Hadis-Hadis Palsu Mengenai Fadhilat Ramadhan

Baru-baru ini saya menerima satu email mengenai perkara di atas. Setelah membaca email itu saya membuat sedikit semakan untuk mengesahkan kesahihan maklumatnya. Justeru saya telah menghubungi nombor telefon yang dipaparkan dalam email itu dan didapati nombor tersebut adalah kepunyaan Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (TISB). Manakala Bahagian Pematuhan Syariah yang dinyatakan dalam email tersebut adalah merupakan salah satu bahagian di bawah TISB.

Berpuas hati dengan semakan itu maka saya ingin kongsi maklumat berikut dengan pengunjung blog ini. Mungkin anda telah mengetahuinya melalui kiriman email atau dari blog lain namun jika belum pernah menerimanya, saya berharap maklumat ini dapat membawa kebaikan, insya Allah. 

 

Do’a malaikat Jibril menjelang Ramadhan “Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut: 

 

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma’afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

 

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo’a adalah Malaikat dan yang mengaminkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat. Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dgn penuh keberkatan.

 

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK..

 

**************************************************

Seorang hamba Allah yang prihatin telah menanyakan berkenaan ‘hadis’ ini kepada pihak yang lebih arif dan ini jawapan beliau:

 

Ini komen daripada kami tentang hadis tersebut

 

Merujuk kepada Hadis di atas yang tersebar melalui email dan internet akhir-akhir ini, saya ingin mengemukakan pandangan kami dari Bahagian Pematuhan Syariah TISB.

 

Sesungguhnya Hadis tersebut tidak diketahui sumbernya dan diragui

kesahihannya. Kesamaran Hadis ini berlaku dalam 3 perkara berikut:

 

1- Tiada sumber periwayatan daripada mana-mana ulama’ Hadis yang muktabar.

2- Kandungannya menerangkan bahawa seolah-olah Malaikat Jibril telah menokok-tambah tiga lagi syarat sah puasa iaitu dikehendaki memohon maaf dengan kedua orang tua, suami @ isteri dan masyarakat di sekitar.

2- Hadis ini baru sahaja muncul pada tahun ini.

 

Kesimpulannya, Hadis ini sangat diragui kesahihannya dan kebenarannya. Justeru, dinasihatkan kepada semua untuk tidak berpegang dengannya serta tidak menyebarkannya kepada masyarakat selagi tidak diketahui sumbernya. Walaupun berkemungkinan terdapat sedikt kebaikan pada ‘hadis’ tersebut kerana menyeru supaya kita bermaaf-maafan, namun ia tetap tidak boleh digunakan.

 

Ingin juga dimaklumkan di sini bahawa setiap Dalil (al-Quran dan Hadis) yang ingin digunakan untuk apa-apa tujuan sekalipun perlulah mempunyai sumber rujukannya. Bahagian Pematuhan Syariah sudi untuk membantu sahabat-sahabat sekalian untuk mencari sumber kepada Dalil yang ingin digunakan. Semoga kita dapat menghindarkan diri dari mendustakan Nabi SAW.

 

Mungkin kita boleh menghayati bersama Sabda Nabi SAW:

 

Barangsiapa berdusta atasku dengan sengaja, maka ia menempatkan tempat duduknya di dalam neraka. (Hadith ini menurut Imam Nawawi diriwayatkan oleh 200 orang sahabat)

 

Wassalam.

 

Jabatan Pematuhan Syariah

03-7801 1427

 

 

Selain itu terdapat keraguan terhadap sebuah hadis palsu mengenai fadhilat solat terawih yg sudah pun dibawa ke pengetahuan umum sedikit masa lalu, di sini boleh dilihat pautan mengenai ulasan pejabat mufti Terengganu mengenainya. Semoga dengan ini kita dapat meneruskan ibadah di bulan Ramadhan dengan bertambah tenang dan tawaduk.

  1. ermmm selalu dapat gak email ni sebelum ramadhan.. dan juga email ttg fadhilat solat terawikh… palsu rupanya.. nasib baik kandungan hadis tu tak ke arah kemungkaran kan.. memang digalakkan bermaafan sesama manusia. .thanks bro bagi info..

    p/s: buka mana hari ni bro.. he he

  2. salam bro…cam ne puasa? thanks for sharing..sharing is caring!

  3. Salaam guys 🙂

    Kasawari,
    sebab ia tak ke arah kemungkaran lah kena caution. ditakuti memesongkan secara halus

    Arsaili,
    berharap agar puasa kali ini diterima Allah dan lebih baik dari dulu

    • gion
    • 22 Ogos 2009

    saya sangat senang dengan kolom ini sehingga umat tidak dibodohi dengan hadist doif maupun palsu yg digunakan sebai hujah maupun sandaran, sy merasa kasihan dengan umat yang dicekokin dengan hadist doif dan palsu sehingga mereka yg awam manut saja tadak tau kalau yang dikerjakan sudah keblinger wassalam…

  4. bagi clear lagi kalau ckp2 pasal hadith ni ye..

    • sofwan sulaiman
    • 25 Ogos 2009

    assalamualaikum… hmm.. hadis…. zaman skrg ni susah org awam tuk tentu kan hadis tuu betul ka, palsu… dan da menjadi tanggung jawab kita semua yang peka ni la yang perlu memberitahu dan menerangkan.. jadi mari sama2 kita belajar dan lembih memahami berkenaan hadis. kerana, selepas al-quran, ini lah tempat rujukan kita seluruh umat manusia,…. ws..

    • severus snape
    • 5 September 2009

    ZAMAN SKANG NI, KADANG KADANG ORANG YANG DAH TAU SEBUAH HADITH PALSU, MASIH JUGA NAK EKUT.

    • severus snape
    • 5 September 2009

    TAPI 2 LAH. ORNG BODOH JE YANG KATA ORANG YANG CAKAP MENDE2 CAM GINI ORANG WAHABI. DEPA 2 SBNRNYA YANG JAHIL LAGI BODOH, HANYA TAU TAQLID JE. SAMA JE NGAN DAK SMKA, BUKAN LEH PECAYA.

    • nana
    • 12 Disember 2009

    bagus sangat blog cam ni boleh dedahkan kita dengan hadith-hadith yang palsu…tanpa sedar kita terambik hadith yang palsu..

    • ????
    • 5 Februari 2010

    knape la severus snape tu??? hati mcm sakit je….Ada org menghentam ke…?? sabor jola.

  5. Assalamualaikum. Saya baru dapat hadis di atas melalui SMS dari kawan karib semalam 10 Ogos 2010 sempena Ramadhan, walhal saya ingat juga tahun lepas dah terbaca lupa-mana tentang keraguannya. Selamat berpuasa seluruh umat Muslim rumpun Melayu-Nusantara yang faham Bahasa kita ini.

  6. Hello to every one, it’s truly a fastidious for me to visit this website, it consists of priceless Information.

  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan Jawapan kepada gion Batal balasan