temuduga ikut pintu belakang?

beberapa akhbar utama melaporkan baru-baru ini tentang pertuduhan yang dibacakan di mahkamah terhadap seorang penjawat awam yang dikatakan menerima rasuah bagi mengubah keputusan temuduga.

diketahui umum ; selari dengan pelan integriti nasional, SPRM tidak berselindung dalam isu-isu seumpama ini. lagi pula akhbar telah menulis mengenainya. justeru itu masyarakat umum telah mengetahuinya. apa sekalipun, ia masih dalam perbicaraan. menurut prinsip keadilan dari sudut perundangan, selagi tidak disabitkan bersalah, tiada sesiapapun pun boleh dihukum. maka adalah jelas bahawa yang dituduh berhak diberikan keadilan dalam membicarakan pertuduhan ke atasnya.

penulisan ini juga tidak berniat untuk membicarakan soal-soal berkaitan pertuduhan tersebut; dengan kuasa dan izin Allah SWT, biar mahkamah saja yang membuat keputusan ke atas kes berkenaan.

apa yang ingin dilontar ke sini, adalah serba sedikit perkongsian dan pandangan berhubung pengambilan penjawat awam. saya tidaklah berpengalaman luas. tetapi pernah berpengalaman melaksanakan tugas berkaitan pengambilan. hanya berdasarkan pengalaman yang tidak seberapa itu ingin dikongsi.

masyarakat Malaysia amnya, ramai yang masih beranggapan bahawasanya adalah perlu untuk mendapatkan ‘kabel’ yang boleh memberi pertolongan dalam urusan temuduga. surat-surat dari ahli-ahli yang berhormat, misalnya, dianggap sebagai satu kelebihan dalam mendapat perhatian penemuduga. walaupun sebelum pada ini, penjawat awam telah diberi arahan untuk tidak memberi perhatian terhadap surat-surat sokongan sedemikian. selain surat, mempunyai kenalan atau saudara mara di kalangan orang berpengaruh juga dianggap sebagai ‘kabel’ yang besar kilowatt nya.

sedangkan, calon-calon yang datang dengan ‘kelebihan’ ini sebenarnya tidaklah sebagus mana.

mereka tidak arif tentang perkara-perkara asas dan pengetahuan minima berhubung ; kerja yang dipohon; mengenai latar belakang organisasi; lebih dari itu, pengetahuan sejarah sukatan sekolah rendah pun belum tentu dikuasai dengan baik. setidak-tidaknya sebagai persediaan temuduga.

pemikiran seperti ini sebenarnya, bagi saya adalah jumud dan ketinggalan.

berapa ramaikah yang benar-benar boleh menyedari bahawa sebenarnya, urusan temuduga itu adalah urusan yang rantaiannya adalah cukup panjang; berpanjangan sehingga bertemu dengan Allah SWT?

siapa yang sebenarnya menentukan berjaya dengan tidak berjaya itu? bukan pegawai yang anda panggil sebagai ‘tuan’ yang melaksanakan temuduga itu. maaf, bukan dia.

dia hanyalah hamba yang menjalankan amanah. selaku penemuduga, tanggungjawabnya adalah memberi pertimbangan seadil mungkin setelah menguji dan menyelidiki kemampuan calon sejauh yang termampu dilakukannya dalam tempoh 15 hingga 30 minit sesi temuduga.

justeru, apalah sangat yang dapat diputuskan dalam tempoh itu, sesuai dengan keterbatasan dirinya sebagai manusia biasa?

penemuduga yang baik, akan menjalankan amanahnya dengan penuh ikhtiar dan akhirnya bermohon agar Allah memberikan petunjuk dalam memberikan keputusan dan pemarkahan temuduga. lalu apa yang diputuskan ‘di atas sana’ sudah pastilah mengatasi apa yang difikirkan dan dirumus oleh penemuduga itu.

katakan anda seorang calon yang bersedia fizikal dan mental. dan sekadar andaian, kebetulannya mempunyai ‘kabel’ yang boleh membantu. cukup segala kriteria dan dipertimbangkan markah yang baik dalam sesi temuduga.

namun jika Kuasa yang mengatasi segala kabel dan kelebihan yang anda miliki itu memutuskan bahawa jawatan tersebut bukanlah rezeki anda, siapakah yang mampu menahannya?

atau, ada siapakah yang mampu mengusahakan jalan lain untuk memberikan anda pekerjaan itu?

sistem pengambilan / temuduga yang ada pada masa ini sebenarnya sudah pun baik. tiada calon yang semudah-mudahnya dianiaya dengan memberi atau mengurang kelebihan mereka di tangan manusia bernama penemuduga. ditambah lagi dengan sistem sokongan ICT yang berintegriti, ruang untuk pemalsuan lebih sukar dibuka. mungkin kerana aspek itu juga, pihak berkuasa berupaya membuat pengesanan sekiranya terdapat unsur-unsur penipuan.

berhati-hati dalam melalui urusan temuduga. anda sebenarnya berurusan terus dengan yang Maha Memberi Rezeki.

cakap-cakap anda; rasa terima kasih anda; luahan rasa kesal atas kegagalan anda; rasa cemburu melihat orang lain menerima tawaran kerja; segala itu mungkin ditujukan kepada yang tidak sepatutnya menerima ucapan tersebut. lebih dari itu, mungkinkah anda secara tidak sedar telah menyalahkan tuhan?

Wallahu alam.

    • Life Of AKU The Episode
    • 16 Julai 2010

    assalamualaikum…iya benar..ianya ada rantaian dengan Tuhan Yang Maha memberi rezeki,

    kalau di sekolah, saya sering diingatkan supaya jangan meniru waktu peperiksaan, kerana sijil periksa yang kita perolehi hasil dr meniru akan digunakan utk mohon kerja ….sedangkan ada org yg jujur, tidak menipu di dalam peperiksaan, adalah lebih layak atas sikapnya yg jujur di sisi Allah …ingatlah satu hadis

    ” man ghossya, falaisa minna ”
    barangsiapa yang menipuy, bukanlah dari kalangan kami

  1. w’salam bagus kalau anak2 di sekolah boleh sedar dari peringkat sekolah lagi. satu lagi cabaran untuk golongan guru dan ustaz ni …

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: