Begitulah Hidup Ini

Lama kiranya saya tidak menulis sesuatu di sini. Pada kala ini sebenarnya saya sedang menyusun atur semula rutin kerja seharian kerana telah bertukar ke jabatan yang lain. Pertukaran seperti ini sesuatu yang biasa bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor awam namun setiap kali ia berlaku, kejanggalan itu tetap sedikit sebanyak terasa.

Saya agak tidak gemar kepada acara mengucapkan selamat tinggal baik samaada menyampaikan ucapan dalam mesyuarat atau bertemu secara individu namun sebagai menghormati rakan sejawatan serta kakitangan yang berpenat lelah untuk saya selama ini, ia adalah sesuatu yang tidak manis jika tidak dilakukan.

Dalam masa kebelakangan ini saya benar-benar memberikan sepenuh masa saya untuk ‘saat-saat terakhir’ di jabatan lama termasuk dalam ‘meninggalkan seberapa sedikit kerja’ yang boleh untuk pengganti saya meneruskannya.

Itu juga sebenarnya adalah alasan yang ingin saya tuliskan di sini tentang mengapa saya tidak menulis entri baru satu dua menjak ini.

Di tempat baru ini juga saya masih dalam proses membiasakan diri dengan rentak baru. Itu juga akan mempengaruhi masa saya untuk menulis di sini.

Apa pun Insya Allah saya akan tulis sesuatu. Kepada yang masih bertandang di sini, terima kasih banyak2.

Yang ikhlas.

-jeffrockers-

    • UncleJ
    • 14 Januari 2008

    Salam bro…rindu pulak nak meng komen kat sini..

    tempat baru ni kat PUJ jugak kan? Tak pelah pindah ofis jer….bukan nak kena pindah rumah pun…harap tpt baru ni tak le se bz tpt lama tu….

    good luck bro…mana2 tpt kerja pun sama jer..semua bergantung pd diri kita utk menyesuaikan diri…but Im pretty sure you’ll be fine in no time…

  1. salam tahun baru 2008 dan tahun hijrah 1429 bro!

  2. slm jeff..lame x nmpk?rindu la pulak..cecece :p

    bz ekk..tu laa combi ingat dah resign bloging..🙂

    apepun slmt bertugas ditempat baru..

    ~ takecare ~

  3. UncleJ
    ofis tu kan rumah kedua. kira pindah rumah jugak apa hehe

    en_me
    thanx bro melawat ke sini. sapa la gerangan wajah di sebalik kamera tu ya ….

    Combi
    sebenarnya memang pun hampir2 dah nak resign bloging hari tu ..

  4. Ko resign konpem tertonggeng sebab tangan tetap gatal nak menaip. Tak caya, sila cuba. Haha.

    • khairulnizambakeri
    • 15 Januari 2008

    Teruskan!

  5. Pembebel
    aku takut kalau2 aku hempas PC pulak jadinya ..

    KNB
    agi idup agi ngelaban !

  6. Salam Bro,

    Ada jabatan baru ada jabatan lama eh.. apa tu? he he

    • Abah Muizz
    • 16 Januari 2008

    Salam jeff.

    Selamat bekerja diofis baru.

  7. Salam, Kasawari
    pindah ofis la bro. macam kau tukar co. la jugak .. : P

    Salam Abah
    terima kasih. ofis baru semangat baru : )

    • sf
    • 28 Januari 2008

    tukar pejabat tu maknanya naik pangkat tu … hehehe – tahniah bro …

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: