Archive for the ‘ Uncategorized ’ Category

membisu

satu situasi. Dua orang berselisih faham. Puncanya mungkin kerana nada suara yg tidak sesuai dalam berbicara. Namun belum ada satu persetujuan bhw itulah puncanya.

Mengapa? Kerana dalam krisis itu mereka menggunakan pendekatan membisu..

Tiada komunikasi yang jelas dan positif, walaupun ada percubaan namun sambutan di pihak yg satu lagi dingin.

Akhirnya, menjadikan yg satu lagi juga mengambil pilihan membisu.

Jadi. Bgmana merungkainya?

Advertisements

dua tahun kemudian …

dua tahun adalah satu jangkamasa yang panjang. sejak aku tidak aktif lagi menulis di blog ini secara harian.

kini aku telah kembali.

bukannya aku ke mana-mana pun selama ini. lagipun, dalam serba serbi kecanggihan ICT, broadband ada di mana-mana. 3G, wifi ada dimana-mana ; pejabat, kedai mamak, lobi hotel, Mc Donalds …

aku cuma ‘menghilang’ dari segi masa. mulanya cuma hilang sekejap tapi lama kelamaan ia menjadi kebiasaan dan sedar-sedar sudah dua tahun masa berlalu.

begitupun aku rasa 2 thn itu berbaloi kerana banyak perkara yang telah semakin stabil dalam tempoh itu …

jadi, nampaknya kau sudah ada masa untuk kembali ber-blog? (bertanyakan diri sendiri).

kalau benar begitu, selamat kembali diucapkan ..