Khairil Hisham Ahmad Dalam Kenangan

Baru sahaja dalam entri yg lepas bercerita tentang kematian.

Satu lagi kehilangan berlaku dalam Ramadhan ini ..

Dia rakan yang tidak pernah tinggal dalam berbuat kebaikan bukan sahaja kepada saya tetapi semua kawan se-batch yg lain. Khusus bagi saya, kenangan bersamanya paling banyak diingati ketika kami berada dalam satu pasukan semasa mengharungi payah getir di Outward Bound School di Lumut, Perak tahun 2004. Segalanya terasa bagai baru sahaja dilalui semalam.

Beliau meninggalkan Malaysia sekitar 2006 kalau tidak silap saya untuk memulakan tugas di Kedutaan Malaysia di Tripoli Libya. Speninggalan beliau ke sana tidak lagi kami berjumpa. Dan semalam 18 Sep 2008 / 18 Ramadhan 1429, dia pulang menyahut seruan Illahi. Kemalangan jalan raya dalam menjalankan tugasnya. Ketika kejadian isteri dan anak2 berada di Malaysia. Anak keduanya baru sahaja lahir pada bulan 6 yang lalu dan kini usianya baru 2 bulan. (sigh).

Ya Allah ketentuan ini adalah atas takdir Mu jua, lalu Kau berikan lah keluarganya ketabahan. AMIN

Al Fatihah kepada Allahyarham Khairil Hisham bin Ahmad. Semoga kau tenang bersemadi, mendahului kami yang akan menyusul jua nanti.

Buat rakan2 Orange yang lain, cadangan mengumpul sumbangan boleh dilihat dalam yahoogroup kita. Belasungkawa tulisan rakan-rakan lain oleh azralwan rafidahmr.otec , abu wafi , wan rafidah (2) , azral (2) , shahir , badd , hartini , abu wafi (2)

  1. AlFatihah semoga rohnya di cucuri rahmat oleh Allah s.w.t. salam aidilfitri maaf zahir dan batin……raya kat mana tahun nih?kelate ke?

    Ya di kelantan darul naim ..

  2. Al-Fatihah.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di sisi para syuhada dan anbia.. Amin..

    p/s: UncleJ dah bukak blog balik..

    Amin atas doamu.. dan alhamdulillah dah dibuka

    • akirasuri
    • 24 September 2008

    Salam Ramadhan bro..

    Oh! Takziah.. Moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, amin..

    Macam mana dengan raya? dah siap semua..?🙂

    Amin atas doamu. Raya sederhana sja : )

  3. Abah tidak kenal Allahyarham. Tetapi dari tulisan bro, arwah itu baik orangnya. Benar kata orang, manusia baik itu dikasihi Allah, dan akan cepat dipanggilNya pulang.

    Semoga roh arwah akan dihimpunkan bersama roh2 para solihin.

    Ya abah. Sedih tul, member baik dia tu

    • hajirikhusyuk
    • 22 Julai 2009

    mati itu pasti berlaku kepada semua yang bernyawa, tetepi yang paling utama untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat “matilah sebelum mati”
    senang-senang lawatlah http://www.hajirikhusyuk.wordpress.com

  1. 24 September 2008

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: