Arkib untuk 6 September 2010

rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan

Ramadhan semakin hampir pergi. Semoga batas umur masih mencukupi untuk sampai ke tahun hadapan.

hari ini hanya ingin menulis sesuatu yang direnung-renungkan semasa mendengar IKIM FM dalam cabaran kesesakan trafik dari KL ke Putrajaya di penghujung saat berbuka puasa, di salah satu petang Ramadhan baru-baru ini.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Ali r.a, beliau dikritik seseorang. kata si pengkritik itu Ali hanya hebat pada namanya sedangkan tidaklah sehebat mana. masalah rakyat di sana sini. jauh beza dibandingkannya dengan Khalifah Umar r.a.  Di zaman Umar, masalah rakyat seakan langsung tiada. Rakyat di zaman Umar hebat-hebat belaka.

Lalu Khalifah Ali setelah mendengar kritikan itu dengan memberi reaksi, ” Umar dapat menjadi hebat di zamannya kerana rakyatnya hebat. Bagaimana aku dapat menjadi sehebat Umar sedangkan rakyat di zaman aku tidak sehebat rakyat di zaman Umar”

lama saya termenung. saya rakyat. saya juga pemimpin. saya juga penjawat awam.

apa moral nya kepada anda ?

kontroversi iklan raya TV3

masih saya ingat lagi. sewaktu TV3 bersiaran kali pertama dulu adalah dalam bulan puasa dan cuti sekolah. letih jadinya, satu hari suntuk menonton TV3. tapi best juga. sebelum itu, tahun-tahun sebelumnya setiap kali bulan puasa pasti menonton filem arab saja di RTM. tapi RTM tetap banyak jasanya. kenal ustaz Azhari pun di RTM dalam rancangan Muqaddam. itulah nostalgia nya.

tetapi di bulan puasa tahun 2010 ni tercetus pula isu iklan raya yang mengandungi unsur agama selain Islam. banyak pihak menyalahkan TV3. kalau salah tetaplah salah. namun begitu salah tak bererti tak ada langsung yang baik2.

sudah berpuluh tahun TV3 ada jejak rasul, al kulliyah dan halaqah. kini melalui TV9 (Media Prima) ada Fardhu Ain, mari mengaji dan mari bertarannum. terima kasih TV3 di atas ruang yg cukup luas untuk penyiaran program berciri islam.

namun kelemahan dan kesilapan dalam isu iklan ni eloklah menjadi iktibar dan renungan.

kalau TV3 benar-benar seriusnya menyiarkan penerbitan berciri islami, ada dua tiga isu lain yang perlu dikaji sensitivitinya. misalnya ;

(1) sering terjadi dalam masa menyiarkan rancangan agama, ia diselang seli dengan iklan rancak. lantas hilang / terjejas mode rancangan agama itu. teks iklan (crawler) juga berkisar hiburan sedangkan ia dikeluarkan semasa program agama sedang bersiaran.

(2) pengisian sebelum maghrib cukup baik dengan program didikan anak2. namun sebaik tamat azan, terus diganti dengan program hiburan, drama atau kartun. mungkin ramai yang menutup TV pada masa ini namun lagi elok kalau TV3 mematikan rancangan selepas azan magrib masih mengekalkan unsur islami sekurang-kurangnya sehingga 10-15 minit.

Kepada Datuk Farid Ridzuan, soal-soal ini adalah berkisar syariat. Aidil fitri bukan hanya hari raya. Ia adalah perayaan yang disyariatkan. begitu juga azan dan program dakwah di tv. tak susah rasanya untuk menilai ..