combi x rase kalo nangis x macho..sbb man pun ade emosi gak kn kn kn…(cuma yg ego jer x ngaku !! )

    ~ mayb dia tergolong dlm ‘man’ yg very loving n caring..mudah tersentuh gitu..

    ~ yg combi prasan smpi skrg kalo anak2 sakit dia sanggup berjaga smpi pagi..adehh

    ~ lucky me..alhamdulilah.

  3. Salam Bro,
    Wah wah… semua demam bollywood ni.. ni UncleJ lah pembawak ni.. he he. Semua dah cerita filem hindi ni.

    Saya jugak kena tempias bollywood ni.. siapa tak kenal Shah Rukh Khan.

    Cuma beberapa yang saya rasa tak sesuai di tonton cerita Hindi ini ialah banyak upacara keagamaan mereka (upacara sembah, nyanyian lagu keagamaannya, dan berbagai bagai lagi), untuk peringkat kanak-kanak harus di kawal, selalunya saya akan Fast Forward bila terdapat adegan adegan ini, begitu juga dengan cara pemakaian yang saya rasa kurang sesuai untuk anak anak kita melihatnya.

      • teropong
      • 16 Februari 2010

      eh betui, anak-anak tak baik tengok, depa tu banyak sembah tokong, puja dalam naynyian depa. macam depa tu duk dakwah. sedang cinta, putus cinta, kena bala atau apa-apa juga, depa jumpa tokong minta tolong. hai…batu boleh tolong ke? batu buatan sendiri. kalau dia jadi sendiri tu ada juga kelebihan, tapi jadi sendiripun dengan kuasa Allah……

    • akirasuri
    • 20 November 2007

    adeii..
    saya tak suka cerita-cerita hindi..
    tapi kalau weekend dah bosan sgt tak ada cerita nak tengok..
    terpaksalah jugak dilayan cerita-cerita hindi kat tivi..

    huhuh!
    tapi saya suka cite tamil.
    sound effect dia! pergh!
    hahak!

  4. K3G mmg cerite feveret. Bile masuk cite yg ade menyentuh isu-isu kekeluargaan ni, sure tangkap leleh.. paling best part Kajol tanye ape itu “sarji” pade mak mertua dia melalui telepon tu..heh.
    slm ziarah.

  5. saya suka dengan mohabbatein sahaja. yang lain so-so je la. hehehehehehe🙂 suka dengan teknik camera yang cool🙂

  6. sy TAK SUKE filem Hindi. Dan TAK AKAN SUKE.huhu. Yg sy pnh tgk Hello Brother je. Kuch2 hotak hei plak tak abeh pn tgk. mls nk tunggu.lm sgt

    apa yg best filem hindi pun ntah le..tak phm

  7. asalamualaikum kepada SEMUA :

    terima kasihlah atas pandangan semua dan menjadikan nostalgia filem hindi ini menarik sungguh.

    wah wah rupanya ramai juga org pompuan tak suka filem Hindi ni ya. baru saya tau .. hehehe

    apa pun .. yelah t’pulang kepada penilaian dan minat memasing🙂

    • lagendabuta
    • 24 November 2007

    lambat lak sy komen ek…mmg sy selalu gitu..hehehe

    sy mmg minat filem hindustan era thn 60an – 90an. Filem2 hindi skg sy kurang minat, jln ceritanya sama jer.

    sy lebih minat pada lagu2 nya saja.

    apa2 pun jef tetap jeffrockers walaupun tgk filem hindustan…hihihi

  8. Lagendabuta

    bro KS kalau lmbat pun tetap meriah juga🙂
    mmg tahu bro minat lagu Hindustan, tengok cerita kat blog pun tau dah hehehe.

    ayat tu best la ..

    ‘apa2 pun jef tetap jeffrockers walaupun tgk filem hindustan’

    caya lu lah brader !

    hehe

    • peminat..
    • 8 Mei 2010

    btl2…kkkg is the most epi n best movie dlm cte hindustan…..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: