Until When When .. (BUat LoloQ)

Telah genap seminggu pemergian Allahyarham Rosli Khamis yang lebih dikenali dengan nama ‘Loloq’ …

Saya sekadar mengenali beliau sebagai seorang ‘lyricist’ yang tersohor di tanah air. Namun pemergian arwah tetap menghenyak rasa hiba di hati saya. Mula saya tidak mengerti, mengapa begitu meruntun perasaan hiba itu di hati saya tetapi akhirnya saya faham. Perasaan itu disebabkan kesan yang beliau tinggalkan melalui lirik-lirik tulisannya.

Sesiapa yang hanya mendengar lagu melalui alunan melodi sahaja mungkin tak begitu merasai kehilangan Loloq. Tetapi sesiapa yang mendengar lagu dengan memahami mesej yang tersirat dalam lirik pasti terasa sekali pemergian beliau.

Nama Loloq sudah saya kenali semenjak di zaman sekolah lagi. Beliau banyak menulis lirik untuk lagu-lagu ciptaan M.Nasir dan lagu-lagu itu kebanyakannya dinyanyikan pula oleh band-band rock di era Search, Wings, Bumiputra Rockers sehinggalah ke zaman kemudiannya seperti Exist, Spider, XPDC dan juga artis-artis solo (bukan rock) seperti Ning Baizura (Awan Yang Terpilu).

Tulisan Loloq tidak mendayu-dayu seperti cinta yang tidak kesampaian. Lirik ilham beliau tegas, bersahaja, patriotis, kritis dan mendamaikan. Itu yang dapat saya rasai bilakala menyelami lagu-lagu (lirik oleh beliau) yang saya dengari.

Dari segi lakonan pula, di awal tahun 2000-an ketika musim drama diterbitkan melalui VCD akhirnya persoalan ‘siapa Loloq’ terjawab apabila beliau muncul berlakon dalam beberapa produksi. Saya amat teruja bila akhirnya dapat mengenali wajah Loloq melalui VCD.

Beliau juga (pada masa-masa itu) telah muncul dalam beberapa siri Anugerah Juara Lagu dan di situ saya mengetahui bahawa nama sebenarnya adalah Rosli Khamis. Bagi kalangan rocker sejati pasti mengenali Loloq, walaupun tidak pernah bertemu dengannya.

Kini beliau telah tiada. Pemergian beliau mengingatkan sebagaimana perginya JS Kevin yang merupakan penulis lagu-lagu yang banyak dinyanyikan oleh Wings dan beberapa band rock lain. Mereka adalah antara penyumbang besar dalam persada rock tanah air. Kalau anda menonton Zombie Kampung Pisang, ingatkah anda sebaris dialog kelakar yang diucapkan oleh Loloq (berlakon sebagai gitaris @rocker) yang berbunyi …

abang akan ingat … until when when ..

saya pasti kita juga mengingati beliau ‘until when when’ . Al Fatihah.

loloq.jpg

    • UncleJ
    • 10 Februari 2008

    Alfatihah buat Loloq juga..moga rohnya dicucuri rahmat Allah..

    kita kehilangan sebutir berlian didlm industri seni….mmg rockers sejati mcm Jeff ni mungkin lebih terasa kehilangan nya…

    best wishes and good luck in all bro..mungkin blogging is not your top priorities nowadays…dulu kan keje tu lebih afdhal ..

  1. tiada yg kekal melainkan Allah, maut pasti datang menjemput cuma kita tidak tahu bila dan di mana………al fatihah..

    • Abah Muizz
    • 14 Februari 2008

    Abah kali terakhir jumpa Loloq sewaktu kami sama2 menghantar anak masing2 ke sekolah pada hari pertama persekolahan hari tu. Arwah hantar anaknya yg baru masuk darjah 1 agaknya. Tapi jumpa saja la, kami tak bersembang pun. Sebabnya, abah kenal arwah, arwah je tak kenal abah.🙂

    Sebelum ini pun pernah terserempak dengan arwah beberapa kali.

    Walaupun abah bukanlah peminat karya2 Loloq, tapi sebagai umat islam, abah doakan moga roh Loloq akan dicucuri rahmat Allah.

  2. lama tak singgah sini ya

    yep suka ngan lirik2 loloq🙂

  3. apa kabar? sehat??

    kenapa lama tak updet yer?

  4. Salam Jeff, maaf lama tak singgah sini.
    Terima kasih atas ucapan takziah itu.

    Situasi kerja amat membebankan sekarang? Di sini masih tenang, gelora masih belum melanda. Tunggu sahaja prsidangan adikuasa pelusuk negeri, aku panglima yang terjepit antara adikuasa itu.

    Minta alamat emel, jeff.

  5. lama tidak menjenguk di sini? Apa khabar yek? Loloq …lagi sorang JS KEvin – nama yg sgt sinonim dgn zaman rock kapak bro …

  6. salam..busy benar bro nih

    • akirasuri
    • 4 April 2008

    Salam bro..
    Lamanya tak hapdet..
    bizi ke?

    Mudah2an sehat2 selalu..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: