Arkib untuk 13 Disember 2006

Farewell Darjah 6

  

1985

Entri ini adalah tentang kenangan dan pengalaman terakhir di sekolah rendah. Saya rasa agak tersentuh dan sentimental sikit sekarang. Agaknya proses mengumpul kembali ingatan tentang cerita-cerita lama sekolah rendah beberapa bulan lalu telah menjadikan saya benar-benar ‘kembali’ ke sekolah rendah saya itu. 

Pada hari terakhir persekolahan tahun 1985, semua budak Darjah 6 dikumpulkan di Dewan SRK Jln Pasar 1 untuk upacara farewell. Lagu ‘Auld Lang Syne’ (‘Bertemu dan Berpisah’) dinyanyikan. Majlis farewell ni bukanlah secara rasmi tapi sebagai tradisi je. Sepatutnya lagu tu sedih tapi seingat saya masa tu tak rasa sedih pun sebab semua orang dah excited nak jadi budak Sekolah Menengah … hahhha.

Saya pasti takkan melupakan pengalaman indah enam tahun di sana yang telah pun ditinggalkan semenjak 21 tahun lalu. Baru kejap tadi saya kira tu.. perhh lama sungguh rupanya ! Thanks a lot and so long .. SK Jln Pasar (1).

Anyway saja je lah bubuh lagu ‘Auld Lang Syne’ ni kalau nak dengar.