Kuih Yang Sedap di Kedai Pak Ajid

Selain dari gerai air tebu abang Nan yang sentiasa menjadi tumpuan budak-budak Teknik Bukit Piatu, satu lagi lokasi yang pasti dikunjungi ialah kedai runcit Pak Ajid. Kedai ini terletak kira-kira satu kilometer dari sekolah dan sangat berdekatan dengan Masjid Kampung Bukit Piatu.

Kedai Pak Ajid biasanya dikunjungi pada hari Jumaat iaitu selepas selesai selesai solat jumaat. Yang dicari bukanlah barang kegunaan harian di hostel sebaliknya kuih muih. Setiap hari Jumaat Pak Ajid akan menjual berbelas-belas jenis kuih muih tempatan seperti kuih serimuka, talam, lapis, koci, lepat, donut, donat inti kacang merah, donat inti sardin dan karipap sahaja misalnya terdiri dari dua tiga jenis ; inti sardin, inti kentang atau inti ayam.

Namun tentang kuih Pak Ajid ini, apa yang menjadi kenangan ialah ‘sistem makan dulu bayar kemudian’ yang diwarisi turun temurun di kalangan pelajar.

Selesai sahaja imam berdoa, budak budak Teknik pastinya berpusu-pusu mencari selipar dan terus menuju ke kedai Pak Ajid. Apabila dikermuni oleh budak-budak Teknik, kuih-kuih Pak Ajid biasanya ‘selesai’ dalam masa yang cukup singkat, betul-betul macam ikan piranha. Dan tidak pula dibungkus, makan terus di situ sahaja.

Selepas makan kuih yang sedap-sedap itu, budak-budak mengucapkan ‘terima kasih Pak Ajid’ dan balik ke asrama. Bayarannya ? Kami menulis ‘hutang’ masing-masing dalam buku catatan dan bila duit belanja dikirim oleh ibu bapa di awal bulan, ramai yang membayar hutang mereka sedikit sedikit.

Kemuncaknya, ialah semasa kembali ke sekolah mengambil keputusan SPM. Biasanya mereka yang selesai menduduki SPM akan bekerja sambilan. Dengan duit gaji yang diterima itu, sebahagiannya disimpan untuk membayar hutang kuih Pak Ajid.

Ia menjadi tradisi di Teknik Melaka (di kalangan pelajar lelaki), selepas keputusan SPM diambil dan sesudah berjumpa kawan-kawan lama, mereka akan menuju ke kedai Pak Ajid. Berjumpa dengan pakcik yang sesungguhnya berhati mulia ini untuk membayar hutang masing-masing, memohon dihalalkan apa yang dimakan dan mengucapkan terima kasih.

Dan tradisi itu diteruskan pula oleh pelajar-pelajar junior, akan mengikuti apa yang dilakukan oleh para senior semasa datang mengambil keputusan peperiksaan SPM di tahun-tahun berikutnya. Namun mengikut Abang Nan (gerai air tebu) sudah agak lama juga Pak Ajid tidak lagi menjual kuih di hari Jumaat kerana kesihatannya tidak mengizinkan.

Sesungguhnya terbit rasa kagum dan terharu terhadap Pak Ajid yang tidak bersungut dengan tabiat kami yang selamba tiap kali selepas solat Jumaat itu. Tidak juga dia menghentikan jualan kuihnya walaupun modalnya mungkin tidak dapat diperolehi kembali dalam masa yang dekat.

Sehingga hari ini, kenangan itu masih segar. Ia membuatkan saya terbayangkan kuih-kuih Pak Ajid dan buatkan saya tersenyum bila mengingatinya. Itulah satu lagi keistimewaan Teknik Melaka.

Semoga segala amal ikhlas Pak Ajid dibalas ganjara pahala oleh Allah SWT.

  1. menitis air mata saya membaca entry ni… sy pun nak hati yang baik mcm tu…

    • UncleJ
    • 8 Disember 2007

    hmmm..budaya ” eat first, pay later” telah ditanamkan sejak disekolah nampaknya..ekeke

    tapi bebudak sekolah asrama ni mmg selalu pokai jer…tunggu scholarship ma n pa baru kira berduit masa tu..sama jugak dgn saya time kat asrama dulu, tp tak de pulak yg semacam Pak Ajid kat sekolah saya tu..

    good entry bro…mengimbau kenangan manis dan terindah dizaman persekolahan ..*skema ke ayat camgini bro?*

  2. naseb baik bdk2 teknik tu byr..klu tak byr…tak tau la,hehe

    Ps: tau la keje gomen. saya pun gomen :p

  3. bestnyer kueh2 tuh. terasa nak pegi sana la. hahahaha🙂

  4. salam bro apa kabar? terusik hati membaca entri ini, semoga Pak Ajid senantiasa di rahmati ALLAH, susah nak cari org berhati mulia seperti beliau…mungkin kasihankan pelajar membuat dia memperkenalkan konsep berjual sambil beramal kot…haraplah tiada yg ambil kesempatan kan

  5. Terlebih dahulu saya memohon ampun dan maaf kepada kawan2 yg saya tak berkesempatan membalas lawatan di blog mereka. Insya Allah saya akan berkunjung ke blog saudara/i dalam masa terdekat ini🙂

    Jie
    doakan kesejahteraan pak Ajid ya : )

    Uncle J
    mekaseh bro. tak la skema bro. ok apa tu : )

    Hayad
    tak bayar kat dunia kena bayar juga nun di sana nanti : )

    KNizam
    sekarang tak jual dah. tapi kalo nak pegi jom aku bawak hehe : )

    Arsaili
    salam kembali bro. doakan kesejahteraannya : )

  6. Salam Jeff,
    takder ker gambar kedai Pak Ajid ni..
    masih ada lagi ker kedai makan ni..
    nak jer Kasawari singgah kalau ke Melaka

    • khairul
    • 11 Disember 2007

    sedey.. sedey… teringat nasi lemak yang mak aku jual satu masa dulu.. jadi kegilaan orang kampung… hu hu…

    • khairulnizambakeri
    • 13 Disember 2007

    Semoga Allah murahkan rezeki Pak Ajid!

    • Life Of AKU The Episode
    • 27 Disember 2007

    salam, kisah sekolah2 ymmg tak dpt dilupakan, sama benar dengan kisah saya sewaktu di maahad dahulu, poak mat dan cik esah penjual nasi lemak “ambil nak, ambil !!!”

    • RickyO
    • 2 Ogos 2008

    salam,

    Waah saya senior awak rupanya, pertanian batch 87/88. Pak ajit memang istimewa, waktu saya disana beliau dibenarkan menjual makanan di hostel waktu malam. Biasanya anaknya yang datang menghantar kuih-muih, mee goreng, roti dsbg menggunakan motosikal dan pak ajit datang kemudian dgn basikal tuanya. Biasanya bila pak ajit sampai kuih muihnya sudah hampir habis. Bisanya yang membayar sangat kurang tapi Pak Ajit tak pernah sikit pun mengeluh dan selama 2 tahun disana setiap malam pak ajit setia dgn rutinnya. Yang membuat saya kagum beliau pernah berkata yg dia akan menghalalkan walaupun ada yang tidak bayar langsung. Saya sendiri kalau ke Melaka pasti akan singgah menghulurkan sedikit wang tanda saya sentisa mengingatinya. Semoga beliau sentiasa dirahmati Allah.

  7. ya rickyo, ada juga kami mendengar kisah pak ajid datang menjual kuih ke hostel pada waktu malam. begitulah pak ajid yang kita sayangi itu

    • TASYA
    • 19 November 2008

    PERGH…AKU TAK TAU PAPE PUN,TAPI CITE KO MMG BEST,HUHUHU

  8. Sila layari website kami untuk tempahan daging dengan harga yang sangat ISTIMEWA!!!

    • Tanpa Nama
    • 16 April 2012

    UNTUK MAKLUMAN PAK AJIT TELAH MENINGGAL DUNIA BEBERAPA TAHUN YANG LEPAS. SAMA-SAMA LAH KITA BACAKAN SURAH AL FATIHAH UNTUKNYA

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: