Adrianna Alysya : Kembalinya Dalam Ramadhan

Pagi ini saya membaca emel yang masuk ke inbox pagi semalam. Tentang seorang kanak2 OKU yang menghidap jantung berlubang memohon agar penderitaannya diringankan melalui sumbangan orang ramai. Namanya Adrianna Alysya bt. Mohd. Hanib. Terbit kasihan tatkala menatap gambar adik Adrianna. Selepas membaca emel itu saya mengirimkan sms ‘bertanya khabar’ kepada ibubapanya melalui nombor telefon yang dinyatakan dalam emel itu.

Sambil itu saya mula menulis sesuatu untuk dipaparkan di blog ini. Hasrat saya adalah untuk memanjangkan makluman mengenainya kepada orang ramai. Tidak berapa lama saya mula menulis, deringan sms berbunyi. Pastinya sms balas dari ibu Adrianna. Ini mesejnya ..

Salam. Anakanda tersayang kami telah kembali ke rahmatullah pada 1 Ramadhan jam 9.45 malam di HKL. Email tersebut saya hantar 2 minggu sebelum kepergiannya menghadap Illahi. Saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas keprihatinan semua. Allah jua yang dapat membalasnya

ahhhh .. dia dah tak ada.

Innalillahi wa’inna illahiraji’un. Baru pada 1 ramadhan lalu perginya. namun memandangkan telah terniat di hati saya untuk menuliskan tentang dirinya di sini, eloklah saya teruskan sahaja. inilah emel yang dikirim oleh ibunya mewakili adik Adrianna. Dan walaupun dia telah tiada, bagi sesiapa yang berhasrat untuk meringankan beban keluarganya apalagi sempena bulan Ramadhan yang dibukakan pelbagai pintu ibadah ini, saya rasa tidak ada salahnya.

Assalamualaikum w.b.t,
 
Nama saya Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib berasal dari Kuala Lumpur.Umur saya
6 tahun 10 bulan.Saya mengidap penyakit  kronik jantung berlubang yang
serius sejak saya dilahirkan dan saya adalah Orang Kurang Upaya ( OKU )
iaitu tidak boleh mendengar, bercakap, dan berdiri. Boleh dikatakan setiap
bulan saya dirawat dihospital.Saya memerlukan sejumlah bantuan kewangan
daripada Tuan / Puan untuk meringankan beban kewangan ibubapa saya bagi :-
 
1 ) Membeli sebuah kerusi roda khas untuk kanak - kanak seperti saya yang
berharga lebih kurang RM 3,000.00
2 ) Membayar hutang Institut Jantung Negara lebih kurang RM25,000.00.
3 ) Menampung perbelanjaan kos rawatan saya dari masa ke semasa.
 
Dilampirkan salinan dokumen - dokumen yang berkaitan untuk rujukan Tuan /
Puan.
 
Saya merayu kepada Tuan / Puan agar dapat menghulurkan sedikit sumbangan
sekadar yang mampu bagi meringankan beban kami sekeluarga.
Sebarang sumbangan harap dapat disalurkan ke akaun / atas nama :-
 
Adrianna Alysya Bt Mohd Hanib
CIMB Bank A/c No 1427 006 1573 521
 
Sekiranya sumbagan Tuan dalam bentuk cek diharap dapat  hubungi ibu saya
Fazirah Bt Sidek 012 658 0456 / 013 695 3030
 
Harap dapat sebarkan e-mail saya ini kepada 10 atau lebih kenalan Tuan /
Puan
 
Jasabaik Tuan / Puan saya dahului dengan ucapan jutaan terimakasih semoga
Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas budi baik Tuan/Puan.Saya doakan
semoga Tuan/Puan sekeluarga dirahmati Allah s.w.t dan sihat sejahtera.
 
Sekian.terimakasih.
Adiranna Alysya

Kehilangan seperti ini, anak kecil yang tidak mengerti apa-apa kecuali kesakitan yang ditanggungnya ditambah lagi dalam bulan Ramadhan, adalah satu dugaan besar kepada mana-mana ibubapa. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang soleh dan ibubapanya serta keluarga di berikan kesabaran menghadapi kehilangan ini. AMIN. Al-Fatihah untuk arwah.

  1. salam bro…alfatihah utk arwah adrianna…telah janji Allah begitu..saya pun baru kehilangan abang kandung pada 7 Ramadhan yg lalu…moga roh kedua2nya dicucuri rahmat allah..

    wah …rajin ek dah sekarang ni….update selalu nih…

    Uncle J .. takziah, semoga bersabar atas kepergian arwah abang. ps: bila nak bukak road block tu … ?

  2. Al fatihah untuk Adik Adrianna, dan takziah buat keluarganya.

    Takziah juga buat UncleJ atas kehilangan.

    Yaa ayyatuhan nafsul muthmainnah
    irji’ii ilaa Rabbiki
    raadhiyatan mardhiyyah
    Fadkhulii fii ‘ibaadii
    wadkhulii jannatii
    Al-Fajr: 27-30

    abahmuiz .. amin

  3. Semoga adik adrianna ditempatkan di sisi para syuhada dan anbia.. Al-Fatihah..

    dan juga Al-Fatihah buat arwah abang kepada UncleJ..

    p/s: yup road block tu dah lama sgt..

    kasawari .. amin

    • Ami
    • 18 September 2008

    Saya baru dapat email ini. Berniat ingin memberi via cimbclicks. Search up her name, come up ur blog. Innalillahi wa’inna illahiraji’un. Al-Fatihah sahaja la seeloknya untuk adik kita ni.

    Ami : teruskan saja niat yang baik itu, sekurang2nya boleh ringankan beban ibubapanya ?

  4. ahli syurga adik adrianna…ni…insyaALLAH…

    • tika
    • 22 Januari 2009

    takziah…
    tersentuh ati say bila terbaca email dan artikal ttg adik adriana ni…
    sedih… ia mgingatkan pada arwah adik saya wardina yang baru 10bulan pergi,sebaya umur ngan addriana ni.. penyakit jantung jugakk.
    sedihhhnyeee

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: