Belajar Guna Perigi

Apabila masuk ke asrama sekolah, cabaran hidup di atas kaki sendiri pastinya akan dilalui oleh setiap mereka yang merasainya. Basuh baju sendiri, kemas katil sendiri, menentukan masa sendiri adalah antara perkara yang biasa.Namun semasa masuk ke Teknik Melaka tidak terlintas langsung bahawa saya akan memperolehi satu pengalaman berharga yang memang tak akan dirasai andainya masih berada di KL. Pengalaman yang saya maksudkan itu ialah belajar menggunakan perigi.

Pada tahun 1990 seluruh negeri Melaka mengalami krisis air yang menyebabkan bekalan air awam ke seluruh negeri terjejas teruk. Bukan sahaja asrama sekolah malah kawasan kampung dan perumahan juga menerima kesannya.

Ketika itu, sangat sukar untuk mendapatkan bekalan air. Bangun pagi sahaja terus menuju ke bilik mandi dan apabila paip dibuka setitik air pun tidak menitis. Kering bagaikan kemarau. Itupun mujurlah pihak sekolah memastikan takungan air kolah mandi sentiasa mencukupi untuk digunakan sama rata sesama pelajar melalui bekalan air yang dihantar ke sekolah oleh lori JBA.

Bagi mengatasi kesulitan ini, pihak sekolah telah mendapat kerjasama orang kampung di sekeliling sekolah untuk membenarkan pelajar asrama mengambil air dari perigi mereka. Pada tahun itu saya berada di Tingkatan 5 dan telah pun masuk ke asrama dalam kawasan sekolah.

Bayangkan pelajar asrama yang berjumlah ratusan orang itu, pastinya jumlah sukatan air yang diambil oleh mereka banyak sekali. Namun orang-orang kampung sekitar Bukit Piatu sentiasa bermurah hati dan tidak menyekat kami dari turun mengambil air.

Di waktu petang, pelajar-pelajar berduyun-duyun keluar dari pagar asrama membawa baldi masing-masing (namun waktu keluar digilirkan antara lelaki dan perempuan) adalah satu pemandangan yang biasa.

Memang orang-orang kampung Bukit Piatu sangat baik hati. Salam yang diberikan kepada makcik dan pakcik tuan punya perigi sentiasa berjawab dengan penuh kemesraan daripada mereka. Di kalangan pelajar lelaki pula biasanya akan menuju ke rumah pakcik atau makcik yang salamnya pernah dijawab oleh anak dara mereka. Namun tidaklah pula mereka menunjukkan perlakuan yang tidak disenangi penduduk kampung, sekadar saja-saja maklum sahajalah budak-budak remaja.

Pertama kali merasai pengalaman menurunkan timba yang diikat dengan tali ke dalam perigi dan mengaut air untuk dibawa naik ke atas adalah sesuatu yang tak boleh dilupakan. Tak kira budak KL atau negeri lain, sama sahaja rupanya. Ramai juga yang ‘keras tangan’. Cara balingan timba pun tak betul. Itu pun ada juga yang cuba menjadi pakar di kalangan sesama sendiri ..

“Apa benda la kau ni, baling baldi macam tangan kayu. Bak sini biar aku tunjuk! ”

Gelak ketawa dan saling memperli sentiasa menjadi penyeri dalam suasana itu. Mula kutuk orang lepas itu orang lain pula beramai-ramai mengutuk diri kita sendiri dan begitulah seterusnya.

Kadang-kadang oleh kerana ramai yang menunggu giliran maka ada yang mengikat sendiri baldi mereka pada tali supaya beberapa orang boleh menimba air pada satu satu masa. Namun ada yang tak bernasib baik kerana tak pandai mengikat dan baldinya terjatuh ke dalam perigi.

Krisis air Melaka mengambil masa yang agak lama juga untuk dipulihkan malah khabarnya sehingga generasi Akirasuri memasuki sekolah itu 10 tahun selepas batch saya pun, bekalan air masih menghadapi gangguan. Apapun krisis air pada zaman saya telah memberikan tempoh secukupnya kepada semua pelajar membiasakan diri dengan perigi. Bukan sahaja belajar dalam aliran teknik tetapi juga mahir dalam teknik menimba air dari perigi.

Bagaimanapun setakat yang saya tahu di kalangan generasi pelajar di zaman saya di sana tidaklah pula ada yang berjaya menambat hati mana-mana pakcik makcik orang kampung untuk mengambil mereka menjadi menantu walaupun telah pandai menimba air perigi.

Kalaulah ada agaknya, maka benar sungguhlah pepatah yang mengatakan ‘takkan perigi mencari timba’ . Eheh.

Kini Melaka khabarnya sudah jauh berubah. Bakal menjadi negeri WiFi. Juga sungainya telah diperindahkan. Bertuah kiranya bumi Melaka ini …

  1. “perigi mencari timba”
    sekarang zaman pili-singki
    tiada lagi timba telaga
    water filter, water cooler..
    hehe..

  2. salam perkenalan dan perkunjungan dari puteri

  3. Puteri

    Salam.

    lain hulu lain parang .. lain dahulu lain sekarang
    tapi kalau tiada yang lama manakan datang yang baru. terima kasih atas kunjungan : )

  4. anakku di asrama belajar berdikari……kalau ikutkan hati mmg sedih bila berjauhan dgn anak..bagaimana perasaan jeff dulu masa duk asrama?

    • OD
    • 15 Januari 2008

    Salam Jeff…
    Tu sah terkial-kial masa nak cedok air dari dalam perigi tu…

  5. Nuriman
    perasaan tu mmg lah keluh kesah buat seketika. lepas tu okey ajer ..

    OD
    kira ok la tak jatuh perigi keke

  6. Pernah mandi parit di Vokay BP dulu bila air tiada.. dah mandi manda.. ada pulok kata air datang dari jirat cina kat bukit soga tu.. ha ha.. jadi hantu air ler..

    he he… nostalgia..

    • sf
    • 16 Januari 2008

    belum sampai lagi ke situ bro …Insyallah akan sampai juga akhirnya nanti …

  7. melaka? haram aku x penah jejak.😀

  8. semoga melaka juger takkan kena banjir ..

    salam pagi khamis bro!

  9. Kasawari
    kalau jumpa hantu air, makan muntahnya boleh jadi kuat mcm Badang kekeke

    Sf
    elok utk penulis spt saudara ke sana, byk ilham akan menjelma Insya Allah

    Affuan
    jangan kau haramkan nanti kalau kau gi sana berdosa hehehe

    En_Me
    kuasa Allah menentukan. mudah-mudahan tidak banjir

    • UncleJ
    • 17 Januari 2008

    erm..cerita perigi pulak..

    sy boleh dikatakan pro pasal hal perigi ni..sbb dulu ada perigi dlm rumah…mungkin Jeff tak biasa sbb budak KL mana biasa dgn perigi kan…

    dulu masa time sekolah pun ada problem yg sama…cuma pergi rumah org kat kg sebelah tu mandi dr air paip bukan air perigi…byk sekolah asrama yg problem air tak de ni…dah biasa didengar..

  10. wahhhh pengalaman menarik neh. dulu masa kecik selalu takut ngan perigi buta. padahal takde mende pun sebenarnya ngan perigi tuh. hehhehehe🙂

    • anakkawi
    • 17 Januari 2008

    haha, apo da… aku ingat cite apa la tadi, tp bagus gak gelajar menimba perigi…

  11. ehehe tak reti guna perigi gak…seksa sungguh rasa nya ahahaha…sdr apa kabar? sihat ker?

  12. Kat mana2 ada krisis air. Kat sekolah dalam hutan hujung Malaya pun selalu terputus bekalan air. Tp yg best, dapat cuti …. balik kampung🙂

    Salam, tuan rumah!

    • combi
    • 27 Januari 2008

    dulu mase combi kecik2 dok kuartes rumah kita mmg ade perigi sendiri kt dlm umah..pastu ayah beli pam..mmg best sgt..

    terasa kasih syg sesama adik beradik sbb kita mandi ramai2 pastu ko siram aku,aku siram ko..alahaii best nyer dat moment..

    skrg anak2 mandi swimming pool atau pun bath tub cuma bezanyer air x ori laa cm dolu2..xyah boh klorin..

    kesian anak2 dah x rase sume cm kita dolu2 lagik..kt kg combi air parit tali air pun dah x bersih sbb org dah x guna utk mandi dsb nyer.xde pengawasan cm 30 thn yg lepas..

  13. Assalamumualaikum,

    Sehingga kini saya masih pakai telaga ( kekok sikit bila sebut perigi).Cuma bezanya sedut air dgn kuasa letrik untuk dialurkan ke paip.

    Nostalgianya: Perigi itu dalamnya ( kalau tak silap ) 30 kaki; saya dan abang serta arwah bapa menggalinya ketika musim hampir kemarau.

    Kami hanya menggunakan cangkul dgn batangnya dipendekkan; baldi yang diikat tali untuk diangkut keluar,air,selut, tanah dan pasir.Tangga kayu yang memangnya panjang dan kukuh buatannya.Banyak juga “Kerek” digunakan untuk membuat “dinding” telaga.

    Masa mengcangkul, terbongkok -bongkok dan sekali hayun, sekali ceduk tanah kerana terlalu sempit.Sakit pinggang bila mula mula bekerja.

    Badan penuh degn salutan lumpur, bila badan kering ,kelihatan seperti kena cat dgn kapur .Saya pun dah tak ingat berapa lama ianya mengambil masa kerana perkara ini berlaku lebih kurang 24 tahun dulu.Sehingga kini,Al hamdullillah, telaga kami belum pernah kering walaupun ada terjadi kemarau panjang.

    Saya akan menggunakannya selagi boleh lebih lebih lagi bekalan air paip yang disalurkan memang menyedihkan. Memang benar dah 50 tahun merdeka, banyak kali buat aduan tapi janji kosong saje.Saya dah tak ambil pusing lagi tentang bekalan air paip ini, sekurang kurangnya penggunaan telaga ini tetap memberi nostalgia kpd saya.

  14. zanli

    terima kasih atas perkongsian kisah saudara

    • RickyO
    • 2 Ogos 2008

    Hahaha…bekalan air di Teknik Bukit Piatu memang selalu ada masalah, mungkin sebab kedudukannya yg agak tinggi. Yang saya tak pernah lupa bila saya tengah mandi tiba-tiba air tiada. Waktu itu tengah bersyampu rambut, apalagi bergegaslah ke perigi di kampung berhampiran. Tapi yang tak bestnya terpaksa lalu di asrama putri maka terdengarlah gelak ketawa mereka dibalik langsir tingkap asrama, malu betul.

  15. rickyo .. gelak ketawa tu tandanya ramai peminat tu😛

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: