Tak Lama Lagi Dah Nak Puasa !

Lebih kurang setengah bulan lagi sahaja lagi! Kiranya dalam bulan Syaaban ini, adalah musim menjalankan promosi untuk Ramadhan. dan kalau di kaca TV tu, memang rasa bagai hampas kalau waktu begini ada iklan jualan kain murah untuk buat baju raya. nasib baik sekarang dah terkawal. tapi yang pasti tak sabar sabar ditunggu di tv ialah kemunculan YM Datuk Engku, penyimpan mohor besar raja-raja untuk mengumumkan tarikh melihat anak bulan dan seterusnya tarikh mula puasa, walaupun dah tak saspen lagi dah sekarang ni 😛 . Banyak keseronokannya untuk tahun ini. kali ini, berpuasa di rumah sendiri. jiran-jiran yang baru. di rumah ini, surau terletak hanya kira-kira tak sampai seratus kali langkah. mesti meriah kerana suasana para jiran berpusu-pusu ke solat terawih terlihat depan mata dan diri sendiri juga insya Allah akan turut bersama. (foto dari web ini)

tahun lepas dua minggu terpaksa berpuasa di daerah luar kerana tugas. harap-harap tahun ini tidaklah. boleh menikmati Ramadhan dengan lebih teratur, insya Allah. terima kasih kepada Arsaili yang singgah di Putrajaya dan bersusah-susah dengan gift yang dibawa dari Aussie.

SELAMAT BERPUASA !

..

 

(foto from Bayu Hebat).

  1. salam bro..isk2 dah nak puasa..ni la sedih..berpuasa dan beraya diperantauan nampaknya kali ni..tapi at least adala kakak, abg ipar dan anak buah 2 org yg akan bersama2 beraya di sana…

    • akirasuri
    • 11 Ogos 2008

    Ha ha ha! Saya tak sabar nak tengok Datuk pemegang mohor itu di kaca tivi.. Konotasi beliau dari dulu sampai sekarang masih sama, tak berubah langsung! 😀

  2. thanks kerana mengingatkan. hehe 🙂

  3. Assalammualaikum sdr & pembaca ruangan ini;
    Saya dah tak ingat berapa kali dapat berpuasa secara suasana di kampung.Begitu juga dah hampir 5 tahun saya jarang benar ke pasar ramadhan.Banyak masa dihabiskan dgn kerja .Tetapi alhamdullilah masih mampu mengerjakan tarawih.

    …dan ada keberkatan dan kejayaan yg telah saya perolehi dlm bulan Ramadhan tetapi saya khuathir timbul pula perasaan riak dan takabur.

    Memang benar , Ramadhan sangat dirindui kedatangannya.Semoga kita semua berjaya meningkatkan lagi ibdah puasa kita.

    • Basir
    • 19 Ogos 2008

    Aku sempat tanya pada Dato’ Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang baru. Katanya, puasa 1 Sep. dan Raya 1 Okt.
    Hihihi

  4. tak sabo nak dengo pengumuman raya..kekekeke 😀

  5. yahhh selamat menyambut puasa, awal entri puasa ni … hehehe

    sf

  6. salam semua ..

    arsaili, kumpul kenangan byk semasa puasa di perantauan utk 🙂

    knizam, sesama .. heh

    zanli, semoga dapat diteruskan, amin

    basir, iye lah tu haha

    hayad, malam pengumuman nanti duk depan tv

    gemalakasturie, awal2 takpa jgn terlepas je eheh

  7. nk pinjam picture kt atas..
    hehe..

    • asalkan baik tujuannya, saya pun pinjam juga sebelum ni 😉

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada Gemala Kasturi Batal balasan