Al Fatihah buat Samad Lefthanded
Pulang seorang lagi anak seni kepada pencipta Nya. Al Fatihah.
dunia remaja saya cukup diwarnai keindahan lagu lagu Lefthanded. ketika ini bagi diri saya segala yang dilagukan oleh Lefthanded bukan saja sudah sebati tetapi jiwa saya menerimanya sebagai malar segar.
karyanya yang paling saya hormati adalah instrumental berjudul ‘Joget’ hasil duet gitar antara beliau dan Paul Gilbert (Mr. Big) yang membawa kepada penganugerahan Album Rock Terbaik dalam AIM 95.
sebagai peminat tegar Lefthanded, ah berita ini amat menyedihkan. rasa belum cukup puas mendengar hasil karyanya. tapi masa nya sudah tiba. relakan sahaja.
maka dengan itu, Allahyarham Samad Mian akan kekal dalam ingatan.
petikan lirik ‘Tiada Lagi Kidungmu’
damai lah kau di sana, di sisi Tuhan yang Esa