Arkib untuk 21 September 2010

Filem Seram di Hari Raya : siapa yang beraya sebenarnya ?

Syawal, minggu ke-2. kehangatan beraya masih dirasai.

Di layar tv filem-filem untuk meraikan hari raya masih ditayangkan. cuma tema barangkali tak menepati pilihan sesuai. apa kaitan genre seram dengan aidil fitri ? (atau yang seram tak jadi).

justeru, dialog spontan antara anak dan isteri saya menerbitkan senyum sendirian.

Ma, kenapa asyik cerita hantu je raya ni ?

Eh biasalah tu. kan iblis dah keluar penjara.

 

wahai karyawan filem. wahai penerbit rancangan. fikirkan.

16 September : dari Malaya menjadi Malaysia

Mulai 2010, 16 September @ Hari Malaysia adalah cuti umum persekutuan.

…………

Saya memulakan tugas dalam perkhidmatan awam di negeri Sabah pada tahun-tahun 90-an. ia adalah suatu tempoh yang banyak memberikan warna baru dalam pemikiran dan kehidupan saya. Semasa di Sabah, saya sudah merasai apa rasanya menyambut 16 September @ hari Malaysia itu sebagai cuti umum kerana di sana ia juga disambut sebagai Hari TYT. Ia tidak sama dengan merasai Hari Kemerdekaan tetapi ia tetap mendatangkan satu rasa patriotik yang membahagiakan. tak tahulah orang lain. itu adalah apa yg saya rasa.

Adalah sesuatu yang bagus untuk mengiktiraf tarikh itu sebagai salah satu lagi hari kebesaran dalam sejarah negara. namun barangkali belum memadai sekadar mengangkat ia sebagai cuti am. bagaimana pula dengan memahami pengertian ‘Hari Malaysia’ itu ?

ini adalah apa yang saya fikir dan ingin saya kongsi :

sebelum tanggal 16 September 1963 –  yang wujud hanyalah Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya. negeri-negeri tanah Melayu atau Malaya pada masa itu mengibarkan bendera Malaya. Ia sama dengan bendera Jalur Gemilang hari ini. tetapi pada masa itu ia kekurangan dua jalur merah dan putih. juga kekurangan dua bucu pada bintang. lagu kebangsaan pula sudah sedia ada lagu Negara Ku. Manakala sebelum tanggal 31 Ogos 1963 negeri-negeri Borneo terdiri dari Sabah, Sarawak, Brunei dan negeri di selatan Malaya iaitu Singapura adalah entiti berasingan yang masih di bawah kolonial Inggeris. Pada masa itu mereka masih mengibarkan bendera Union Jack. lagu kebangsaan adalah God Save the Queen.

Penubuhan gagasan Malaysia berlaku 16 Sep 1963 melibatkan gabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan Singapura (Sabah merdeka dari British pada 31 Ogos 1963 dan 15 hari kemudian menyertai gagasan penubuhan Malaysia).  Brunei pula dari awal lagi menolak untuk mneyertai Malaysia. Bagaimanapun Singapura kemudiannya keluar dari Malaysia pada tahun 1965.

apa bezanya Malaya dan Malaysia ? jika anda boleh memahami konsep Great Britain menjadi United Kingdom maka sepatutnya tiada masalah memahami konsep Malaya mejadi Malaysia.

kini setelah 47 tahun gagasan Malaysia ditubuhkan. Hari Malaysia juga sudah dimartabatkan sepenuhnya. akan tetapi, sejauhmanakah kesedaran rakyat Malaysia ?

beberapa pemerhatian berdasarkan pengalaman :

(1) selalu kedengaran ungkapan ‘Sabah masuk Malaysia’ atau ‘Sarawak masuk Malaysia’ ; benarkah begitu ? tiada mana-mana negeri pun yang masuk Malaysia. kesemuanya Semenanjung, Sabah dan Sarawak bersama-sama membentuk Malaysia.

(2) dalam temuduga calon-calon untuk perkhidmatan awam, jarang terdapat calon yang benar-benar serius mengetahui maklumat konsep penubuhan Malaysia. sekaligus memberi kesan terhadap penilaian sejauhmana mereka benar-benar ikhlas dan faham akan kosnep berkhidmat kepada bangsa, agama dan negara.

menariknya, ada juga segelintir warga Malaysia yang menyebutnya sebagai Hari 1 Malaysia. harap-harapnya cuma tersilap sebut, bukan buta sejarah.