Posts Tagged ‘ Piala Dunia ’

hidup bertuhankan sotong?

kenal Paul ? takkan tak kenal kut …

khabarnya Paul si sotong psikik yang begitu cemerlang dalam tugasnya membuat ramalan dalam perlawanan-perlawanan utama bolasepak Piala Dunia akan diberi tugas baru setelah berakhirnya Piala Dunia 2010.

kononnya Paul telah dipilih oleh sebuah syarikat telekomunikasi; namun tidak pasti pula di negara mana; untuk memberikan perkhidmatan ramalan kepada pelanggan syarikat telekomunikasi itu membuat ramalan berkaitan kehidupan.

ha ha ha ha ….

tak hairan pun kalau yang teruja sangat itu adalah golongan bukan Islam. itu adalah normal.

tetapi kalau yang terikut-ikut tu adalah orang Islam, walau untuk suka suka, maka hati-hati lah kerana anda mungkin tak sedar menduakan Allah yang Maha Kuasa, Maha Kudrat, Maha Mengetahui dengan seekor sotong yang lembek, tak bertulang, hidup dalam akuarium dan itu pun bergantung serba serbi kepada si penjaganya.

alangkah bodohnya sapa-sapa yang sanggup berbuat demikian ..

belajar menerima kekalahan

Dua hari sebelum tulisan ini. Jerman kalah di separuh akhir Piala Dunia di tangan Sepanyol. Satu keputusan yang telah memadam emosi ceria yang aku rasai sepanjang Piala Dunia 2010. Dengan keputusan itu tiada lagi rasa debaran untuk mengikuti perkembangan seterusnya.

dah macam mengalahkan emosi rakyat Jerman sendiri pula gayanya …

pun begitu bukan soal kekalahan Jerman yang ingin ku tulis di sini.

sebaliknya, ia adalah mengenai betapa istimewanya Piala Dunia kali ini dalam pengertian yang tersendiri.

Inilah pertama kali, aku berkongsi debaran, kegembiraan, harapan, dan akhirnya kekalahan dengan anak sulung ku yang kini berumur 7 tahun. Aku telah mengimpikan detik ini semenjak melihat dia mengikut-ikut saja tanpa mengerti apa-apa semasa Piala Dunia 2006. Semasa Piala Dunia 2002 pula, dia belum pun lagi berada dalam kandungan isteri ku.

Tapi kali ini dia telah mengerti sepenuhnya apa itu bolasepak. Berapa pemainnya. Siapakah itu referee. Apa tugas penjaga gol, pertahanan, midfield dan striker. Beberapa nama pemain. Pasukan mana yang hebat. Pasukan mana yang kurang hebat tetapi tinggi maruahnya. Dari benua manakah negara yang bertanding. Macam-macam lagi.

Di sekolahnya, cikgu mengadakan perlawanan bolasepak antara kelas dan dia turut sama bermain. Dia mencuba peranan sebagai penjaga gol. Kemudian dia bermain di posisi atas. Dapat pula menjaringkan gol. Aku sendiri bagai tak percaya.

Namun lebih penting dari segala itu, yang paling istimewa ialah kami berkongsi rasa kecewa setelah pasukan pilihan kalah. Lalu aku cuba memberikan pemahaman kepadanya tentang erti kekalahan. Iaitu bangun dan mencuba lagi dan sepatutnya tanpa rasa malu. dengan bermaruah. dan lebih utama berserah kepada Alah setelah segala daya ikhtiar diusahakan.

Sekaligus ku sedari, bukan sahaja aku cuba memahamkan dia tetapi juga diri ku sendiri …

Buat ‘abang’, papa amat hargai kenangan ini. Semoga kita terus bersama meraikan Piala Dunia akan datang dan ketika itu pula, ‘adik’ (yang pada ketika ini hanya mengikut ikut aksi abang) mungkin sudah mula mengerti sebagaimana ‘abang’ mengerti sekarang.

Papa amat sayang kamu berdua …