Terkenang Perasaan di 1hb Ramadhan

Alhamdulillah. Hari pertama ibadah puasa tahun ini telah dilalui. Al-maklum sahaja di usia tua sebegini, insya Allah tidak berdepan dengan apa-apa kesukaran untuk menunaikannya. Dapat pula hari pertama puasa kali ini jatuh pada cuti am (sempena kemerdekaan semalamnya) tambah meriah pula dirasai. Bukan senang nak rasa cuti 1 Ramadhan. Tak mcm orang2 di Melaka dan Johor, cuti Awal Ramadhan mmg dirasai setiap tahun.

Kesempatan cuti di hari pertama puasa saya manfaatkan dengan menguruskan beberapa hal untuk keluarga termasuklah membeli barang-barang untuk kegunaan dapur. Semasa memandu kereta pada waktu tengahari itu, terimbau pula nostalgia di masa kanak2 ketika melalui puasa dalam keadaan sama seperti ini.

Kala itu, kalau mak mengajak keluar ke pasar membeli barangan pasti akan terasa payah sangat. Berat nak ditunaikan tapi berat lagi rasa hati kalau nak ditolak. Serta merta badan terasa letih dan naik lesu. Kesian mak. Umur budak lagi, nak buat cam mana. Tapi akhirnya memang kena pergi jugak lah. Apabila selesai dan dah sampai balik ke rumah, wah jangan ceritalah betapa letihnya dirasakan, kononnya macam balik dari mengangkut kayu balak. Tak ada apa benda lagi dah yang boleh dibuat. Kalau terdengar suara mak memanggil (nak minta tolong apa-apa lagi) lambat-lambat baru menyahut. Kena pulak kalau masanya baru nak masuk Zuhur, punyalah geram tengok jam. Rasa nak lastik jam tu.

photo by amirull samsara

Kalau dapat tidur, memang berharap-harap terjaga nanti dah dekat nak berbuka. Kalau terjaga jam 4 atau 5, punyalah frust. Kalau diikutkan biarlah terbangun kul 7, baru lega rasanya. Begitulah betapa teruknya melayan perasaan di hari pertama puasa masa kecil2 dulu. Rasa letih berpuasa tu, sampai sekolah menengah pun masih kuat dirasai lagi cuma dah kurang sangat la buat perangai mencuri tulang tu.

Melalui masa dan perubahan dalam hidup, kini tertanya-tanya juga mana pergi hilangnya segala rasa letih menghadap puasa dulu ya. mungkin sudah hilang bersama perubahan masa dan usia untuk sampai ke tahap mengerti akan persoalan-persoalan yang menyebabkan tiada lagi mengeluh atau rasa terbeban menghadap keletihan berpuasa.

Buat diri sendiri, pasti saya tersenyum mengimbau nostalgia melalui zaman yang dirumuskan sebagai; ‘zaman di mana kita letih berpuasa sampai rasa tak larat sangat namun masih berjuang bagi memastikan puasa itu dapat dikekalkan hingga berbuka’. Rasanya semua orang pasti ada kenangan ini dan anda tahu bagaimana perasaan itu.

Atau anda masih menghadapinya hingga sekarang ?? Kalau masih dihadapi, lu sendiri pikir lah beb.😛

  1. seingat saya , mula puasa masa umur 6 tahun.Puasa “yang nyok-bangun pagi buka periuk”

    Bila ibu saya kejutkan untuk bersahur, saya akan bangun tapi terus masuk tidur -MERAJUK bila dengar abang cakap “buat apa sahur kalau tak puasa”

    Berpuasa di asrama sangat”perit”.Ketika itu saya darjah satu.Bukan!
    Senior kesemuanya baik, “ragging” tiada langsung.Yang paling tua Tingkatan 3.

    Banyak yg menyakat:-

    Jangan gelak sangat; Kalau tertelan air liur di sebelah dalam gigi depan, batal puasa ; Kalau meludah pastikan kesat mulut, sisa-sia air liur bila ditelan batal .

    Kurang pahala puasa bila pijak bekas tapak kaki anjing di tanah

    Kalau buang air besar, pastikan buang habis najis sekali gus, kalau tengah”push” dan “terencat”, batal puasa !

  2. Salam Jeff,

    Wei..sudah pergi merantau ke Europe…jangan lupa kawe di sini..hihi

    Anyway, selamat berpuasa.

    • Ks
    • 3 September 2008

    Salam Jeff,

    Selamat menjalani ibadah puasa.

    Bila di kenangkan zaman kecik2 mmg buat kita tersenyum….mmg nostalgia!

    Wah…jauh berjalan yer Jef…seronok baca baca kembara di london tu (^_^)

  3. Salaam 🙂

    zanli, fuh teruknya pantang larang tu hehe

    mik, 10 thn baru timbul sekali. mcm Flying Dutchmen je. eheh

    KS, jalan2 kembara.. buat tambah pengetahuan : )

  4. Bro.. kalau ko lastik jam tu.. pasti jam tu dari pukul 1 tghari tukar pada pukul 8 pagi.. he he..

    memang nostalgia kalau kenang zaman kanak2 berpose..

  5. eh .. kalau la jam tu tukar kul 8 .. tu dikira 8 malam, boleh makan dah tu .. kekeke

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: