Arkib untuk 8 Disember 2006

Memohon Ke RMC

1985

rmc-logo.jpg       

Setelah memasuki Darjah 6, saya pun merealisasikan cita-cita untuk memohon ke RMC. Pada masa itu, Malaysia masih menghadapi ancaman pengganas komunis. Maka RMC sentiasa menjadi sebutan di kalangan budak-budak yang nak sangat jadi askar. Malah masa tu RMC juga diberi jolokan sebagai ‘The Sandhurst of Malaysia’.

Dengan berbekalkan keputusan Penilaian Darjah 5 tahun sebelum tu, saya pun memohon masuk RMC. Abah uruskan. Permohonan itu berjaya. Bukan dah berjaya masuk RMC ; baru setakat berjaya dipanggil ke sesi pemilihan je. Punyalah excited ; seronok + suspen tak terkira-kira. Terasa-rasa dalam hati, kalau betul dapat masuk RMC maknanya tercapailah cita-cita saya nak jadi askar. Fuh .. berkobar-kobar betul.

Pada hari pemilihan, saya nampak ada beberapa lagi orang kawan sekolah yang hadir. Ramai yang datang, beratus jugak rasanya. Penuh budak-budak kat dalam Dewan RMC. Saringan pertama ialah ujian bertulis dan ujian IQ. Berat giler soalan-soalannya. Terasa macam bukan tahap pemikiran budak Darjah 6 untuk jawab soalan tu. Pada akhir saringan pertama itu, saya mula berasa khuatir ..

Tengahari itu, keputusannya diumumkan oleh seorang pegawai tentera. Lebih separuh dari jumlah calon dipanggil namanya satu persatu. Nama saya juga disebutkan. Selesai semua nama dibacakan, pegawai tentera tu mengumumkan ..

 ‘ .. Baiklah, kepada nama-nama yang dibacakan tadi, kamu boleh ambil beg dan balik .. ‘

Hah ? Oh .. pedihnya. 

Tidak kesampaianlah hasrat saya masa tu untuk menjadi tentera. Buat kali pertamanya saya ‘frust’ dalam mencapai cita-cita hidup.. Tapi tak apalah. Tentu ada hikmah-Nya yang mungkin saya tidak ketahui dengan tidak berjayanya saya ke RMC. Kalau tidak saya mungkin generasi saya ?

Bagi anda yang belum mengenali RMC atau berminat untuk mengetahui lebih lanjut atau ingin mencadangkan RMC sebagai institusi pilihan kepada adik beradik / sanak saudara, silalah kunjungi laman di bawah.

http://pesona.mmu.edu.my/~shahiman/RMC/

Gambar : bukan diri penulis – hanya hiasan.
Sumber : http://www.defence.gov.au/news/armynews/editions/1113/images/06_malaysian_th.jpg