Catatan Perjalanan Ke Europe (2) : Berlepas dari KLIA

3 Mei, Sabtu. Seharian di sebelah siangnya saya menghabiskan masa bersama keluarga. Malamnya nanti penerbangan dari KLIA berangkat jam 11.40 pm. Saya sengaja mempelbagaikan aktiviti dengan harapan malam nanti saya akan keletihan dalam flight dan dengan itu mudahlah terlelap.

Selepas maghrib keluarga menghantar saya ke KLIA. Masih terlalu awal semasa tiba di sana, selesai check-in kami santai di KFC sambil anak saya dan dua sepupunya ceria bermain di ‘kapal terbang mainan’ di situ.

Setelah sejam lebih di situ saya rasa tidak betah menunggu lama tambahan lagi tidak sampai hati pula membiarkan keluarga lewat pulang. Jadi saya memutuskan untuk memasuki gate ‘departure’. Semasa saya dihantar ke situ, tiba-tiba anak saya dengan kuat melaung kepada saya sambil melambai-lambai, katanya ‘nanti papa telefon bila dah sampai London tau’. Seronok pun ada, segan pun ada juga hehe. Orang lain pun pergi London tapi untuk saya special nampaknya kerana ada orang yang buatkan pengumuman di KLIA. eHehe. Namun yang pastinya di saat itu juga sudah mula terasa yang akan merindui si kecil itu. Mmm, ya rindu juga dengan mama-nya sekali. eHeh.

Masih ada masa sekitar dua jam. Saya terus sahaja menuju ke Golden Lounge. Di sana, saya bertemu dengan ahli-ahli delegasi yang lain. Tak ada apa sangat yang nak dibuat. Borak-borak kosong. Lepas itu sambil menonton bola di ESPN, minum cappuccino, makan mee rebus .. makan makan makan. Makan tak habis-habis. Itu belum makan semasa dalam flight nanti. Jangan terkejut melihat gambar Golden Lounge di bawah ini. Bukannya kosong takda orang. Cuma saya tak mengambil gambar di sana jadi saya pinjam gambar dari web MAS.

MAS golden lounge

Melewati jam 10.30 selepas menunaikan solat Isya’ saya mengambil tren dan menuju ke gate C24 dan menaiki flight MH002. Masuk sahaja ke pesawat, saya sudah mula terasa mengantuk. Memang menjadi nampaknya strategi saya (memenatkan diri) di sebelah siang tadinya. Ditambah dengan perut yang kenyang mata pun mula terasa berat. Namun saya cuba bertahan dulu kerana masa masih panjang. Kalau tertidur awal pasti terjaga awal juga. Lalu saya bersantai menonton National Treasure 2 dan secara kebetulan filem itu berlatarkan beberapa tempat di London dan Paris jadi saya berasa teruja dengan perjalanan yang jauh ini.

Makan malam disajikan dan saya tidak ketinggalan untuk makan lagi. Mungkin kerana kesejukan dengan suhu berada di atas paras laut, perut yang tadinya kenyang masih boleh diisi semula. Refill. eHeh. Hanya selepas makan dan selesai menonton National Treasure 2 itu barulah saya bersedia untuk tidur. Waktu itu waktu tempatan melewati 2.00 pagi. Ada lebih kurang 10 hingga 11 jam untuk tidur sebelum mendarat di Heathrow.

Mata saya terlelap semasa sedang melayan peta eletronik yang memaparkan laluan penerbangan, ketika itu sudah pun melepasi Burma dan Laut Bengal dan sedang memasuki India. Pada masa itu, kiranya ada sesuatu yang telah berlaku dan hanya saya sedari setelah mendarat di Heathrow keesokannya…

(bersambung)

  1. I understand this is kind of off topic but I
    was wondering if you knew where I might possibly download a captcha plugin for my comment form?
    I’m utilising the same blog platform as yours and I’m having difficulty getting
    one?

  2. Howdy! I just wish to give an enormous thumbs up for the great information you have got right here on this post.
    I might be coming again to your blog for extra soon.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: