Nostalgia Kemerdekaan Ke-50

fireworks - merdeka night - photo by Mike Ng

Akhirnya selesailah sambutan kemerdekaan ke-50 kita. Buat diri saya ada kelainan kali ini kerana tidak disambut di KL atau Putrajaya tetapi di Kelantan, sambil saya sekeluarga bercuti balik ke kampung sebelah isteri. Saya kongsi perasaan pada sambutan itu dengan catatan perjalanan bermula dari pagi 29 ogos ..

Pada pagi Rabu 29 ogos yang diselubungi hujan renyai dan kabus, kami bertolak keluar dari Putrajaya menuju ke MR2 dan seterusnya lebuhraya ke Bentong. Setelah meredah kesesakan jalanraya di pagi itu, saya memasuki stesen minyak Shell berhampiran susur keluar ke lebuhraya dekat UIA. Sebelum mula mengisi petrol, isteri saya memberitahu sesuatu lalu saya menoleh ke pam di sebelah. Kelihatan seorang lelaki tua sedang bersedia mengisi petrol. Dia ialah Datuk Aziz Sattar.

Saya berjumpa dan bersalam sambil bertanyakan khabar sedikit sebanyak. Beliau sedang menuju ke Rawang untuk pengambaran drama. “Ada shooting” katanya sambil tersenyum. Bertemu seorang tokoh seni, ditambah pula sedang dalam perjalanan sempena cuti kemerdekaan, saya disuntik rasa kagum terhadap perjuangan orang lama sepertinya. Semoga beliau terus sihat walafiat hendaknya.

Perjalanan diteruskan, kami memasuki lebuhraya dan tiada banyak kenderaan jika dibandingkan dengan musim raya. Perjalanan lancar, dengan kabus menghiasi pemandangan di sekitar bukit yang amat mendamaikan. Melepasi Genting Sempah, tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran lalu saya mencetuskan pertanyaan, “kat sini kah Nuri terhempas?” dan disahut isteri saya “tak lah, kat terowong tadi tu”. Terusik hati terbayangkan detik-detik akhir yang dilalui mereka sebelum diragut ajal dalam bertugas menjaga kemerdekaan ini.

Suasana pagi masih agak awal bila kami tiba di Bentong. Kami memilih untuk berhenti bersarapan di pusat perhentian Bentong. Saya ingin mempromosikan sebuah gerai tapi malang, saya lupa namanya ! Di pusat perhentian Bentong itu, ada satu gerai kalau tak silap saya yang keempat atau kelima dari kiri, roti canainya sungguh sedap, garing dan lembut. Kalau tak silap memang gerai itu sahaja yang menjual roti canai di situ. Tak rugi mencuba.

Perjalanan ke Kelantan diteruskan dan sambil memandu, saya dan isteri berbual-bual tentang berbagai2 perkara. Melepasi Kuala Lipis dan seterusnya Merapoh, ada satu lagi persinggahan yang biasanya tidak akan kami lepaskan. Betul-betul di sempadan Kelantan-Pahang, ada beberapa gerai yang menjual kuih ‘akok’ panas. Kami berhenti dan membeli kuih tradisional Kelantan itu untuk dibuat bekal dalam perjalanan seterusnya. Sekitar jam 4 petang kami tiba di kampung.

Malam itu tiada apa-apa program yang kami rancangkan. Letih perjalanan belum hilang lagi. Namun keletihan itu tidak menghalang kami seisi rumah bersorak menonton final Pestabola Merdeka antara Malaysia dengan Myanmar. Ada sentuhan patriotik di situ. Mungkinkah ini detiknya kebangkitan Malaysia dalam bolasepak ? Saya terfikir menulis sesuatu tentang itu tapi belum lagi buat masa ini.

Keesokannya adalah hari ke-30 bulan Ogos. Malamnya nanti ambang merdeka. Saya menghubungi rakan saya Saharudin, seorang kawan susah senang semasa sepejabat dulu, yang kini telah kembali bertugas di negeri asalnya. Kami berjanji untuk ‘ngeteh’ di sebelah malam nanti.

Jam 9.30 malam, pekan Tanah Merah menjadi lokasi perjumpaan. Wah bertemu ‘saing lamo’ memang banyak perkara yang dibualkan. Bermula dengan cerita tentang kawan-kawan lama, kemudiannya cakap-cakap bola ; perkembangan bolasepak tanahair dan hinggalah akhirnya perkembangan politik dan negara. Macam diskusi yang serius saja bunyinya. Hinggalah akhirnya detik 12 malam tiba dan perbualan kami terhenti seketika kerana melihat tayangan sambutan di Dataran Merdeka melalui layar besar di kedai tempat kami ngeteh.

Yang menariknya, setiap kali kami bercerita, di penghujungnya akan ada satu kesimpulan. Macam mesyuarat. Dan kesimpulan di penghujung diskusi kali ini ialah ‘bercakap mengenai politik ini adalah sesuatu yang memenatkan’ . Kami sendiri tertawa dengan kesimpulan yang kami setujui. Kami beransur pulang selewat 1.30 pagi.

Saya sekeluarga tiba semula di Putrajaya petang Ahad. Rancangan seterusnya ialah menyaksikan acara penutup pertunjukan bunga api di PICC. Namun lokasi untuk menyaksikan pertunjukan itu ialah dari tasik di kawasan rumah kami sahaja. Tak disangka-sangka, UncleJ menghubungi saya memberitahu dia sekeluarga juga ingin ke situ menyaksikan bunga api. Bertambah meriahlah kami dua keluarga berjumpa pada malamnya.

Bagi saya sekeluarga, ia satu penutup yang menarik untuk percutian sempena kemerdekaan. Kini saya memiliki nostalgia tersendiri bila-bila kala kelak mengenangkan sambutan kemerdekaan ke-50 ini.

Masih belum lewat untuk sekali lagi saya mengucapkan ‘salam kemerdekaan’. Dan menutup tirai kali ini, sedikit statistik untuk renungan …

111 tahun usia Kesultanan Melayu Melaka
446 tahun zaman penjajahan Portugis hingga Inggeris
50 tahun merdeka semenjak 1957
42 tahun usia Malaysia semenjak 1963

kita baru berumur 50 or 42 tahun. Melaka survived only for 111 years. Agak2 bgmana nasib kita dalam masa 61 tahun lagi bila Malaysia sebaya dengan zaman Melaka yang gemilang itu …

  1. Jeff

    Ish ish..entry qada’ nih..sekali rap jer citer utk tiga hari…ekeke

    gambat tu yg ambik mlm td kan? terer ek ambik gambor…

  2. adesss…ni yg buat tertanya2.. apa plak nostalgia saya sempena 50 thn kmerdekaan? tade ke? tak leh jadi ni..tapi hujung minggu ni ada sambutan kat sini..mungkin leh join..at least ada gak nostalgia kan! ekekeke…wei…i’m trying to be a good citizen la

    • lagendabuta
    • 3 September 2007

    saya sekadar tengok gambar bunga api aja lah. Dekat tapi jauh…..huhuhu

    • Life Of ‘AKU’ The Episode
    • 3 September 2007

    cita-cita saya yang tak pernah padam …. nak pergi ke kelantan …. jauh di mata, dekat di hati …

  3. UncleJ ..
    bukan qada’. jama’ takhir

    Arsaili ..
    better late than never. hehe

    Lagendabuta @ KS ..
    bro tetap dekat di hati ..

    Life of Aku ..
    naik airasia je. cepat sikit sampai

    • akirasuri
    • 4 September 2007

    erk..
    saya ada dapat emel gambar-gambar mangsa nuri tu yang tak disiarkan di media massa..
    emm..ngeri 😦
    mudah-mudahan mereka dicucuri rahmat, amin..

    oh oh!
    serunutnya dia bercuti-cuti..
    lamanya tak ke kelantan..
    ho ho ho..
    rindu!

  4. Tahun ni raya rasa kosong…walau pun ulangtahun ke 50.

    Tengok malam merdeka kat TV pun geram….lagu negaraku berkumandang…masing² sibuk berkibar bendera termasuk dari pentas utama.

  5. Jeff,
    bestnya ada aktiviti time cuti..

    Within 50 years merdeka, banyak juga perubahan. Panjang umur, kita lihat tahun 2020 nanti apa lagi perubahan yang ada.

  6. Akira ..
    saya pernah menerima email gambar itu tapi ragu utk mempercayainya. dalam gambar itu mangsa berpakaian awam, bukan seragam yg digunakan oleh TUDM semasa penerbangan. bangkai pesawat juga ada bahagian yg berwarna putih, NURI kesemuanya hijau gelap. tapi tak tahu lah kalau akira menerima gambar yang lain ?

    Jie ..
    mmm .. kalau kosong, isikanlah. tak semestinya sehaluan cara tapi biarlah bermakna untuk diri kita sendiri ? 🙂

    Mik ..
    kekadang takut untuk merenung ke hadapan apabila menoleh kebelakang. tapi itu mungkin corak otak saya berfikir sahaja

    • Life Of ‘AKU’ The Episode
    • 4 September 2007

    kelantan bandaraya islam …. ade sesetengah org tak suka dengan kelantan … tapi bile part melancong..dialah yang no satu … angkut bawak balik barang2 dari sana .. sebab murah ….

    pelik-pelik

  7. Cantik gambar tu. Harap2 lagi 50 tahun, bunga api yang lebih cantik akan dilepaskan sempena sambutan kemerdekaan, bukan ‘bunga api’ yang lain.

    kelantan? Walaupun sekadar kampung mertua, tapi macam kata tv9 – dekat dihati. Tapi kalau orang kelantan lebih menjaga kebersihan, lagi lagilah dekat dihati…

    • sf
    • 5 September 2007

    Saya lebih suka menyambut merdeka dengan cara saya sendiri. 🙂

  8. Abahmuiz ..
    kalau ‘bunga api’ yang lain itu .. andai saya masih hidup rela berada di barisan depan

    SF ..
    cara mu cara ku berbeza. heheh

  1. 16 November 2007

Tinggalkan komen