Main Hujan

Di musim-musim hujan ini, kekadang menggamit kembali nostalgia tentang-tentang kisah-kisah di waktu hujan semasa tinggal di asrama dulu. Begitu bertuahnya zaman budak sekolah, kalau berhujan bukanlah sesuatu yang pelik. Tapi kalau di usia sebegini, barangkali mungkin akan dianggap bertebiat. Kisah kali ini adalah mengenai akibat dari bermain bola dalam hujan.

Sudah semestinya, kalau duduk di asrama pasti tidak lengkap hidup saya jika tidak bermain bola. Bukanlah handal bermain pun tetapi itulah aktiviti yang paling saya minati berbanding sukan lain. Sepertimana biasa di setiap petang, kaki-kaki bola turun memeriahkan padang Teknik Melaka yang luas itu. Sedang seronok bermain bola, hujan pula turun dengan lebatnya. Makin seronoklah jadinya.

Dalam keseronokan itu, warden yang bertugas pada hari berkenaan iaitu Cikgu Omar mengarahkan kami berhenti bermain bola kerana tidak mahu pelajar-pelajar demam agaknya. Cikgu Omar adalah guru Kimia dan guru penasihat Kadet yang tidaklah garang tetapi sangat disegani kerana ketegasan dan wajah seriusnya. Mahu tak mahu terpaksalah diikutkan juga arahan beliau. Oleh kerana waktu petang masih panjang sebelum tibanya ‘roll call’ jam 6.30 petang untuk makan malam dan solat maghrib, kami tidaklah berebut-rebut ke bilik mandi.

Melihatkan agak ramai budak di bilik mandi maka saya dan beberapa orang lagi mengambil keputusan menunggu sehingga lengang sedikit. Dalam menunggu itu kami berehat di satu kawasan di sebelah asrama (kini blok asrama baru) di antara beberapa pohon pokok kelapa sawit hiasan di situ. Hujan ketika itu telah reda namun masih renyai-renyai.

Sambil duduk-duduk berbual di situ, kami curi-curi bermain sepakan penalti. Dua pohon kelapa sawit menjadi tiang gol. Siapa yang menjaringkan gol akan berpeluang menjadi ‘goal keeper’. Yang menarik menjadi ‘goal keeper’ bukan apa, saja seronok-seronok untuk merebahkan diri di kawasan berair. Main hujanlah katakan, bila dengar bunyi ‘splasshhh’ itulah yang seronok.

Seronok benar bermain sepakan penalti kami tidak perasan pun rupanya Cikgu Omar berada di balik bangunan kelas memerhatikan kami, entah berapa lama agaknya beliau berada di situ. Apabila menyedari kehadiran beliau, kami berpura-pura tidak mengetahui kehadirannya dan perlahan-lahan cuba beredar dari situ.

Malangnya kedengaran suara beliau memanggil kami. “Ooi .. ooi.. mari sini!”. Nak mengelak ke mana lagi, sudah terkena. Beliau menyoal kami, apakah kami tidak faham arahannya supaya berhenti main hujan. Kami cuba berhelah mengatakan bahawa kami hanya bermain sementara sahaja sambil menunggu bilik mandi lengang. Akan tetapi sesuai dengan ketegasan beliau itu, terus sahaja kami didenda. “Suka sangat main hujan kan, ha pergi tidur kat bawah pokok tu”. Terpaku sekejap kami mendengar denda yang diberikan. Biar betul tidur kat situ ?

Lalu berbaringlah kami di bawah pokok kelapa sawit beralaskan lopak air hujan yang agak tinggi juga sehingga hampir masuk ke telinga.

Dalam pada itu kawan-kawan lelaki di dorm pula berdekah-dekah mentertawakan kami sambil memerhati dari tingkap. Menambah buruk lagi situasi itu, tak lama kemudian pelajar-pelajar perempuan dari Asrama Putri 2 pula melintasi laluan di tepi kami untuk menuju ke dewan makan. Aduhai tebalnya rasa di muka. Kata cikgu Omar ketika itu, “ha tau pun malu .. sapa berani lari, larilah. Aku hambat kamu nanti”. Apa nak buat, jadi tunggul sahajalah di situ sampai selesai semua pelajar perempuan melintasi kami. Sementara itu gelak tawa dari dorm Asrama Putra semakin menjadi-jadi, riuh betul.

Selesai semua itu, cikgu Omar mengarahkan kami bangun “Ha sudah. Pergi mandi. Lepas tu makan. Jangan buat lagi”.

Jawapan kami ? “Baik cikguuu..” . Alahai. Baiknya kami masa itu. Skima betul lepas kena denda.

Esoknya di kelas habis kena sindir dengan kawan-kawan perempuan sekelas. Ceh, malu seminggu. Tapi kini jadi kenangan : P.

  1. Kalo masa aku dulu, konpem dah tendang cikgu tu. Muahaha..

  2. Affuan

    ih ih ihhh.. berdosa tuuuu ..

  3. hahahahh bestnyer main hujan kan. tapi tuh dulu la. heheheehe

  4. Kalau cikgu yg cakap….cepat je kita balas “baik cikgu….” ikut je kan

    Kalau mak, bawa pelepah kelapa nak tibai pun entah dengar entah tidak..kehkehkeh

    • akirasuri
    • 30 Disember 2007

    Cikgu omar!!!!!!

    Rindu gila dengan cikgu omar!!!
    Kalau ajar kimia, adeiii…
    tak tahan tengok dia buat lawak dengan muka serius dia tu😀
    dengar cerita cikgu omar dah berpindah sekolah sekarang ni..

    Oh oh!
    Dulu saya pun suka main hujan😀
    Pernah kena denda dengan ustazah rosnah [warden aspuri] berdiri dekat dataran dalam hujan lebat..
    hikhikhik!
    kenangan😀

    • khairulnizambakeri
    • 31 Disember 2007

    Jangan main hujan selepas menerima suntikan BCG.
    Nanti dapat parut besar macam aku.
    Haha.

  5. isk isk..boleh tahan jugak nakal si Jeff ni masa sekolah dulu…suka main hujan ekk..

    tapi tu semua pengajaran yg menjadikan kia dewasa…but it was on the sweetest memories kan Jeff? bg saya zaman sekolah mmg zaman yg paling best! especially bg mereka yg pernah bersekolah asrama ..penuh dgn nostalgia…

  6. isk..byk typo lak..

    kia=kita
    on=one

  7. salam bro… boleh tahan nakal jgk kau yer.. mcm aku jgk… kalau dikenang, seronok… tapi aku ni jenis malas nk taip panjang2…

  8. salam..ha sapa yg malu..kan mereka dan keluarga mereka..ehehe..sihat ker sdr? semoga tahun baru ni membawa barakah utk bro sekeluarga

  9. salam kepada semuanya …
    terima kasih atas komen …

    masa agak tidak mengizinkan buat masa ini. maaf saya pohonkan …

  10. Panjang weh! Haha.

  11. men hujan mmg best!!!

    **er…awat lm sgt tak updet neh? bz ka?

  12. salam..busy amat sey?

  13. simpan kenangan terindah… =)

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: