Arkib untuk 10 September 2008

Adrianna Alysya : Kembalinya Dalam Ramadhan

Pagi ini saya membaca emel yang masuk ke inbox pagi semalam. Tentang seorang kanak2 OKU yang menghidap jantung berlubang memohon agar penderitaannya diringankan melalui sumbangan orang ramai. Namanya Adrianna Alysya bt. Mohd. Hanib. Terbit kasihan tatkala menatap gambar adik Adrianna. Selepas membaca emel itu saya mengirimkan sms ‘bertanya khabar’ kepada ibubapanya melalui nombor telefon yang dinyatakan dalam emel itu.

Sambil itu saya mula menulis sesuatu untuk dipaparkan di blog ini. Hasrat saya adalah untuk memanjangkan makluman mengenainya kepada orang ramai. Tidak berapa lama saya mula menulis, deringan sms berbunyi. Pastinya sms balas dari ibu Adrianna. Ini mesejnya ..

Salam. Anakanda tersayang kami telah kembali ke rahmatullah pada 1 Ramadhan jam 9.45 malam di HKL. Email tersebut saya hantar 2 minggu sebelum kepergiannya menghadap Illahi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua. Allah jua yang dapat membalasnya

ahhhh .. dia dah tak ada.

Innalillahi wa’inna illahiraji’un. Baru pada 1 ramadhan lalu perginya. namun memandangkan telah terniat di hati saya untuk menuliskan tentang dirinya di sini, eloklah saya teruskan sahaja. inilah emel yang dikirim oleh ibunya mewakili adik Adrianna. Dan walaupun dia telah tiada, bagi sesiapa yang berhasrat untuk meringankan beban keluarganya apalagi sempena bulan Ramadhan yang dibukakan pelbagai pintu ibadah ini, saya rasa tidak ada salahnya.

Assalamualaikum w.b.t,
 
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.Umur saya
6 tahun 10 bulan.Saya mengidap penyakit  kronik jantung berlubang yang
serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya ( OKU )
iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap
bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan
daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
 
1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya yang
berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.
 
Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan /
Puan.
 
Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan
sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.
Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
 
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521
 
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat  hubungi ibu saya
Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030
 
Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan /
Puan
 
Jasabaik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terimakasih semoga
Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan.Saya doakan
semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.
 
Sekian.terimakasih.
Adiranna Alysya

Kehilangan seperti ini, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa kecuali kesakitan yang ditanggungnya ditambah lagi dalam bulan Ramadhan, adalah satu dugaan besar kepada mana-mana ibubapa. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan ibubapanya serta keluarga di berikan kesabaran menghadapi kehilangan ini. AMIN. Al-Fatihah untuk arwah.

Advertisements

10 Ramadhan : Pembukaan Kota Makkah

Hari ini masuk hari kesepuluh kita menjalankan kewajipan menunaikan fardhu puasa di bulan Ramadhan. 1423 tahun yang lalu iaitu pada tahun 6 Hijrah, pada hari inilah berlakunya peristiwa pembukaan Kota Makkah oleh Nabi Muhammad SAW. Apa sebenarnya persitiwa pembukaan Kota Makkah ini?

Disebabkan perkataan ‘pembukaan kota’ itu, maksud yang lebih jelas terhadap persitiwa ini agak sukar kita gambarkan. Mengapa tidak digunakan perkataan ‘penaklukan’ sahaja ? Kerana terjemahan terus dari bahasa Arab (saya tidak pasti perkataan asalnya) tidak membawa maksud penaklukan, sebaliknya pembukaan. Begitulah agama Islam meletakkan sesuatu perisitiwa (peperangan) itu pun secara berhemah. Lagipun maklum sahajalah Makkah adalah tempat asal Nabi SAW maka tidaklah sesuai jika dikatakan baginda ‘menakluk’ tempat kelahirannya.

Namun pada hakikatnya pembukaan kota Makkah adalah salah satu dari siri peperangan yang penting dalam Islam, untuk dihayati dan dihargai setiap dari kalangan kita. Bagi menghayatinya, cara yang terbaik adalah dengan mengingatinya pada tarikh ia berlaku malah bukan sekadar mengingati tetapi turut mengetahui (cari bahan) bagaimana perisitwa itu berlaku.

Bagi tulisan ini, sedikit sebanyak ingin saya renungi (khasnya utk diri saya sendiri) akan betapa getirnya perjalanan perisitiwa itu ..

Pergerakan tentera Islam pimpinan Nabi SAW dari Madinah ke Makkah secara berjalan kaki serta dengan haiwan tunggangan tentunya berlaku di bawah panas terik matahari Ramadhan. Kebiasaannya suhu panas di sana boleh mencecah hingga 50 celcius.  Sedangkan di Malaysia ini pun suhunya boleh membuatkan kita pengsan kalau berjalan kaki terlalu lama apalagi dengan keadaan masa itu.

Zaman sekarang, perjalanan Madinah ke Makkah mengambil masa kira-kira 5 jam dengan kereta. Kalau begitu halnya, berapa lamakah agaknya tentera Islam mengambil masa sebenarnya untuk sampai di Makkah pada masa itu ..

Dan segala keperitan itu, dilalui kerana pergi berperang. Sudahlah keletihan, perlu pula bersiap sedia sekiranya bertempur.

Pada perjalanan itu juga Nabi sendiri telah berbuka puasa bagi memberikan isyarat kepada tentera Islam yang amat keletihan bahawa mereka sebagai musafir diberi kelonggaran untuk berbuka puasa. Dan terdapat juga di kalangan tentera Islam itu yang tidak berbuka dan Nabi SAW telah mengatakan bahawa mereka adalah dari golongan yang derhaka. Difahamkan bahawa tegasnya Nabi SAW dalam hal itu adalah kerana tidak mahu mereka memandang rendah kelonggaran yang Allah bagi dalam Islam.

Banyak pengajaran dari peristiwa ini. Tentang rindu dan kasih kampung halaman (negara), memberi kemaafan kepada pihak yang pernah berbuat kejam, menghadapi sahabat yang kufur, pembebasan dari penindasan, pembebasan dari penyembahan berhala, kelonggaran yang diberi kepada musafir berpuasa, ketahanan diri menghadapi ujian dalam berpuasa dan begitu banyak sekali.

Yang perlu kita lakukan hanyalah memikirkannya.  Lebih baik jika dapat dicari bahan yang lebih terperinci dan ditulis oleh pengkaji atau ahli sejarah yang bertauliah. Apa yang saya tulis di sini hanyalah cebisan kecil dari pembacaan dan majlis ilmu yang disampaikan oleh para ustaz sebelum-sebelum ini.

Namun sedikit sebanyak, marilah kita mengingati peristiwa tersebut. Khasnya peristiwa itu adalah fasa penting dalam perkembangan syiar Islam. Selepas dari kembalinya Nabi SAW ke Makkah itu pengembangan Islam khasnya ke luar Tanah Arab dapat diperluaskan.

Dan dari kronologi itulah akhirnya Tanah Melayu menerima Islam. Alhamdulillah.

Wallahu a’lam bissawab.

______________________________________________________

pembukaan Kota Makkah secara ringkas

Ramadhan tiup semangat melawan musuh

lakaran peta pembukaan kota Makkah

sejarah yang tercipta dalam Ramadhan

Advertisements