Gerai Air Tebu ‘Abang Nan’

(bersambung dari Surau di TBBU)

Rasanya, mana-mana bekas pelajar Teknik Melaka dari mana-mana generasi sekali pun, amat tahu kenal dengan seorang lelaki yang dipanggil Abang Nan yang membuka gerai air tebu betul-betul bersebelahan dengan pintu masuk sekolah ..

Semasa saya memasuki Teknik Melaka pada tahun 1989 itu, ‘gerai tolak’ milik Abang Nan itu sudah sedia ada di sana. Saya kurang pasti selama manakah beliau telah mula berniaga di situ, namun jangkaan saya memang telah lama berdasarkan gaya perbualannya dengan orang-orang kampung.

Gerai Abang Nan sentiasa menjadi destinasi pilihan pelajar-pelajar untuk membeli air tebu yang lemak manis dan sungguh menyegarkan. Sama ada; selepas sesi sukan wajib di sebelah petang, selepas kegiatan ko kurikulum, selepas kerja elektif di bengkel kejuruteraan atau ladang pertanian, gerai abang Nan pasti dikunjungi ramai.

Begitu juga di hujung minggu hari Sabtu, selepas selesai kerja-kerja gotong royong atau di hari Ahad selepas bermain bola seawal jam 8 pagi. Pastinya juga dalam bulan Ramadhan, seawal 6 petang lagi air tebu Abang Nan sudah mula dicari.

Ya, siapa yang dapat melupakan air tebu Abang Nan itu …

Kerana nostalgia itu, ketika berada di Melaka menjalankan tugas selama 2 minggu pada bulan puasa lalu (2007), walau sesibuk mana pun saya berazam ingin berkunjung semula ke gerai Abang Nan.

Semasa memandu kereta menyusuri jalanraya menuju ke sekolah lama itu, rentetan nostalgia tidak henti-henti berputar di ingatan. Saya juga berasa sedikit gusar, kalau-kalau Abang Nan tidak lagi berniaga di situ. Namun setibanya saya di hadapan sekolah, alangkah teruja rasa hati melihat gerai Abang Nan masih ada di situ.

Maka bertemulah saya dengan Abang Nan di petang bulan puasa itu, mengulangi tradisi bulan puasa semasa bersekolah dulu; membeli air untuk dibuat berbuka puasa. Namun pada petang itu hanya air soya dan air kelapa sahaja yang saya beli. Abang Nan tidak lagi menjual air tebu kegemaran pelajar Teknik Melaka dulu. Dah letih memesin tebu katanya.

Lebih menggembirakan apabila Abang Nan masih mengecam saya walapun sudah 17 tahun tidak berjumpa. Sambil berbual-bual ceria tentang kisah lama dan bertukar-tukar khabar baru, Abang Nan memperkenalkan saya dengan seorang pelanggan tetapnya yang merupakan guru di sekolah lain berdekatan, yang juga ‘super senior’ ; mula menjadi pelajar Teknik Melaka kira-kira 10 tahun lebih awal dari saya. Nampaknya bukan saya sahaja bekas pelajar yang mengunjungi gerai beliau.

Rupa-rupanya kuat benar daya ingatan Abang Nan terhadap bekas pelajar-pelajar Teknik Melaka. Katanya, ‘saya ni dah macam cikgu kamu juga, budak datang dan pergi .. saya tak ke mana juga masih di sini’.

Dalam kegembiraan mengulangi pertemuan itu, ralat juga rasanya kerana saya tidak mengambil apa-apa gambar. Kealpaan itu hanya saya sedari selepas beredar meninggalkan gerai beliau. Tambahan pula sejak dari awal memasang niat ingin berkunjung ke gerai beliau itu pun, tidak pula saya terfikir untuk menjadikan kisah itu sebagai bahan tulisan.

Kalaulah orang bertanyakan “apa yang istimewa di Teknik Melaka?” Saya pasti tidak tersilap kalau mengatakan salah satu keistimewaannya ialah gerai air tebu Abang Nan.

Memang dia bukan guru yang mengajar pelajar Teknik Melaka, namun sumbangan ‘kecil’ abang Nan itu adalah antara penyeri hidup pelajar Teknik Melaka generasi demi generasi.

Terima kasih abang Nan.

air-tebu-foto-from-flickr-by-azka98.jpg.

sekadar meminjam gambar untuk nostalgia ini ..

– akan disambung dengan kisah Kuih Pak Ajit, Insya Allah –

  1. Pagi² buka web ni nampak air tebu berderet tu, rasa mengindam tiba²….. buang tabiat ke hape awk ni…ni la ayat kalo sy ckp dgn suami kejap lagi…he he he

  2. bro….selalu nya mmg org biz ingat customer dia, bagus memori abg nan tu…ingat lg kat Jeff walau dah berbelas thn tak jumpa….

    cantik pulak gambor air tebu tu..mana amik tu? teringin pulak nak minum air tebu..bulan puasa lepas je minum….

  3. Jie
    kalau breakfast dgn air tebu mmg tebiat pun .. heheh

    UncleJ
    gambar pinjam tu. jemput la minum .. saya belanja kekeke

  4. Wah.. telan air liur tengok air tebu ni..
    teirngat kalau bulan puasa.. cari air tebu untuk berbuka…

  5. salam bro..nih mesti maintain tu yg abg nan leh ingat lagi ni…serupa macam masih remaja2 dulu…ekekeke

  6. kuat tu ingatan abg nan.

    err…berapa umor abg nan tu?

    • ayaq
    • 28 November 2007

    UuUuUuuu air tebooooo

  7. sedap nampak ayaq tu berderet macam hiasan lak

  8. Kasawari
    bukak posa air tebu, gerenti puasa ati. kalo air lain belum tentu lagi .. ada yg tawar. kaler je nampak menarik

    Arsaili
    jauh berubah dah ni. kan kena get in shape heheh

    Hayad
    skrg mungkin dia dalam umur pertengahan 40-an. itulah yg mengagumkan saya. khasiat air tebu agaknya hehe.

    Ayaq
    hang terlioq kaaa ..

    Nuriman
    kalo hiasan kenalah tulis ‘for display only’ .. tak leh dijual hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: