Catatan Perjalanan Europe (I)

Sekitar Mac, sekembalinya bertugas dari Pulau Pinang saya diminta menyediakan kertas kerja untuk satu lawatan kerja oleh akademi. Lawatan kerja itu adalah bertujuan untuk mewujudkan rangkaian hubungan (networking) bersama-sama beberapa institusi kepimpinan di Eropah. Harapan dari lawatan kerja ini adalah untuk memperluaskan kerjasama dua hala dalam bidang latihan dan penyelidikan yang akan dijalankan oleh akademi, sama ada membawa mereka terlibat sama dalam program-program di Malaysia atau menghantar penyertaan dari Malaysia ke sana. Negara-negara yang terlibat adalah United Kingdom, Perancis dan Switzerland.

Saya berasa teruja dengan tugasan menyediakan kertas kerja itu. Sebagai sebuah akademi yang baru, ini adalah pertama kali pihak akademi akan mengadakan lawatan kerja ke sana. Persiapan memakan masa hampir sebulan lamanya. Permulaannya, kami berkunjung ke British Council di Jalan Ampang untuk mencari maklumat berhubung pihak yang akan dilawati dan meminta mereka memaklumkan akan kunjungan kami kepada pihak-pihak terlibat di UK. Bagi institusi di Perancis dan Switzerland, kami berhubung dan berurusan terus dengan pihak di sana. Selain itu persiapan juga dilakukan dengan bantuan kedutaan Malaysia di UK, Paris dan Geneva selain Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di UK.

british council, jalan ampang, wisma selangor dredging

(Photo by British Council)

Selain ingin menjadikan lawatan ini satu kunjungan yang memberikan pulangan dan manfaat yang besar terhadap akademi dan negara, kami juga berhasrat ingin menjadikan lawatan ini sebagai satu trip yang seluas mungkin. Tidak ‘dry’. Maksudnya tidak sekadar bertemu pihak-pihak terlibat dan selebihnya menghabiskan masa di hotel. Kata orang, jauh perjalanan itu luas pandangan.

Sebagai ole-ole kepada institut-institut yang akan dikunjungi, pilihan untuk pertukaran cendermata adalah barangan kraftangan tempatan. Dokumentasi tentang akademi juga dipersiapkan secukupnya.

Tentang diri sendiri pula, persiapan-persiapan asas tentunya berkisar tentang pertukaran matawang, bekalan makanan dan roaming telefon dan pasport. Ketika menukarkan matawang 1 pound sterling mengorbankan 6 ringgit manakala 1 euro pula 4 ringgit. Bagi bekalan makanan pula, walaupun seharusnya tidak ada mendapatkan makanan halal di London namun kosnya sedikit membimbangkan. Pilihan terbaik untuk bekalan tentulah mee segera. Selain itu isteri saya mencadangkan tempe goreng. Mengapa tidak?! Tempe tahan lama, lagipun ia sudah pun dibawa ke angkasa lepas oleh Sheikh Muzaphar ..

Saya juga membuat serba sedikit penyelidikan berhubung cuaca dan suhu di sana. Agak mengejutkan apabila Mr. Perring di British Council (BC) mengatakan beberapa minggu sebelum itu, salji turun di London! Wah, masih salji di bulan April ? Cuaca tidak menentu katanya. Seperti mana juga hujan pagi atau petang tidak mengira masa di Kuala Lumpur, begitu perbandingan yang dibuatnya. Namun, saya percaya keadaan tidak begitu sejuk dalam musim panas lalu saya tidak menyediakan baju sejuk cuma memperbanyakkan t-shirt lengan panjang. Selain itu, kompas kiblat juga tak ketinggalan. Manalah tahu kalau tak nampak arah matahari terbenam. Lagipun lebih baik ada kompas kerana bagi saya lebih menyakinkan.

Awal Mei, delegasi kami bersiap-siap untuk berangkat. Tarikh yang ditetapkan ialah 3 Mei. Saya terfikir tentang tempoh penerbangan selama 12 jam nanti. Dapatkah melelapkan mata di dalam flight. Duduk dalam flight ke Kota Kinabalu yang hampir 3 jam itu pun saya sering berasa rimas, bagaimana pula yang ini ..

(bersambung)

  1. tak sabar nak nengok gambar kat geneva. sempat merasa euro 2008 tak ? hehe

  2. ha nanti aku citer kan …. tungguuuuu …

    • akirasuri
    • 24 Jun 2008

    Salam senior..😀

    Woah! Tak sabar nak tunggu cerita selanjutnya..😀

    Jaga diri baek-baek yah!

  3. Salam akira .. sabar. panjang lagi ni eHeh

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: