Bagaimana Pula Matinya Aku ?

(sumber foto)

Biasa dah kita bercakap tentang mati. Ringan sahaja mulut kita mengeluarkan kata-kata seperti mati itu benar, entah bila kita kan mati, mana lah tahu umur saya ni tak panjang, eh meninggal dah dia tu, ish baru je semalam bercakap dengan si arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat, mati dalam iman, mati itu mati ini …

Lepas solat juga kita berdoa atau meng-aminkan doa-doa yang dipimpin oleh imam mengenai memohon dimatikan dalam Islam, dimatikan dengan cara yang baik dan sebagainya.

Telah banyak kali kita mendengar berbagai-bagai tazkirah berkaitan mati. Banyak kali juga kita sudah menonton filem dan drama televisyen yang menunjukkan aksi-aksi kematian. Berita tentang selebriti atau tokoh mati pun selalu kita dengar dengan penuh rasa terperanjat.

Tidak kurang banyaknya juga kita menziarah jenazah dalam perjalanan terakhirnya ke kuburan. Lebih dari itu antara kita  pernah ada yang melihat sendiri bagaimana kematian berlaku di hadapan matanya. Tentu sekali ia menjadi saat yang tak dapat dilupa.

Dalam Ramadhan ini sepertimana bulan-bulan yang lain juga, kematian tetap berlaku. Kita kehilangan akan sanak saudara dan ahli keluarga. Bapa saudara isteri saya, PakDa baru sahaja meninggal pada 16 sep. Tahun lalu Pak Anjang saya juga menyahut panggilan Illahi dalam Ramadhan. Mengenang pemergian mereka-mereka itu membuatkan saya berfikir agak jauh tentang nasib diri sendiri kelak.

Iaitu, persoalan tentang bagaimana agaknya ketentuan takdir untuk diri saya nanti. Bagaimanakah keadaan yang Allah tentukan untuk nyawa saya diambil (dan anda semua juga) ?

Itu juga antara perkara yang dah banyak kali mungkin kita pernah fikirkan. Namun sedalam manakah dan sejauh manakah kita memikirkannya?

Mudah-mudahan untuk diri ini dipermudahkan kelak urusan yang sesakit tikaman 300 mata pedang ini. Ini hanya apa yang saya fikirkan, sedangkan Allah SWT berkuasa mematikan kita dengan apa cara yang dikehendakiNya jua ..

Mati sakit tua
Mati semasa tidur
Mati selepas solat

Mati melahirkan anak
Mati tak dapat bernafas
Mati sakit dada
Mati sakit jantung

Mati demam denggi
Mati barah otak
Mati leukimia

Mati ditimpa pokok
Mati disambar petir
Mati terkena eletrik
Mati bangunan terbakar

Mati kelaparan
Mati kehausan

Mati termakan racun
Mati disihir ilmu hitam

Mati kapal terbang terhempas
Mati kemalangan kereta
Mati feri karam
Mati jatuh motosikal
Mati dilanggar lori

Mati jatuh dari bukit
Mati jatuh dari bangunan
Mati jatuh ke lubang dalam

Mati dalam tsunami
Mati dalam puting beliung
Mati dalam banjir

Mati lemas di sungai
Mati lemas di laut

Mati selepas dirompak
Mati selepas diculik

Mati ditembak
Mati dipukul orang
Mati ditetak
Mati disembelih
Mati ditikam

Mati dalam letupan (perangan)
Mati disiksa (perang)

Mati dibaham harimau
Mati ditelan ular sawa
Mati dipatuk ular tedung
Mati dibaham jerung
Mati dibaham buaya

Mungkin sesetengah cara kematian itu kita hanya dengar pernah berlaku kepada orang lain. Kita rasa gerun, kita rasa tak mahu terjadi ke atas diri kita. Namun siapa lah kita untuk menidakkannya.

Kawallah rasa terperanjat bila mendengar sesuatu kematian. Kawallah rasa sedih pabila menerima berita kematian. Namun jangan dikawal rasa takut pada Allah kerana kita pasti akan menyusul selepas itu. Ada orang matinya hanya berselang minggu. Biasa lah dialog macam di bawah ni ..

” … eh seminggu yang sudah baru je lebai tu meninggal, hari ni dah pak haji tu pulak meninggal … ”

Siapa tahu nasib kita, mungkin berselang hari sahaja ? Biarlah takut itu menguasai diri kita. Ibarat kita menanggung ketar lutut menunggu giliran nak cabut gigi, gementar tak dapat ditahan-tahan.

Mudah-mudahan kita diberi mati yang baik caranya. AMIN.

  1. Terimakasih anda sudah mengunungi website saya.

    Falah : salam perkenalan 🙂

  2. kalau nak diikut kehendak, memang kita nak diri kita mati yang baik (maksudnya mati yang tidak tragis). Dan harap2nya diri kita akan diberi peluang oleh Allah untuk mati dalam keadaan sebegitu.

    Tapi paling penting, matilah dalam keadaan macam mana sekalipun, semoga dihati tetap teguh yakin dan bersaksi bahawa Tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammad SAW itu pesuruh Allah.

    gerimis tiba dihujungnya
    sampai waktu kan berhenti jua
    begitulah kehidupan kita didunia
    tiada siapa yang kekal selamanya
    entah bila waktu ku akan tiba…

    abahmuiz, benar dan elok sekali apa yg ditambah itu. yang penting ialah mendapat mati dalam syahadah. subhanallah, terima kasih abahmuiz.

    • mityhotshot
    • 19 Mac 2009

    actually i x sengaja masuk website nie. btw besh gak ar, cuba tmbh some grafik that can attract people. dat is better. watever ist hope u succes k. good luck. doakan saya coz i nak am,ik Pmr diz year. im 2 young. huh.

    • eiqa
    • 1 Mei 2009

    baguus arh website ni… teruskan usaha! cayok2.. minta kebenaran copy photo ek.. hehe tq..

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada H.M.Falah Mathori Batal balasan